Thursday, July 29, 2010

Al-Azhar, Propaganda menyerang!



Assalamu’alaikum w.b.t..

Para sahibin wa sahibah, ikhwan wa akahawat sekalian, tahukah hati ini terluka?

Al-Azhar tidak berjasa kah kepada dunia?

UIA menggunung tinggikah dari Al-Azhar?

Oh, mata-mata dunia, nescaya jika kau menyelidiki dengan lebih mendalam.. Pasti kagum akan tertunas di jiwa-jiwa kalian!

   Sudah lama rasanya ingin diudarakan artikel ini, tetapi masa dan ilmu membatasinya. Alhamdulillah, kini ternyata Allah Yang Maha Mengasihani telah memberi ku peluang untuk terus bernafas dan mengulas sedikit isu ini ; “ Al-Azhar, Propaganda menyerang! “.

   Bibirku hanya mampu diketap sebelum ini apabila kelibat seorang insan yang berbudi pekerti menasihatiku agar tidak menyambung pelajaran ke al-azhar.. Aku sememangnya berminat ke Mesir tetapi untuk belajar di sana mungkin tidak. Pilihan universiti lain telah kutakluki, tetapi cintaku kepada al-azhar tetap tinggi.

  Sejak tahun lepas lagi, email forward berkenaan keburukan Mesir sudah ku terima dalam ‘inbox’.. Aku memilih untuk tidak menghukum terus.

Hatiku sememangnya terluka dengan email forward bergitu namun ku tetap sahaja diam tidak melakukan apa-apa sehinggalah pada tahun ini email yang sama ku terima daripada insan yang berjiwa besar.

   Bibit-bibit bersalah mula menyerang diriku, aku harus terus berdiam diri kah sedangkan insan yang terdekat pun sudah meletakkan bayangan keseluruhan Mesir bergantung pada email forward tersebut.

Bunyi email Forward yang Membising

"Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)"
   Siapa yang mencintai Mesir, pasti luluh hatinya membaca email tersebut. Tambah menyakitkan di akhir kata, meletakkan UIA lebih tinggi tarafnya daripada Al-Azhar.
Mana mungkin?

TAHUKAH ANDA?

  Malah, kejayaan Islam sering dikaitkan dengan peranan alumni Al-Azhar yang telah terjun ke tengah masyarakat dunia. Hal ini terlihat dari ungkapan  pemimpin pasukan Portugis dalam menjajah Asia Tenggara. Ketika itu, Alfonso d'Albuquerque berpidato di depan pasukannya,
    ”Jasa yang akan kita berikan kepada Tuhan adalah dengan menguasai tempat ini dan mengusir bangsa Arab yang mana akan mampu memadamkan api Islam. Dan jika perdagangan Melaka dapat kita kuasai,  maka kita akan dapat menakluki Mesir  yang dipandu Al-Azhar dan Mekkah.”
Jelas Mesir dan Al-Azhar sangat digeruni orang kafir sejak berkurun lamanya.
Anda belajar sejarah bukan? Alfonso d’Albuquerque itu hidup di zaman bila? Sudah lama bukankah..

   Apabila golongan wahabi yang memerintah arab saudi suatu ketika dahulu berkomplot dengan kuasa besar Perancis dan British untuk menjatuhkan Khilafah Utsmaniah dan memberi jalan kepada org kafir untuk memasuki dan menjajah Palestin, mengapa tiada yg mengungkit hal tersebut?

   Whai kalian, para mata-mata indah yang tersilap menafsir,
Piramid dan fira’un tidak hairan lagi jika dikaitkan dengan Mesir. Yalah, ternyata memang keduanya berasal dari sana.. Tetapi, kalian… Kalian lupakah Mesir juga bumi Nabi Musa Alaihissalam?
Lupakah kalian?





 suasana talaqqi di masjid al-azhar

Kencing di Jalanan?
   Tidak dinafikan, antara tabiat orang awam Mesir adalah membuang air ditepi-tepi jalan. Orang yg jahil memang tiada adabnya. Sedangkan pada zaman Rasulullah juga ada yang kencing di sudut Masjid, namun Rasulullah bijak menegurnya kerana kejahilan orang itu sendiri. Kita ini yang hanya insan biasa dan hina, menghukum orang tersebut malah sekaligus negaranya terbabit sama!
Apa kalian hendak mengatakan Rasulullah ma’sum (tiada dosa) jadi pastinya perbuatannya berhikmah?  Jadi, kita ini yang diselaputi dengan dosa tidak perlulah untuk mencuba bersifat ‘berhikmah’?
   Sudah tentu, lagi banyak dosa lebih perlu berganda-ganda berusaha menjadi seorang yang berhikmah. Rasulullah yang kekasih Allah itupun sanggup sujud pada waktu malam sehingga kakinya membengkak hanya kerana merasakan dirinya perlu menjadi hamba yang bersyukur.
Kita ini, sudah dijamin syurga kah untuk bertindak sewenang-wenangnya?

Sekatan di Mesir

   Mesir sekat sempadan, angkara siapa? Al-Azhar?
   Pemerintah Mesir yang zalim itulah yang sepatutnya dipersalahkan. Tahukah kalian yang bermata bening, wajah yang teduh, tahukah? Rakyat Mesir dan Al-Azhar  sangat benci pemimpin mesir. Al-Azhar sangat ingin bersuara dan menentang, namun mereka maklum akibat buruk menanti seperti mana yang telah berlaku ke atas Dr.Yusuf Al-Qardhawi yang diusir dari Mesir.
    Jika Ulama’ Azhar semuanya menentang lalu diusir, siapa yang akan memegang tampuk pentadbiran Al-Azhar? Orang jahil? Ketahuilah, para ulama’ sangat sayangkan Al-Azhar..
Sejak berlakunya revolusi besar-besaran di Mesir, kezaliman dan sistem pemerintahan kuku besi mula terbentuk, rakyatnya menderita!
 Mengapa rakyat Mesir pula dipersalahkan dalam hal ini? Adilkah wahai insan yang dikurniakan bibir mungil yang indah namun tidak berjaya menahannya dari menyebarkan keaiban negara lain, adil ya ?
   Sejak kerajaan ataupun politik di Mesir juga sibuk campur tangan dalam urusan Al-Azhar, Al-Azhar kini dikawal orang zalim, makin lemah dan tidak sehebat dulu. Pemerintah negara yang tidak menggunakan sistem demokrasi ini telah merosakkan reputasi Al-Azhar sebagai pencetak ulama’ dunia.
“Sheikh-sheikh saya sendiri kata bahawa Al-Azhar sedang tenat dan mereka mengharapkan agar Al-Azhar kembali seperti dahulu”

Imam As-Suyuti, Al-Hafiz Al-Muhaddis Ibnu Hajar Al-Asqalani (penulis kitab fathul bari syarah Sahih Bukhari), As-syahid Hassan Al-Banna, Dr.Yusuf Al-Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan berjuta-juta lagi ulama’ dunia telah dicetak Al-Azhar. Tiada lagi ulama sekarang yang dapat menandingi ulama Al-Azhar. Sebab itu Mesir digelar ‘gudang ilmu’dan ‘kiblat ilmu’.

   Sudah lupakah bagaimana Islam tersebar luas di Malaysia? Rujuk sahaja buku sejarah PMR, alumni-alumni Al-Azhar yang menyebarkan dan menghidupkan agama di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dulu.
Beginikah cara kita membalas budi mereka yang ternyata begitu besar?


   Jika tidak dihidupkan agama sewaktu ketika dahulu, siapa tahu masih ada sistem penghambaan, perempuan ditindas? Who knows?
 Syeikh Dr Ali Jum'ah, mufti bumi awliya' dan ulama'

Siapa yang tinggal di Mesir sekarang ini?

   Adakah kalian fikir di Mesir tidak ada yang berdoa’ untuk rakyat Palestin? Tiada khutbah mengenai Palestin? Oh kalian yang beranggapan begitu, kalian tinggal di Mesirkah? Kenal dengan penduduk mesirkah?
   “Saya tidak tahu siapa orang palestin yg dikatakan perlu mengharungi banyak halangan dan malah naik bas sejauh 500 meter sebanyak RM70? Saya sangat berharap untuk berjumpanya. Cuma saya ingin tegaskan, saya ada ramai kawan dari Palestin dan yg paling rapat adalah Mahmud, dia berasal dari Gaza dan dia sangat selesa hidup di Mesir dan akan pulang hujung tahun ini ke Gaz. Malah, dia juga ada menceritakan bahawa ubat-ubatan dan makanan serta pakaian hanya ditapis sahaja, bukan disekat kerana Israel takut jika ada senjata ketika penghantaran barang-barang asasi tersebut. Ya, Israel hanya menyekat seludupan senjata, mereka takutkan senjata. Itu kata seorang penduduk Gaza, bukan kata saya.”
   Akhi Azam Husni malah berkata:
 “Saya pernah cuba bandingkan selama 17 bulan saya di Mesir, saya inginkan katakan di Mesir, para professor, pensyarah dan sheikh-sheikh bukan hanya setakat mengajar, malah mendidik. Mereka sungguh ikhlas,insya’allah. Gaji mereka sangat sedikit, lebih kurang RM 300 sebulan. Mereka bukan mengajar kerana wang, tetapi kerana ingin mencetak pemimpin umat. Insya’allah.
Al-Azhar yang bertaraf tinggi itu pula hanya beryuran RM70 sahaja setahun, saya sebagai pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Al-Azhar pula, tahukah berapa yuran sekolah saya? PERCUMA. Guru hebat mana yang ingin mengajar dengan gaji yang sangat sedikit? Berbanding dengan di Malaysia, di samping mengenakan yuran yang mahal, para ulama pula sedikit.”.

   Saya beli buku 'The Choice' - Dialog Islam & Kristian - Penulis: Ahmad Deedat. Saya bawa ke sekolah dan tanya kepada Sir boleh bawa tak buku tu ke sekolah?
   Sir Azman merangkap PK. Hem kata : " Hah, takpa-takpa. Kalau musykil apa-apa masalah, tanya saja Ustaz Hanif tak pun Ustaz Nasir ".
    Sir Azman, yang lebih tua dan lebih tinggi 'jawatan' (siapa kenal Sir memang akan kagum dengan kewibawaannya) pun mengiktiraf ilmu kedua-dua ustaz lulusan al-azhar tersebut! Sedangkan bukan calang-calang orang boleh kupaskan masalah berkenaan agama Kristian dan Islam..

    Saya juga masih ingat lagi, pun ada seorang lagi ustaz saya , memuji ustaz lulusan al-azhar tersebut waktu dalam kelas. Bukan senang nak dengar seorang guru memuji guru yang lain..

Malah, pelajar generasi pertama sekolah saya, Maktab Mahmud Yan pun sendiri sekarang dah berjawatan ketua (bagi komuniti pelajar Melayu). Saya pernah terjumpa dengan dia, juga punyai ilmu yang tinggi.
   Kenapa kita lihat keburukan orang, kita sebarkan tanpa berfikiran terbuka dan berlapang dada?
   Penyakit-penyakit umat bukan diungkit dan disebarkan, tetapi dipulihkan. Dengan hanya menunding jari kepada Mesir dan Al-Azhar tidak akan membuahkan apa-apa kebangkitan Islam melainkan hanya perpecahan.
   Saya tidak kisah jika sesiapa tidak ingin ke Al-Azhar, tetapi jangan pula mengajak orang lain menjauhi Al-Azhar dan mengaibkannya.
Sudut positif lain di Mesir jauh lebih banyak dari sudut negatif, kenapa hanya menyebarkan yang aib saja?

Zionis pasti teriak keriangan jika umat Islam sendiri menghalang saudara-saudaranya ke sana.. Yalah, ulama' akan makin berkurangan..

Dalam buku ceramah pilihan Syeikh Al-Qardhawi : Di awal abad ini para misionaris menyerang Mesir, namun gagal. Maka, seorang misionaris terkemuka menulis, "Islam akan tetap menjadi batu karang yang senantiasa tegar dihempas gelombang upaya misionaris, selama kaum muslimin masih memiliki empat hal ini : Al-Qur'an, Al-Azhar, pertemuan mingguan di hari Juma'at, dan muktamar tahunan ibadah haji ".

Apa kata diorang yang menuntut di Mesir?


Azam Husni: “Saya ingin tegaskan bahawa walaupun Al-Azhar semakin lemah dan sakit, namun tenaga pengajarnya, selain berfikrah ‘wasitiyah’ dan murni, sheikh-sheikhnya hebat tiada tandingan, ada seorang sheikh bukan pakar fiqh sahaja, malah hadis,dapat syarah kutub sittah, Al-Quran, tasawuf, dan juga pakar bedah! Ada tak di Malaysia? Rugi weih tak datang sini....  Peace..”

Naimul Firdaus: Bagi ana kalau pelajar malaysia nak mai belajar sini tak ada apa-apa masalah, suasana pelajar melayu kat sini memang terdidik dengan tarbiah yang sesuai. InsyaAllah takkan terpengaruh dengan budaya2 negatif “.
Yang lain tu, boleh tanya sendiri kepada pelajar-pelajar di sana.. Tanya rakyat dia sendiri pun tak apa..

   Wahai kalian, muka yang manis berseri,
Sebelum membidik senapang keaiban ke negara lain, kenapa tidak menghalanya ke arah negara sendiri dahulu?
Malaysia, juga tidak lepas dari perzinaan, ‘couple’, rokok, dadah, hidu gam, merempit. Ah, tidak ku mampu untuk senaraikan, kalian sendiri pun maklum situasi kita?
   Malah, penulis sendiri pun terkejut apabila mengetahui pada tahun ini, tahun 2010 terdapat 17,000 anak luar nikah yang dilaporkan. Itu belum termasuk anak-anak yang tidak dilaporkan, digugurkan, dibunuh, dibuang?

Ah, haiwan pun menyayangi anak-anak kecil..

p/s: Isu ini tidak mampu dikupas oleh saya seorang. Saya telah meminta pendapat dan ulasan beberapa orang. Antaranya, Azrul Kisas, Naimul Firdaus, Azam Husni. Jutaan terima kasih buat kalian.

Ini link blog mereka, saja nak letak. Sorang lagi, ana dah lupa link dia,maaf.

Moga Allah membuka hati dan melapangkan jiwa-jiwa kita semua. AMEEN!

Thursday, July 22, 2010

Bengkel Terakhir Hilal Asyraf

Jom! Sertai Bengkel Penulisan Fiksyen Islami & Pengurusan Blog Hilal Asyraf, anjuran Galeri Ilmu Sdn. Bhd(GISB).. 23 & 24 Julai ni, cepat!
           

Ini ulasan dari Encik Zakaria Sungib, editor kanan merangkap Editor Perolehan (Novel) di Jabatan Buku GISB, yang turut menyertai bengkel ini sebelum ini.


Setelah mengendalikan dua bengkel penulisan fiksyen Islami sebelum ini, novelis muda Hilal Asyraf akan berkongsi ilmu dan tip-tip berharga dalam penulisan fiksyen, khususnya penulisan novel Islami, dalam bengkel ketiga dan terakhir sepanjang percutian musim panasnya di Malaysia.

Bengkel itu akan diadakan di Alor Setar, khusus untuk novelis dan calon novelis di utara tanah air. Tarikhnya 22 & 23 Julai (Sabtu & Ahad). Tidak kurang daripada 20 orang dijangka menghadiri bengkel ini.

Dalam bengkel sebelum ini, Sdr Hilal Asyraf berkongsi perkara-perkara yang saya yakin tidak akan diperolehi dalam mana-mana bengkel penulisan novel yang lain. Modul bengkel ini adalah asli daripada beliau, berdasarkan pengalaman menulis beberapa buah novel. Dalam usia 21 tahun, beliau sudah mempunyai lima buah novel Islami yang diterbitkan termasuk VT, Sinergi dan Remaja Mulia. Ada ura-ura untuk mengadaptasi novel-novelnya kepada drama bersiri.

Peserta akan diajak berkongsi rahsia bagaimana novel-novel beliau mampu 'menyihir' pembaca (meminjam istilah Kang Abik). Beliau akan mendedahkan kaedah yang mudah dan jelas bagaimana merangka jalan cerita yang sentiasa mengundang rasa ingin tahu pembaca, di samping memasukkan nilai tarbiah secara bertahap-tahap, dari bab ke bab, dan bagaimana memanfaatkan 'kertas watak' untuk menggerakkan watak-watak yang hidup serta berkesan.

Bengkel ini mempunyai slot latihan, yang memberi peluang kepada peserta melatih kemahiran mengarang. Dan ada satu slot yang tidak kurang menarik dalam bengkel ini. Slot yang hanya mampu diisi dengan baik oleh pengendali blog yang blognya dikunjungi ribuan pelawat setiap hari.

Slot itu adalah tentang pengurusan blog. Sdr Hilal akan berkongsi tip-tip mengurus blog dengan berkesan dan 'mesra pelawat', berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan laman blog langitilahi.com yang kini dikunjungi lebih 3,000 hingga 4,000 pelawat sehari dan pernah mencapai hit 10,000 sehari. Tip-tip yang beliau berikan dalam pengurusan blog ini juga mudah dan jelas, berserta contoh-contoh paparan laman blog sebenar.


Apa hubung kait blog dengan novel atau cerpen? Juga akan dikongsi oleh Sdr Hilal.


Saya menjangkakan bengkel dua hari yang diadakan pada 26 & 27 Jun lepas lebih longgar daripada bengkel ekspres sehari pada 12 Jun. Rupanya jangkaan saya silap. Bengkel dua hari itu lebih padat dan lebih mantap. Insya-Allah bengkel seterusnya akan semakin mantap dan semakin berkesan.


Selepas bengkel terakhir di Alor Setar, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru Sdr Hilal Asyraf akan berpeluang mengendalikan bengkel seumpamanya di Malaysia. Ini peluang bagi calon-calon novelis untuk mendapatkan panduan yang jelas dan praktikal dalam menghasilkan novel Islami, atau saya lebih suka menamakannya 'novel tarbiah'.


Sdr Hilal, seperti juga Sdr Pahrol Mohamad Juoi, komited untuk membantu melahirkan penulis dan novelis berjiwa da'i dan murabbi. Sdr Hilal Asyraf berpegang pada prinsip yang jelas dalam menghasilkan karya fiksyen Islami yang mampu menjernihkan dan menyuburkan jiwa.


Nota: Sekurang-kurangnya tiga novel terbaru Hilal Asyraf akan muncul di gerai Galeri Ilmu pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC pada Mac tahun hadapan, insya-Allah. Ini belum termasuk kumpulan cerpen yang manuskripnya sudah berada di tangan editor. Bagaimana beliau dapat menulis novel-novel dan cerpen-cerpen tarbiah yang sedap dibaca dalam tempoh yang singkat? 'Kunci'nya mudah saja dan akan turut beliau kongsikan dengan peserta bengkel beliau.
Sumber : sini

Thursday, July 15, 2010

Diari : Wahai insan yang disayangi..

    Terkadang dalam kesibukan melakukan kerja bersama rakan menguji diri. Siapa yang tidak terasa diuji apabila rakan tidak memahami?

Untuk difahami, memahamilah..

Barangkali salah ana juga, yang tidak cukup memahami rakan. Lantaran itu, mereka tidak berdaya untuk memahami konsep yang dibawa dan dipegang ana..

     Sejak sekolah rendah lagi sehingga sekarang, ana cuba untuk menyesuaikan diri dengan semua rakan. Kadang sukar juga, kerana cara berfikir lain dari lain.. Plus, ana bukan seorang peramah malah jenis tak reti untuk bergaul. Bila dah kenal lama, barulah pandai untuk bersenda gurau, itupun kadangkala mati idea!

apabila terasa keseorang dalam membawa kefahaman islam, percayalah Allah bersama!
   
    Di sekolah, dalam kelas tingkatan dua banat.. ada sahaja segelintir insan yang membahagikan kepada kelompok-kelompok. Pelajar bermasalah dan tidak.

Apa pula yang ana anggap? Sebagai satu generasi, sesaudara islam bahkan sama-sama sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, bukankah sepatutnya hati kita satu? Tidak membahagikan manusia ini di kelompok mana dan manusia ini di kelompok yang lain pula..

Tidak patut!

   Ana berusaha untuk berkawan dengan semua orang.. Sama ada dia terlibat dalam sejarah hitam atau tidak, takkan kita hendak sisihkan dia? Kadang pergi ke kantin, bilik guru, pejabat dan beraktiviti dengan individu berlainan. 

 Tapi bila tiba masa, contohnya destinasi ana ke pejabat hendak cari Sir bersama dengan Si A. Bila sampai, lihat-lihat Sir tak ada ataupun sibuk. Pulang kembali ke kelas, kemudian datang kembali bersama Si A beberapa kali sehingga akhirnya barulah selesai urusan.

   Bila asyik keluar kelas dengan Si A ni, rupanya ada mata yang memandang dengan cemburu!

Maaf rakan, takkan nak ajak orang lain memandang Si A itu pun hendak berurusan perkara yang sama.

   Sehingga suatu hari kata-kata yang menusuk ke dalam kalbu terbit keluar dari bibir dua orang rakan dalam waktu yang berbeza :

" Yalah, ana sedar ana ni siapa, tak layak berkawan dengan anti! Yala, BFF (Best Friend Forever) anti tu lebih layak kan? ".



Bila cuba untuk menjelas, dia bersuara lagi : " Takpa-takpa. Ana sedar diri ana sapa, siapalah ana kan? Pi lah kawan dengan dia ".

   Insan seperti ini, apabila saat itu, ana rasa lebih patut diam. Hendak perjelas, dijawab cepat-cepat pula dengan balasan katanya..jadi diam sahaja lah kan?


will us try to understand each other?

 Oh Pemimpin!

  Setiap orang pasti ada kesalahan tersendiri kan? Tak lepas juga dengan pemimpin..

Oh pemimpin yang kuhormati!

   Bukan apa, ana terasa seakan golongan yang pernah membuat masalah dahulu seakan tidak dipertimbangkan untuk menerima jawatan-jawatan.

   Ana dapat input daripada novel Sinergi, ditulis oleh Hilal Asyraf.

  Para kepimpinan di sekolah memimpin sekaligus berdakwah bukan? Ya, itu ana tahu.

Justeru dalam berdakwah, pendakwah perlu membuatkan mad'u rasa dihargai. 

   Ana sendiri lebih banyak dosa dan salah, namun bukankah pesan Rasulullah ; "sampaikan ayatku walau sepatah?"

   Mad'u yang berasa dihargai, insya'allah akan terbuka hatinya dengan lebih luas untuk menerima kefahaman islam.. 

Untuk dihargai, menghargailah..

  Rasulullah sendiri pun tidak pernah merendahkan orang lain sedangkan dirinya terlalu mulia berbanding dengan kita. Baginda adalah kekasih Allah!

   Wahai pemimpinku, ini bukan andaian ana semata-mata. Ana sendiri pernah mendengar seseorang meluahkan perasaan ; " Mereka dah pegang jawatan tinggi dapat lagi jawatan. Sedangkan ana, hurm..siapa lah ana? ".

    Apabila berasa tidak dihargai, lebih sukar untuk membuatkan mereka bersama bergerak menyebarkan islam dengan ikhlas.. Betul bukan?

Insan yang bersalah ataupun pernah melakukan kesalahan tidak patut disisihkan, marilah kita bersama-sama membimbing mereka, bersama dengan mereka..menjalinkan ukhwah.. 

Tugas kita bukan menghukum tetapi mengajak dan menyeru ke arah kebaikan..

Hargailah mereka!

Sisih atau bersama? 

Rugi atau untung?

Maafkan diri ini, yang banyak kesalahan..

Thursday, July 8, 2010

Diari : Masa mendesah, memutar segalanya

   Masa bergerak, mendesahkan manusia-manusia, insan-insan yang bening matanya.

Aduh! Ayat sastera hentam-kromonya gitu?

gambar, simbol apa ini agaknya?

    Melihatkan kakak ayah saya yang menziarahi, sakit-sakit. Timbul rasa kagum, biarpun sakit tetap datang menziarahi walau untuk seketika, oh!
    Saya mengurut-urut kakinya, mulutnya mengaduh. 'Allahhuakbar' sentiasa meniti di bibirnya.

Ah, saya tersenyum senang.

   Allah, Allah, Allah!

*    *   *   *   *    *

  Sekolah akan adakan pertandingan. Pertandingan apa ya?

Memasak, menggubah bunga, mereka bentuk bahan buangan, teh tarik.

  Rasa-rasanya, saya memilih apa?

   Haha, memasak! Saya sendiri tergelak memikirkan pilihan itu. Mana tidaknya, jika ditanya kepada guru-guru, muallimah saya sewaktu sekolah rendah dahulu.. Masak, oh antonimnya dengan diri ini!

Sejujurnya, dahulu jika bahagian memasak, terasa malas. Tapi, itu dahulu!

   Masa yang berputar, mengubah keadaan. Makin lama makin minat! 

Sebabnya? Saya akan menggeleng, entah kenapa secara tetiba sahaja meminatinya. Huuu,pelik.

p/s: Sanah Helwah Cikgu Sue! Moga umur yang dipanjangkan itu, diredhai Allah S.W.T...

Katakanlah Ameen buat yang membaca..

huu..lawak la gambar! pemukul telur kek neh..

*    *   *   *   *   *

    Sir Azman, ada mengisahkan bekas pelajarnya dahulu dalam usrah. Berubah dari rugged (kata Sir, tetapi komen rakan saya, rasanya lelaki sesuai brutal kot?) menjadi seorang yang alim. Berjubah, berserban.

    Tetapi, dengan takdir Ilahi, dia sudah meninggal akibat kanser hidung, kalau tak silap!
Saya tidak mahu lah mengisahkan tentang dirinya, lantaran tidak berapa benar-benar maklum akan kisah hidupnya.

Kawan saya tetiba mengatakan ' Eh, bukan dia ke yang nama 'al-khalis' kat laman maktab mahmud yan tu? '

Saya mengungkit bahu. Entah, saya tidak tahu!

" Ada, gambar pakai jubah, serban, bertongkat tu! ", kawan saya mengungkap lagi.

  Kemudian, akal saya secara mengejut terbayangkan sebuah blog, ada gambar kecil, tidaklah berapa jelas, tetapi masih tahu lelaki berserban dan berjubah sedang memegang tongkat.

   Saya terkejut, itukah? Lantas, memasang niat untuk membuka blognya kembali sejurus pulang ke rumah nanti.
Nah, sekarang dah tiba di rumah. Bila buka blognya, ternyata benar itulah dia!
Ada pengumuman berkenaan admin blog yang sudah kembali ke rahmatullah..

Al-fatihah..

   Yang lebih mengharukan, arwah meninggal pada 2 Julai, iaitu hari Jumaat. Pukul 2.50 petang.

Tidak berniat di hati ini, untuk saja-saja mengisahkan berkenaan bekas pelajar 'putera' Maktab Mahmud Yan. Cumanya berminat dengan corak perjalanan hidupnya..

   Siapa yang tidak beruntung? Meninggal di dalam keadaan beriman,pada hari Jumaat yang barakah hendaknya, di kala sakit tetap berusaha menulis dan menjual kitab-kitab agama!

    Kita belum tentu lagi mati dalam keadaan beriman (na'uzubillah) . Moga hendaknya , hidup dan mati kita sentiasa dipenuhi dengan bibit keimanan.. Insya'allah, Ameen!

Friday, July 2, 2010

Tema Usrah : MALU

   Assalamua'alaikum..

Intipati yang ana dapat dalam usrah soghir: MALU

Malu. Siapa yang tidak pernah merasa malu? Oho, mustahil..
Malu nak buat salah, malu juga kan? Aha, betul tidak? 

Muslim anime-best club by ~bekkouche

Ada jenis-jenis dia. Malu fitrah dan malu yang dibentuk. Malu Fitrah berasal dari sifat semulajadi kita manakala malu yang dibentuk timbul kerana kesan dari beriman kepada Allah.

   Apa langkah-langkah nak menjaga malu ni?

1. Jaga kepala dan pancaindera

    - Maksudnya seakan menjaga pancaindera seperti mata, iaitu menundukkan pandangan. Jaga tangan dari mencuri , jaga mulut dari mengata dan berbagai contoh lagi.

2. Jaga perut dan anggota

    - Jaga perut ni macam makan hanya makanan yang halal.

3. Ingat Mati

   - Ingatlah maut iaitu mati ataupun ajal. Apa yang mati dapat dikaitkan dengan malu adalah malu dengan Allah, merasakan diri masih banyak dosa sedangkan ajal kan datang menjemput bila-bila masa.

Kata hikmah : Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.

4. Tinggal perhiasan dunia

   - Zuhud. Terutamanya perempuan, tidak berhias terlalu melampau-lampau sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi (yang boleh dikahwini) dan mengundang fitnah.

    Dari segi istilah, malu bermaksud sifat dan akhlak yang tersemat di dalam jiwa dan boleh membangkitkan seseorang untuk menjauhi sesuatu yang buruk yang boleh menghalang dari cuai menunaikan hak mereka yang berhak. Amacam, panjang tak? =)

Sapa tak faham. Feel free to ask, okey?

selingan~

Seperti biasa, sibuk dah sebati dalam diri. Namun, lebih ramai lagi yang sibuknya berganda-ganda dari diri ana di bumi fana ini, kan?

   Minggu lepas dah start berlatih untuk persembahan 'Phantom Of The Opera'. Folio KHB pula bertimbun dengan table akaun penuh bermuka-muka surat. 23&24 Julai pula ada Bengkel Penulisan Fiksyen Islami dan Pengurusan Blog. 27 kena persembahkan persembahan Phantom Opera dah.. Setiap petang, kelas tambahan. Cuti hujung minggu, ada kelas tambahan.

   Semalam, ada usrah di sekolah (best, suka usrah soghir ni!).

Pagi, petang, malam, hujung minggu tetap pi sekolah. Macam pelajar asrama pula gaya.. Bertambah dengan latihan phantom, kena banyak kali hadir lagilah di asrama.

   Kawan-kawan siap kata " Ala, dok asrama sajalah. Kan senang.. ".

p/s: sekolah rendah dah dok asrama, nak gak berasa berulang kan? hehe..

ana ada kawan sekolah rendah dulu, tak silap ana dari tadika ke tahfiz 1 entah, sampailah form 2 sekarang..tak pernah berulang. woha!

Geo

free counters