Friday, April 2, 2010

Siri 2: Explode.


   Tragedi yang berlaku setahun lalu meragut semua perasaan gembiraku. Diriku, perasaanku, fizikalku dijadikan mainan oleh syaitan durjana itu. Aku seakan-akan boneka. Yang tidak mempunyai harga diri.
 blue_assassin by *UdonNodu on deviantART

    Sejak itu, aku mula menjadi seorang yang agresif. Aku puas dapat membelesah dan membuli orang sesuka hati.. Tapi aku teringat kata Nasir semalam..
  
   “Ketenangan. Tidak pernah kau kecapi, bukan?”.

Ya, aku puas hati tetapi kenapa aku tidak pernah merasakan ketenangan?
Pedulikan!! Tiada siapa berhak mendapat ketenangan di dunia ini!!

   Kad berwarna hijau lembut yang diberi Nasir, kucapai. Aku membelek-belek.

Ahmad Nasir bin Huffaz.
019-*******

Oh, kad buatan sendiri rupanya tetapi memang kreatif dan menarik. 
   Simple saja kadnya tetapi seakan-akan ada aura menarik yang terhambur. Pelik juga ya..

   Aku menguap berkali-kali. Ah, mengantuk betul. Semalam tidur pukul tiga pagi disebabkan asyik memikirkan tentang Nasir. Apa perlunya aku berfikir tentang dia?
    Akalku mula megimbas kenangan lalu lagi. Peristiwa pahit seakan hempedu.

   “ Mak, nak tanya boleh? “, aku cuba kawal kemarahanku.

    Selepas aku ditampar dan ditengking hari itu, sifat panas baranku tidak pernah diam.
Sebetulnya, aku masih terkejut dengan perubahan sikap ibuku. Dahulu, ibu adalah seorang yang lemah-lembut, tenang dan sering tersenyum. Tiba-tiba perangainya berubah mendadak.

    Ibuku menyambut pertanyaanku dengan dengusan. “ Apa?!”, kasar ibu menjawab. Aku mengeluh perlahan. Ibuku benar-benar berubah.

   “ Kenapa, mak? Di mana ibuku yang dahulu? “, suaraku serak-serak basah.

 Dia tidak menjawab, mendiam sahaja.

Aku mengumpulkan kekuatan.

    “ Mak dulu seorang yang lemah-lembut.  Suka sangat senyum.. Kenapa mak sekarang dah berubah jadi macam ayah? Kasar , panas baran, degil, suka menghukum… “, kataku terhenti apabila ibuku menjerit; “Diam!!”.   
   
   Lagi, emak sudah mula ingin menengkingku. Apa salah aku? Perangaiku yang teruk? 
Tetapi, siapa puncanya?
Hatiku tidak puas.

   " Keluar dari dapur!! Jangan ganggu aku, budak! ", halau ibuku.
Aku terdongak kepala, betul-betul menghadap wajah ibuku itu. 
   " Jangan ganggu aku, budak??!!? ", perlahan aku mengulang kata-kata ibuku itu.
   "Mak gelarkan diri mak sebagai aku, dan panggil saya budak?? ", hatiku sakit. 

" Kenapa? Kau tu mulia sangatkah? ", sinis jawab ibu.

Hah?? Aku ini hina sangatkah di depan mata ibuku?

    Argh!!!!!!!

   Aku memandang langit di luar tingkap. Hilang pula mengantuk apabila memikirkan kisah-kisah lalu.
   Aku mengiring sedikit badanku yang sedang berbaring. Aku hendak tidur juga agar dapat menge’cas’ semula tenagaku.

…………………………………………………………………………………………

   Mataku meliar lagi. Memerhatikan orang yang dapat kujadikan mangsa. Hidupku tidak bukan adalah dengan menjahanamkan diri orang lain sebagaimana hidupku dijahanamkan.

   Tetiba bahuku ditepuk perlahan. Secara refleks, aku memalingkan badan dengan pantas sekali. Tanganku menggapai tangan yang memegang bahuku tadi, lalu kuputarkan. Kemudian, tanpa memberi peluang untuk orang itu pertahankan diri, kakiku pula bersiap-sedia ingin menendang perutnya.

   Tetapi.. Kakiku dipegang tangannya. Kejap sekali. Aku cuba melepaskan kakiku. Dia pun melepaskan pegangannya.

 Terkebelakang sedikit diriku apabila kumelihat tuan empunya tangan itu.

  “ Yo,bro. Assalamua’alaikum.. “, dia memaut leherku erat. Tenang rasanya tetapi…

Aku menolak kasar. Dia tersengih sahaja.

   “ Dah sarapan? Mari ana belanja.. “.

   “ Tak payah, Nasir. Jangan buat baik pula.. “, dingin ku membalas.

   “ Kalau kau tak mahu Nasir heret kau ke gerai makan, bagitahu nama kau dulu ,” kawan di sebelahnya menyampuk.

   Nasir menyiku kawannya itu. “ Ada ke patut aku nak heret dia? Ish, ish… “, dia menggeleng-geleng.
   Mereka tertawa senang. 
‘Bahagianya nada gelak…’, gumamku dalam hati.

   “ Kau tak mahu bagitau nama kau? “, Nasir bercakap lembut. Nadanya seperti mengharap sahaja.
   Aku cepat-cepat menggeleng.

“ Baik. Kalau aku panggil kau Muhammad? “, Nasir terus bertanya.
Aku mengangkat kening, nama depan aku ada Muhammad juga.
   “ Lantak kat kaulah.. “, ujarku perlahan.

   Aku ingin berlalu. Langkahan kakiku bergerak. Apabila jarak agak jauh sedikit, Nasir meneriak nama ‘Muhammad’.. Aku berpaling. Dia dan kawannya sedang melambai-lambai ke arahku.

   Nasir menjerit lagi tetapi dengan lebih kuat. Mungkin ingin aku mendegar setiap bibit-bibit katanya dengan jelas.
   “ Jumpa lagi, Insya’allah. Semoga meninggalkan lubang hitam yang kesepian."..

Lubang hitam yang kesepian?
Eh?

2 comments:

naimul firdaus said...

salam.. saya perasan kamu komen di langit ilahi sampai dua komen untuk satu post. sekadar perkongsian, kamu akan dapat istiqomah jika faham dan dapat laksanakan dengan baik 5 tips yang hilal sebut.
idea kena banyak. nak cari idea pulak kena pandai ambil aktibar dari kehidupan. masa akan mematangkan kamu. insyaAllah..
ana chatting dengan hilal semalam. hehe

Ariffah9 said...

wslm..ana komen 2 kali sbb kli prtama komen lupa nk tanya.. akhi pun komen 2 kali kt puisi tu, bkan?
Erm, byk pngalaman..btul2.. Syukran ya ats pndgan..
Insya'allah.Ameen.
Hoho..
Syukran jiddan.

Geo

free counters