Para sahibin wa sahibah, ikhwan wa akahawat sekalian, tahukah hati ini terluka?
Al-Azhar tidak berjasa kah kepada dunia?
UIA menggunung tinggikah dari Al-Azhar?
Oh, mata-mata dunia, nescaya jika kau menyelidiki dengan lebih mendalam.. Pasti kagum akan tertunas di jiwa-jiwa kalian!
Sudah lama rasanya ingin diudarakan artikel ini, tetapi masa dan ilmu membatasinya. Alhamdulillah, kini ternyata Allah Yang Maha Mengasihani telah memberi ku peluang untuk terus bernafas dan mengulas sedikit isu ini ; “ Al-Azhar, Propaganda menyerang! “.
Bibirku hanya mampu diketap sebelum ini apabila kelibat seorang insan yang berbudi pekerti menasihatiku agar tidak menyambung pelajaran ke al-azhar.. Aku sememangnya berminat ke Mesir tetapi untuk belajar di sana mungkin tidak. Pilihan universiti lain telah kutakluki, tetapi cintaku kepada al-azhar tetap tinggi.
Sejak tahun lepas lagi, email forward berkenaan keburukan Mesir sudah ku terima dalam ‘inbox’.. Aku memilih untuk tidak menghukum terus.
Hatiku sememangnya terluka dengan email forward bergitu namun ku tetap sahaja diam tidak melakukan apa-apa sehinggalah pada tahun ini email yang sama ku terima daripada insan yang berjiwa besar.
Bibit-bibit bersalah mula menyerang diriku, aku harus terus berdiam diri kah sedangkan insan yang terdekat pun sudah meletakkan bayangan keseluruhan Mesir bergantung pada email forward tersebut.
Bunyi email Forward yang Membising
"Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)"
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)"
Siapa yang mencintai Mesir, pasti luluh hatinya membaca email tersebut. Tambah menyakitkan di akhir kata, meletakkan UIA lebih tinggi tarafnya daripada Al-Azhar.
Mana mungkin?
TAHUKAH ANDA?
Malah, kejayaan Islam sering dikaitkan dengan peranan alumni Al-Azhar yang telah terjun ke tengah masyarakat dunia. Hal ini terlihat dari ungkapan pemimpin pasukan Portugis dalam menjajah Asia Tenggara. Ketika itu, Alfonso d'Albuquerque berpidato di depan pasukannya,
”Jasa yang akan kita berikan kepada Tuhan adalah dengan menguasai tempat ini dan mengusir bangsa Arab yang mana akan mampu memadamkan api Islam. Dan jika perdagangan Melaka dapat kita kuasai, maka kita akan dapat menakluki Mesir yang dipandu Al-Azhar dan Mekkah.”
Jelas Mesir dan Al-Azhar sangat digeruni orang kafir sejak berkurun lamanya.
Anda belajar sejarah bukan? Alfonso d’Albuquerque itu hidup di zaman bila? Sudah lama bukankah..
Apabila golongan wahabi yang memerintah arab saudi suatu ketika dahulu berkomplot dengan kuasa besar Perancis dan British untuk menjatuhkan Khilafah Utsmaniah dan memberi jalan kepada org kafir untuk memasuki dan menjajah Palestin, mengapa tiada yg mengungkit hal tersebut?
Whai kalian, para mata-mata indah yang tersilap menafsir,
Piramid dan fira’un tidak hairan lagi jika dikaitkan dengan Mesir. Yalah, ternyata memang keduanya berasal dari sana.. Tetapi, kalian… Kalian lupakah Mesir juga bumi Nabi Musa Alaihissalam?
Lupakah kalian?
suasana talaqqi di masjid al-azhar
Kencing di Jalanan?
Tidak dinafikan, antara tabiat orang awam Mesir adalah membuang air ditepi-tepi jalan. Orang yg jahil memang tiada adabnya. Sedangkan pada zaman Rasulullah juga ada yang kencing di sudut Masjid, namun Rasulullah bijak menegurnya kerana kejahilan orang itu sendiri. Kita ini yang hanya insan biasa dan hina, menghukum orang tersebut malah sekaligus negaranya terbabit sama!
Apa kalian hendak mengatakan Rasulullah ma’sum (tiada dosa) jadi pastinya perbuatannya berhikmah? Jadi, kita ini yang diselaputi dengan dosa tidak perlulah untuk mencuba bersifat ‘berhikmah’?
Sudah tentu, lagi banyak dosa lebih perlu berganda-ganda berusaha menjadi seorang yang berhikmah. Rasulullah yang kekasih Allah itupun sanggup sujud pada waktu malam sehingga kakinya membengkak hanya kerana merasakan dirinya perlu menjadi hamba yang bersyukur.
Kita ini, sudah dijamin syurga kah untuk bertindak sewenang-wenangnya?
Sekatan di Mesir
Mesir sekat sempadan, angkara siapa? Al-Azhar?
Mesir sekat sempadan, angkara siapa? Al-Azhar?
Pemerintah Mesir yang zalim itulah yang sepatutnya dipersalahkan. Tahukah kalian yang bermata bening, wajah yang teduh, tahukah? Rakyat Mesir dan Al-Azhar sangat benci pemimpin mesir. Al-Azhar sangat ingin bersuara dan menentang, namun mereka maklum akibat buruk menanti seperti mana yang telah berlaku ke atas Dr.Yusuf Al-Qardhawi yang diusir dari Mesir.
Jika Ulama’ Azhar semuanya menentang lalu diusir, siapa yang akan memegang tampuk pentadbiran Al-Azhar? Orang jahil? Ketahuilah, para ulama’ sangat sayangkan Al-Azhar..
Sejak berlakunya revolusi besar-besaran di Mesir, kezaliman dan sistem pemerintahan kuku besi mula terbentuk, rakyatnya menderita!
Mengapa rakyat Mesir pula dipersalahkan dalam hal ini? Adilkah wahai insan yang dikurniakan bibir mungil yang indah namun tidak berjaya menahannya dari menyebarkan keaiban negara lain, adil ya ?
Sejak kerajaan ataupun politik di Mesir juga sibuk campur tangan dalam urusan Al-Azhar, Al-Azhar kini dikawal orang zalim, makin lemah dan tidak sehebat dulu. Pemerintah negara yang tidak menggunakan sistem demokrasi ini telah merosakkan reputasi Al-Azhar sebagai pencetak ulama’ dunia.
“Sheikh-sheikh saya sendiri kata bahawa Al-Azhar sedang tenat dan mereka mengharapkan agar Al-Azhar kembali seperti dahulu”
Imam As-Suyuti, Al-Hafiz Al-Muhaddis Ibnu Hajar Al-Asqalani (penulis kitab fathul bari syarah Sahih Bukhari), As-syahid Hassan Al-Banna, Dr.Yusuf Al-Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan berjuta-juta lagi ulama’ dunia telah dicetak Al-Azhar. Tiada lagi ulama sekarang yang dapat menandingi ulama Al-Azhar. Sebab itu Mesir digelar ‘gudang ilmu’dan ‘kiblat ilmu’.
Sudah lupakah bagaimana Islam tersebar luas di Malaysia? Rujuk sahaja buku sejarah PMR, alumni-alumni Al-Azhar yang menyebarkan dan menghidupkan agama di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dulu.
Beginikah cara kita membalas budi mereka yang ternyata begitu besar?
Jika tidak dihidupkan agama sewaktu ketika dahulu, siapa tahu masih ada sistem penghambaan, perempuan ditindas? Who knows?
Syeikh Dr Ali Jum'ah, mufti bumi awliya' dan ulama'
Siapa yang tinggal di Mesir sekarang ini?
Adakah kalian fikir di Mesir tidak ada yang berdoa’ untuk rakyat Palestin? Tiada khutbah mengenai Palestin? Oh kalian yang beranggapan begitu, kalian tinggal di Mesirkah? Kenal dengan penduduk mesirkah?
Adakah kalian fikir di Mesir tidak ada yang berdoa’ untuk rakyat Palestin? Tiada khutbah mengenai Palestin? Oh kalian yang beranggapan begitu, kalian tinggal di Mesirkah? Kenal dengan penduduk mesirkah?
“Saya tidak tahu siapa orang palestin yg dikatakan perlu mengharungi banyak halangan dan malah naik bas sejauh 500 meter sebanyak RM70? Saya sangat berharap untuk berjumpanya. Cuma saya ingin tegaskan, saya ada ramai kawan dari Palestin dan yg paling rapat adalah Mahmud, dia berasal dari Gaza dan dia sangat selesa hidup di Mesir dan akan pulang hujung tahun ini ke Gaz. Malah, dia juga ada menceritakan bahawa ubat-ubatan dan makanan serta pakaian hanya ditapis sahaja, bukan disekat kerana Israel takut jika ada senjata ketika penghantaran barang-barang asasi tersebut. Ya, Israel hanya menyekat seludupan senjata, mereka takutkan senjata. Itu kata seorang penduduk Gaza, bukan kata saya.”
Akhi Azam Husni malah berkata:
“Saya pernah cuba bandingkan selama 17 bulan saya di Mesir, saya inginkan katakan di Mesir, para professor, pensyarah dan sheikh-sheikh bukan hanya setakat mengajar, malah mendidik. Mereka sungguh ikhlas,insya’allah. Gaji mereka sangat sedikit, lebih kurang RM 300 sebulan. Mereka bukan mengajar kerana wang, tetapi kerana ingin mencetak pemimpin umat. Insya’allah.
Al-Azhar yang bertaraf tinggi itu pula hanya beryuran RM70 sahaja setahun, saya sebagai pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Al-Azhar pula, tahukah berapa yuran sekolah saya? PERCUMA. Guru hebat mana yang ingin mengajar dengan gaji yang sangat sedikit? Berbanding dengan di Malaysia, di samping mengenakan yuran yang mahal, para ulama pula sedikit.”.
Saya beli buku 'The Choice' - Dialog Islam & Kristian - Penulis: Ahmad Deedat. Saya bawa ke sekolah dan tanya kepada Sir boleh bawa tak buku tu ke sekolah?
Sir Azman merangkap PK. Hem kata : " Hah, takpa-takpa. Kalau musykil apa-apa masalah, tanya saja Ustaz Hanif tak pun Ustaz Nasir ".
Sir Azman, yang lebih tua dan lebih tinggi 'jawatan' (siapa kenal Sir memang akan kagum dengan kewibawaannya) pun mengiktiraf ilmu kedua-dua ustaz lulusan al-azhar tersebut! Sedangkan bukan calang-calang orang boleh kupaskan masalah berkenaan agama Kristian dan Islam..
Saya juga masih ingat lagi, pun ada seorang lagi ustaz saya , memuji ustaz lulusan al-azhar tersebut waktu dalam kelas. Bukan senang nak dengar seorang guru memuji guru yang lain..
Malah, pelajar generasi pertama sekolah saya, Maktab Mahmud Yan pun sendiri sekarang dah berjawatan ketua (bagi komuniti pelajar Melayu). Saya pernah terjumpa dengan dia, juga punyai ilmu yang tinggi.
Kenapa kita lihat keburukan orang, kita sebarkan tanpa berfikiran terbuka dan berlapang dada?
Penyakit-penyakit umat bukan diungkit dan disebarkan, tetapi dipulihkan. Dengan hanya menunding jari kepada Mesir dan Al-Azhar tidak akan membuahkan apa-apa kebangkitan Islam melainkan hanya perpecahan.
Saya tidak kisah jika sesiapa tidak ingin ke Al-Azhar, tetapi jangan pula mengajak orang lain menjauhi Al-Azhar dan mengaibkannya.
Sudut positif lain di Mesir jauh lebih banyak dari sudut negatif, kenapa hanya menyebarkan yang aib saja?
Zionis pasti teriak keriangan jika umat Islam sendiri menghalang saudara-saudaranya ke sana.. Yalah, ulama' akan makin berkurangan..
Dalam buku ceramah pilihan Syeikh Al-Qardhawi : Di awal abad ini para misionaris menyerang Mesir, namun gagal. Maka, seorang misionaris terkemuka menulis, "Islam akan tetap menjadi batu karang yang senantiasa tegar dihempas gelombang upaya misionaris, selama kaum muslimin masih memiliki empat hal ini : Al-Qur'an, Al-Azhar, pertemuan mingguan di hari Juma'at, dan muktamar tahunan ibadah haji ".
Apa kata diorang yang menuntut di Mesir?
Azam Husni: “Saya ingin tegaskan bahawa walaupun Al-Azhar semakin lemah dan sakit, namun tenaga pengajarnya, selain berfikrah ‘wasitiyah’ dan murni, sheikh-sheikhnya hebat tiada tandingan, ada seorang sheikh bukan pakar fiqh sahaja, malah hadis,dapat syarah kutub sittah, Al-Quran, tasawuf, dan juga pakar bedah! Ada tak di Malaysia? Rugi weih tak datang sini.... Peace..”
Naimul Firdaus: “ Bagi ana kalau pelajar malaysia nak mai belajar sini tak ada apa-apa masalah, suasana pelajar melayu kat sini memang terdidik dengan tarbiah yang sesuai. InsyaAllah takkan terpengaruh dengan budaya2 negatif “.
Yang lain tu, boleh tanya sendiri kepada pelajar-pelajar di sana.. Tanya rakyat dia sendiri pun tak apa..
Wahai kalian, muka yang manis berseri,
Sebelum membidik senapang keaiban ke negara lain, kenapa tidak menghalanya ke arah negara sendiri dahulu?
Malaysia, juga tidak lepas dari perzinaan, ‘couple’, rokok, dadah, hidu gam, merempit. Ah, tidak ku mampu untuk senaraikan, kalian sendiri pun maklum situasi kita?
Malah, penulis sendiri pun terkejut apabila mengetahui pada tahun ini, tahun 2010 terdapat 17,000 anak luar nikah yang dilaporkan. Itu belum termasuk anak-anak yang tidak dilaporkan, digugurkan, dibunuh, dibuang?
Ah, haiwan pun menyayangi anak-anak kecil..
p/s: Isu ini tidak mampu dikupas oleh saya seorang. Saya telah meminta pendapat dan ulasan beberapa orang. Antaranya, Azrul Kisas, Naimul Firdaus, Azam Husni. Jutaan terima kasih buat kalian.
Ini link blog mereka, saja nak letak. Sorang lagi, ana dah lupa link dia,maaf.
Ini link blog mereka, saja nak letak. Sorang lagi, ana dah lupa link dia,maaf.
Moga Allah membuka hati dan melapangkan jiwa-jiwa kita semua. AMEEN!
No comments:
Post a Comment