Untuk difahami, memahamilah..
Barangkali salah ana juga, yang tidak cukup memahami rakan. Lantaran itu, mereka tidak berdaya untuk memahami konsep yang dibawa dan dipegang ana..
Sejak sekolah rendah lagi sehingga sekarang, ana cuba untuk menyesuaikan diri dengan semua rakan. Kadang sukar juga, kerana cara berfikir lain dari lain.. Plus, ana bukan seorang peramah malah jenis tak reti untuk bergaul. Bila dah kenal lama, barulah pandai untuk bersenda gurau, itupun kadangkala mati idea!
apabila terasa keseorang dalam membawa kefahaman islam, percayalah Allah bersama!
Di sekolah, dalam kelas tingkatan dua banat.. ada sahaja segelintir insan yang membahagikan kepada kelompok-kelompok. Pelajar bermasalah dan tidak.
Apa pula yang ana anggap? Sebagai satu generasi, sesaudara islam bahkan sama-sama sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, bukankah sepatutnya hati kita satu? Tidak membahagikan manusia ini di kelompok mana dan manusia ini di kelompok yang lain pula..
Tidak patut!
Ana berusaha untuk berkawan dengan semua orang.. Sama ada dia terlibat dalam sejarah hitam atau tidak, takkan kita hendak sisihkan dia? Kadang pergi ke kantin, bilik guru, pejabat dan beraktiviti dengan individu berlainan.
Tapi bila tiba masa, contohnya destinasi ana ke pejabat hendak cari Sir bersama dengan Si A. Bila sampai, lihat-lihat Sir tak ada ataupun sibuk. Pulang kembali ke kelas, kemudian datang kembali bersama Si A beberapa kali sehingga akhirnya barulah selesai urusan.
Bila asyik keluar kelas dengan Si A ni, rupanya ada mata yang memandang dengan cemburu!
Maaf rakan, takkan nak ajak orang lain memandang Si A itu pun hendak berurusan perkara yang sama.
Sehingga suatu hari kata-kata yang menusuk ke dalam kalbu terbit keluar dari bibir dua orang rakan dalam waktu yang berbeza :
Bila cuba untuk menjelas, dia bersuara lagi : " Takpa-takpa. Ana sedar diri ana sapa, siapalah ana kan? Pi lah kawan dengan dia ".
Insan seperti ini, apabila saat itu, ana rasa lebih patut diam. Hendak perjelas, dijawab cepat-cepat pula dengan balasan katanya..jadi diam sahaja lah kan?
will us try to understand each other?
Oh Pemimpin!
Setiap orang pasti ada kesalahan tersendiri kan? Tak lepas juga dengan pemimpin..
Oh pemimpin yang kuhormati!
Bukan apa, ana terasa seakan golongan yang pernah membuat masalah dahulu seakan tidak dipertimbangkan untuk menerima jawatan-jawatan.
Ana dapat input daripada novel Sinergi, ditulis oleh Hilal Asyraf.
Para kepimpinan di sekolah memimpin sekaligus berdakwah bukan? Ya, itu ana tahu.
Justeru dalam berdakwah, pendakwah perlu membuatkan mad'u rasa dihargai.
Ana sendiri lebih banyak dosa dan salah, namun bukankah pesan Rasulullah ; "sampaikan ayatku walau sepatah?"
Mad'u yang berasa dihargai, insya'allah akan terbuka hatinya dengan lebih luas untuk menerima kefahaman islam..
Untuk dihargai, menghargailah..
Rasulullah sendiri pun tidak pernah merendahkan orang lain sedangkan dirinya terlalu mulia berbanding dengan kita. Baginda adalah kekasih Allah!
Wahai pemimpinku, ini bukan andaian ana semata-mata. Ana sendiri pernah mendengar seseorang meluahkan perasaan ; " Mereka dah pegang jawatan tinggi dapat lagi jawatan. Sedangkan ana, hurm..siapa lah ana? ".
Apabila berasa tidak dihargai, lebih sukar untuk membuatkan mereka bersama bergerak menyebarkan islam dengan ikhlas.. Betul bukan?
Insan yang bersalah ataupun pernah melakukan kesalahan tidak patut disisihkan, marilah kita bersama-sama membimbing mereka, bersama dengan mereka..menjalinkan ukhwah..
Tugas kita bukan menghukum tetapi mengajak dan menyeru ke arah kebaikan..
*edit post:
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/
boleh lihat, artikel ini juga..
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/
boleh lihat, artikel ini juga..
Hargailah mereka!
Sisih atau bersama?
Rugi atau untung?
Maafkan diri ini, yang banyak kesalahan..
No comments:
Post a Comment