Saya : Malam ni, ana nak post cerpen. Lama tak tulis cerpen.
Nurina : Bagusla. Ana pun dah lama tak baca cerpen anti.
Saya : Hehe
Kalau nak tahu, Nurina ini sangatlah rajin menulis cerpen-cerpen di blognya. Bukan macam saya...haha. Dulu setiap sabtu, lama-lama berbulan pula tak menulis.
BACK TO FITRAH
Entah. Hati aku tak senang. Biarlah, aku doakan kebahagiaannya.
" Rohaizat ", bibir mungilnya menyebut namaku.
Aku berpaling. Tersenyum, wanita ini lagi.
" Ah, sahabatku Olivia. Ada apa? ", aku menyahut panggilannya.
Olivia mengambil tempat duduk di sebelahku tanpa dipelawa. Dia meramas kedua-dua tapak tangannya.
" Huh, tanda ini lagi. Kau mahu bincang lagi ya? Perkara apa pula..".
Olivia ketawa perlahan. Sungguh ayu dia.
" Macam biasa, Rohaizat. Apa kau tak bisa bicara sama aku lagi? ", gesitnya nakal.
Aku tersenyum lucu. Minah salih ini sudah pandai menyelit sedikit bahasa indonesia. Entah dari mana dia belajar.
Sejak mahir berbahasa Melayu, dia kalut mempelajari bahasa lain pula. Katanya, kalau dia boleh berbahasa Melayu kenapa tidak bahasa lain pula?. Aku tersenyum sahaja tika itu.
" Aku makin pening baca al-qur’an yang kau hadiahkan pada aku “, Olivia menyebut perlahan. Walaupun dia ateis, dia rasa perlu untuk menghormati kitab agama. Dia tahu setiap orang ada pegangan tersendiri.