Monday, December 27, 2010

Putus Hubungan?

Alhamdulillah. Saya sangat-sangat gembira (kalau guru BM baca, pasti menggeleng. Mana boleh 'sangat' ada dua kali). Gembira kerana sebuah buku yang tercari-cari selama ini sudah jumpa!
HALAL & HARAM DALAM ISLAM
(DR. YUSUF AL-QARDHAWI)
Izinkan saya merumuskan sedikit bacaan yang baru dibaca:


Tidak boleh seorang Muslim memutuskan hubungan dengan Muslim lain
Islam mengharamkan kita putus hubungan, membelakangi dan bersikap kasar pada Muslim yang lain.  Malah, kalau berselisih faham pun mestilah meredakan kemarahan dan mencari jalan untuk berdamai. Jangan hingga berselisih faham melebihi tiga hari ya! 


" Tidak boleh seorang Muslim itu tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahalanya. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya, dan siapa yang memberi salam itu terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu"
( Sabda Rasulullah, Riwayat Abu Daud )


Memperdamaikan dua orang yang berbalah
Sebagaimana yang kita semua fahami, masyarakat Islam itu sepatutnya adalah sempurna serba-serbinya serta saling berbantu-bantuan. Maka adalah tidak wajar pula, untuk kita hanya menjadi penonton melihat masyarakat bermusuh-musuhan.


" Jadi, apa yang wajar? People say, jaga kain sendiri! "

Itu orang kata. Betul, ada setengah perkara tidak perlu kita masuk campur. Tapi, ada sesetengah lain yang perlu kita halang. Lihatlah, Allah sendiri berfirman:
" Maka perdamaikanlah di antara kedua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, moga-moga kamu akan dirahmati " (Al-Hujurat:10)


Lihat pula sabda Rasul:
" Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perbuatan yang lebih utama daripada darjat keutamaan solat, puasa dan sedekah? Para sahabat menjawab: Bahkan, mahu hai Rasulullah! Beliau berkata pula: Mendamaikan dua orang yang berbalah, kerana kerosakan perbalahan dua orang yang bersengketa itu akan menggundulkan. Aku tidak mengatakan ia akan menggundulkan rambut, akan tetapi dia akan menggundulkan agama "
(Riwayat Termidzi)


Jadi? Masih berpegang dengan kiasan, "jangan selak kain orang lain" lagi?
Kiasan itu untuk sesetengah hal sahaja. Tambah lagi, janganlah sibuk dengan hal-hal artis ya. ;)


Saya: "Akak, ada tak buku Halal dan Haram dalam Islam, Yusuf Qardhawi?"
Dia bergerak pantas, mencapai satu buku. " Ini? "
Saya menggeleng. Aduh! Itu buku Halal & Haram dalam hal makanan. Saya mencari kitab hukum halal dan haram.
Tersengih dalam hati...


P/s: Saya mendapat satu mutiara kata berharga pada hari ini: (Disampaikan oleh Ukhti Nurdiyana Masri)
" Andai di sekelilingmu terdapat ramai sekali org yang sering memuji-muji mu, itu adalah kerana betapa pandai dan Maha Bijaksananya Allah dalam menutupi keaibanmu " 


Tersenyum. :) Benar sekali.

No comments:

Geo

free counters