Thursday, December 2, 2010

Silap Taktik ?

Waa,

Assalamualaikum w.b.t,

Long time no see, huh?   Guess what ? ... smile :) ..

Jom baca lagi, silap taktik apa?

Tak kisah?

   Saya, tak kisah siapa pun mahu berkawan.

   Mungkin, Memang, kadang layanan saya teruk. Bila dah tiba emosi, rakan panggil buat tak endah.

Itu saya tak nafikan, tapi saya sedang berusaha mengubah diri agar dapat mengawal emosi. Pray for me :)

Saya tak kisah kawan dengan orang yang baju ketat, free hair, tudung singkat or any else ... Saya ok je, no hal. Kalau dah kawan, maka kawan la. Apa lagi hendak difikirkan? Er, Islam sendiri galakkan, kan?

Tapi, 'prinsip berkawan' saya berbeza sedikit . Tak kisah bila, di mana , siapa yang nak kawan. Maka kawanlah. Tinggal, saya bukan peramah. Jenis tak reti nak sembang-sembang. Bila dah kawan betul, barulah 'pandai' bersembang. 
Sebab itu, siapa baru kenal saya akan lihat saya ini macam 'sombong' sebab diam sahaja.

Alam maya lain pula cerita, kenal tak kenal, boleh je sembang (ym) rancak sebab waktu tu ada masa untuk fikir nak tulis apa? Ahaa...

   Itu saya.

elektrik putus. main lilin.

 Tersilap?

Ada manusia yang mahu berubah.
Ada manusia belajar untuk berubah.

Tapi, semua tinggal mimpi dan angan. Kenapa?

   " Saya cuba nak belajar agama, tapi mereka lekehkan saya. Pandang rendah saya. Saya tahu siapa saya, tapi tinggi sangatkah mereka untuk mendabik dada? "

Aha, itulah kesilapannya.

Bila da'ie memandang rendah mad'u , mad'u akan hilang 'respect' pada daie.

Silap percaturan sedikit, musnah segala. 

 Nak berubah, tapi...

Mereka ada hasrat hendak berubah tapi...

" Hei, tak reti-reti nak insaf? Berapa kali nak tegur baru nak faham? "

 Badan dilibas sejadah. Sayang, sejadah tempat untuk bertemu kekasih digunakan untuk melibas orang pula!

 Baru terlintas hendak berubah, tidak jadi. Malah, timbul pula dendam! Jiwa mereka makin memberontak!

Silap percaturan. Naya. Mereka makin agresif.


Mereka ada hasrat hendak berubah tapi...

mereka tidak 'nampak' apa istimewanya menjadi 'baik'. 

Mereka lihat orang pakai tudung labuh, berserban tidak menjaga batas pergaulan, gelak ketawa berlebih-lebihan, berpegangan tangan, main tampar-tampat, bergurau senda dengan bukan mahram. Mencarut, menengking, memukul. 

Lantas, apa perlunya menjadi baik jika semua ini yang ditayangkan kepada mereka?

agresif!

Kita semua sama, apa bezanya?

Mereka sama sahaja dengan kita.

Orang pakai tudung labuh + tudung singkat + free hair = apa salah kalau bercampur?

Orang berserban + rambut punk + rambut berwarna = apa salah kalau bercampur?

Mereka yang tidak bertudung labuh atau berserban mungkin ada sedikit rasa segan jika bercampur, jadi apa kata anda yang memulakan langkah dahulu?

Siapa kata dosa? 

Tidak. Tidak sama sekali..

Buang ego. Buang perasaan 'tidak senang'. Dekati mereka, selami perasaan mereka, bersamalah dengan mereka, biar mereka tahu anda sentiasa bersama mereka.

Sayangilah mereka! Mereka berhak untuk mendapat bimbingan..

 Buat Anda

Bagi mereka yang ingin berubah, teruskanlah hasrat murni itu ...

Jika ada golongan yang menolak dirimu, usahakanlah mencari jalan atau orang yang lain.

Pintu perubahan sentiasa terbuka untuk kalian, pintu kebaikan tidak pernah tertutup :)

Masih ramai insan yang ingin menjadi saudara kalian, senyumlah. Sesungguhnya, senyum itu penawar duka :)

Sollu Soluu alaih..(kredit status : Deadly Smile - M.Shukrimun -)  :)


candle light dinner. elektrik putus!

   Terus terang, saya jenis pelawan orangnya. Lagi sakitkan hati saya atau hati kawan-kawan saya, lagi saya rasa nak melawan. 

   Kadang berusaha untuk diam, tetapi tidak mampu. Dalam proses peng'hijrah'an diri, berubah ke arah lebih baik :) . Saya dambakan doa-doa kalian! 


nota kaki : kata kawan, perangai Form 1 & Form 2 saya ketara berbeza, tunggu apa yang akan jadi pada saya tahun depan pula..  :)

1 comment:

Aimi Zainudin said...

kita serupa sahabat (:
sangat2 serupa...

Geo

free counters