Thursday, April 29, 2010

Ingin Mencari Pengisian

Assalamu'alaikum w.b.t..
Mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan mulia , Imam besar kita, Nabi Muhammad s.a.w..


   Alhamdulillah, selepas senaman ber'jogging' dengan keluarga ana, terasa seakan-akan kekuatan tenaga telah di'cas' semula. Mungkin penangan 'riadhah' dan penangan bersama keluarga agaknya.


Semalam, apabila merasakan diri ini masih lemah, rasanya tidak patut pula ana layan begitu saja. Maka, ana berusaha mencari sesuatu yang boleh mengisi jiwa agar mengembalikan tenaga. 


mari 'cas' kembali jiwa kita. kadangkala pemimpin juga perlu berada di bawah untuk menilai diri..


   Apabila membelek rak buku (rak khas untuk buku ana, kalau rak buku kat rumah, satu hari pun tak habis =P), mata ana tiba-tiba melekat pada sebuah buku. 


   Sebuah buku agama, penulisnya Dr. Ustaz Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Buku ini sebenarnya, ada seseorang yang hadiahkan. Insan yang banyak membantu ana dan rakan-rakan dalam memahami selok-belok agama. Terharu betul bila ana dapat, tak sangka. Terkejut pun ada, gembira pastilah. ^^


    Kata-kata penulis di awal halaman. Sangat indah, maknanya begitu mendalam. 


Kupersembahkan KITAB ini
kepada mereka yang kupimpin,
yang rajin bertanya itu dan ini
untuk kepastian dalam beribadat;

Dan kupersampaikan KITAB ini
kepada mereka yang mencari dan
mereka yang mengejar ilmu
dari surau ke surau
dari masjid ke masjid
dari rumah ke rumah
membentuk usrah mingguan
tanpa jemu, tanpa bosan
mencari keredhaan;

Kusibarluaskan KITAB ini
kepada mereka yang lalai dan lali
yang makan sewaktu kenyang
yang minum bukan kerana dahaga
yang berbelanja lupa Ka'bah
sedangkan, diri renggang jauh ulama'
hati kosong ilmu tiada
ibadatpun kurang, kebajikanpun hilang;

Jadi
marilah kita bangun
hidupkan segala ibadat
ibadat yang hidup dalam diri
sunnah Nabi akan tersebar
perintah Ilahi tiada tercabar

Juga terselit doa' di helaian sebelah. Maksudnya;

Ya Allah! Letakkan pancaran nur dalam hatiku
Letakkan pancaran nur pada lidahku,
Letakkan pancaran nur dalam pendengaranku
Letakkan pancaran nur dalam penglihatanku
Letakkan pancaran nur di belakangku
Letakkan pancaran nur di hadapanku
Letakkan pancaran nur di atasku
Dan Letakkan pancaran nur di bawahku
Ya Allah! Besarkanlah pancaran nur untukku

Ameen!!

Moga Allah merahmati penulisnya dan pemberi hadiah kitab istimewa ini. Ameen.
   Marilah kita bersama berusaha memanfaatkan hari Jumaat yang mulia ini. Insya'allah..

ALHAMDULILLAH.. ALLAH, ALLAH, ALLAH...

4 comments:

Anonymous said...

kalau boleh tahu, buku apa ye?

Ariffah9 said...

ana maklumkan di blog ukhti ya..

chik-rock said...

Bestlah Fah, cik nak juga baca. Nanti cik balik tunjuk ok?

Ariffah9 said...

Insya'allah boleh..

Tapi, baca kat rumah jerlah. Jangan bawak lari pi tempat lain, hehe..

Geo

free counters