Wednesday, December 22, 2010

Kadang, Jiwa pun hendak meluah isinya

    Sambil layan lagu NowSeeHeart, (guna earphone dan pasang volume sehingga rasa nasyid meresap ke dalam jiwa *er,meaning volume high :)*) aku pun tulis artikel ini.


Pembaca, izinkan saya gelarkan diri dengan 'aku', guna bahasa rojak dan gaya bahasa lain sedikit. Sometimes you know, when we feeling to do it, we will change drastic. Ayat english agak pelik juga kedengarannya. Whatever :)


Pesanan sedikit duhai pembaca. Sudikanlah bibir kalian turut menyusul mengucapkan InsyaAlllah di setiap perkataan 'InsyaAllah' yang akan tertulis di bawah kelak. Doa kalian amatku dambakan. :)

Nama pun manusia, ada masa 'down' dan ada masa untuk bangun. Same with me what. 
Ada satu tahap, aku rasa nak serang orang. Dan tak mungkin aku akan lakukan. Never, InsyaAllah. Jadi, keinginan itu berubah kepada rasa imemberontak. Tiba-tiba ada sesuatu yang meresap dalam jiwa.

   ' Sabar Ariffah, sabar '


   ' Ada hikmah, pasti! '


   ' Pasti ada sebab, Allah tak akan takdirkan sesuatu dengan sia-sia '


Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku sedikit kesabaran. Aku menahan perasaan aku yang rasanya sudah tinggi menggunung.
Tak apalah Ariffah, Allah bersama hamba-hambaNya.

Bila terlalu banyak perasaan menggumpal, terasa rasa itu seakan hendak meledak dan meletup. Aku tiada teman untuk meluah rasa kerana aku sendiri tak mahu, hanya medan penulisan tempat aku meluahkan segala.
Tak apalah Ariffah, Allah itu ADA.


Azam aku timbul, perancangan ku lakar semula. Moga perancangan ini lebih baik dari yang dahulu, InsyaAllah.
Tekadku ku tanam sungguh-sungguh, biar melekat di jiwa. Agar aku tak melakukan perkara sia-sia lagi, InsyaAllah.

the long way down..

Kala ini, lagu sudah pun berubah kepada lagu 'The Final Countdown' :) Sesuailah tu, lagu semangat. Semangat azam, moga terus menyala hingga ke akhir tahun dan akhir hayat.


Pesanan buat diri dan kalian *yang umur lebih kurang dengan aku*, biarlah umurmu masih belasan tahun asalkan jangan ingat umurmu itu adalah waktu untuk disiakan. Kita bukannya BARU belasan tahun tetapi SUDAH belasan tahun. Sama juga dengan 20,30-an.


Sudahlah Ariffah, berhenti melayan rasa yang tidak membantu dalam langkahanmu mengorak kejayaan. Percayalah, apa yang berlaku insyaAllah akan mematangkan dirimu dan membuka banyak pintu-pintu cahaya hidayah yang lebih bermakna daripada perkara yang kau terkilankan. Sudah Ariffah, sudah! Bukankah 'Moto' hidupmu adalah "Every exit is an entry somewhere else". :)

Ah, aku dah makin lupa dengan ayat al-Qur'an peganganku. Al-Ankabut 2 dan 3.
 "Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman, tanpa mereka mendapat ujian." 
" Dan sesungguhnya telah Kami uji orang-orang yang sebelum mereka supaya Allah mengetahui orang-orang yang dusta (dengan jelas dan nyata)"

Aku tahu, ada jiwa-jiwa lain yang ingin diriku berjaya dan terus mencapai matlamat hidup. Maafkan diriku ya Allah dan kalian kalau aku ini menghampakan Engkau dan kalian. Ada masa jatuh dan bangun, dan jangan terus jatuh. Benarkan?

Last sekali, layan kejap lagu Tokyo Drift, Fast & Furious. Er, aku pun dengar lagu ini juga? Hehe.. ;) Dan lagu Cahaya Hati-Opick & Syukur-Altimet.


Bantu aku, tarik aku, nasihati aku kalau-kalau aku jatuh dan tidak bangun-bangun. 


Ariffah9
Bilik Studi
10:46 pm
Menahan rasa


Esok besday kak ipar :)

No comments:

Geo

free counters