Friday, January 21, 2011

Cadangan-cadangan! Sudi-sudilah ye..

Salam semua. Fuh, tired.

Alhamdulillah, merentas desa sudah selesai. Habis-habis merentas desa terus balik kena attend ceramah Score A. Mau tak mengantuk dalam dewan, berekon pula. Minta-minta mata masih kuat sebab saya tak suka kalau orang sedang memberi ilmu tertidur. :) Ni sempat post dulu sebelum pergi ceramah. Kejar masa...

Maaf atas post sebelum ini, kerana terlalu ke'buku'an. Hee, maksud saya, saya cedok 98% daripada buku. Maaf maaf.

Post kali ini cumalah ingin memohon jasa baik kalian untuk memberi cadangan atau informasi berkenaan remaja yang sedang mencari identiti. Aik, nak buat apa?


where I want to go?

Cadangnya, saya mahu siapkan sebuah novel lain pula, tetapi target siap entah bila kerana tahun ini PMR. Jadi, lebih fokus pada pelajaran..bila ada masa lapang sedikit baru saya selit-selit menulis. Curi masa :p

Misi novel saya kali ini, hendak membantu para remaja dalam mencari identiti atau kata mudahnya, agar tak tersilap memilih jalan. Remaja kan suka mencuba dan tercari-cari arah? Walaupun saya sendiri remaja, haha.

Jika kalian juga turut rasa bertanggungjawab untuk 'tidak' melihat remaja berpeleseran sana sini tak tentu hala, sudi-sudilah memberi cadangan. Kejam tak cara permintaan *ugutan* saya agak-agak? :)

Peace. Sudi-sudi mengomen ya! Untuk kebaikan remaja! Hahaha..

Cadangan kalian sangat-sangat dihargai. Moga Allah mengurniakan pahala atas perkongsian ilmu anda ;)

pascaskrip: InsyaAllah, nama anda akan diletak dalam ruangan apreasasi (penghargaan) novel. ;)

2 comments:

Nurina Izzati said...

salam.
how's ur first novel?
rmja yg sdg cari identiti..
maybe bleh letak cam dia mdah terpengaruh dgn kwn2 or media massa mcm rempit, dadah.. (eh, extreme sgt tuh) atau apa2 shj yg jdi gejala sosial hari ni. kdg2 kta prlu teroka jga bnda2 yg dahsyat mcm ni. pas2 akhirnya mesti la dia sedar kan.. apa dia buat tu slah, n x sptutnya kta ikut rakan2.

Saya Laa Dia said...

Assalamu'alaikum wbt..

Kalau novel remaja, biasanya kehidupan pada hari ini pengaruh yang mendorong keburukan adalah bermula dari rumah ; ibu bapa yang sibuk bekerja, tiada masa untuk anak-anak dll. Tiada didikan agama yang baik.

Benda biasa, namun natijahnya bukan biasa-biasa.

Apabila anak berasa tidak mendapat perhatian, maka mereka keluar melihat dunia. Pada asalnya, mahu mencuba sesuatu kerana ingin mendapat perhatian dan menunjukkan protes. Tetapi akhirnya terjebak terus dalam kancah kemaksiatan.

Lalu, terpengaruh dengan benda-benda negatif yang lain secara berterusan sehingga bertahun lamanya.

Tetapi, agak best kalau penekanan dalam novel itu nanti banyak menceritakan proses perubahan yang dilalui oleh remaja tersebut.

Mungkin banyak jalan cerita novel macam ni, tapi adik boleh buat kelainan. Sampaikan mesej-mesej Islamik. Hari-hari yang dilaluinya apabila berhadapan dengan kesakitan untuk berubah dan mengubah gaya hidup zaman jahiliyyah yang sudah sebati dengan dirinya.

Wallahu'alam~

Geo

free counters