Thursday, January 20, 2011

Pengenalan NUR (Cahaya)

Banyak Urusan sekarang. Maaf.
Sabtu ini, merentas desa. Doakan ya.

Pengenalan Nur

Nur ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas sesuatu kebaikan dengan mata kita atau mata hati. Nur terbahagi kepada dua, iaitu:-

1.Nur Lahir (Hissi) : cahaya monologi kita melihat sesuatu dengan mata kepala kita seperti cahaya sinaran matahri yang memberi cahaya terang di kala siang.
2.Nur Batin (Ma'nawi) : cahaya monologi kita melihat dengan mata hati terhadap sesuatu yang ghaib atau memahami sesuatu hakikat atau pengertian.

Nur Batin terbahagi kepada 8 jenis :-
(a) Nur Al-Iman: Cahaya keimanan iaitu cahaya sejati yang dapat menembusi segala kegelapan di mana akan ternyata keagungan dan keesaan Allah S.W.T menyinari hati insan.

(b) Nur Al-Qalb: Cahaya hati iaitu cahaya yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya daripada nur Al-Iman.

(c) Nur Ar-Ruh: Cahaya Ruh (jiwa) iaitu cahaya yang diperoleh dengan sebab kepatuhan yang sungguh-sungguh kepada Allah dan mencucikan peribadi dari perlakuan liar dan adat resam yang merugikan sehingga ruhnya dapat berhubung dengan alam malaikat.

(d) Nur An-Nafs: Cahaya peribadi yang wujud dengan sempurna berikutan dengan memperoleh sinaran daripada Nur Ar-Ruh.

(e) Nur As-Sirr: Cahaya rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang diikuti dengan hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya sehingga dapat menyaksikan keajaiban kebesaran Ilahi di Alam Malakut dan Alam Mulk dan Syahada.

(f) Nur Al-Aql: Cahaya akal yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya daripada Nur As-Sirr.

(g) Nur Al-Qur'an: Cahaya Qur'an yang merupakan Nur Allah S.W.T yang berhubung rapat dengan DzatNya Yang Maha Tinggi. Hakikat Nur ini adalah diserahkan kepada Allah. Cuma diketahui bahawa Nur inilah yang menimbulkan Nur As-Sirr dan Nur yang lain.

(h) Nur Al-Kasyf : Cahaya singkapan iaitu Nur Al-Qur'an yang merupakan Nur yang paling tinggi dan memberi kesan yang istimewa. Nur ini dapat menggilapkan cermin hati para insan dengan membaca ayat-ayat suci, dzikrullah (takbir,tahmis,tasbih,taqdis dll); juga dengan memakan makanan yang halal, berlaku ikhlas, berpuasa, meninggalkan sesuatu yang memesongkan, sentiasa membersihkan diri dan peribadi dengan mengekalkan wudhu' dan menjaga segala waktu untuk ketaatan dan berbakti kepada Allah S.W.T.

Allah berfirman : "Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Nabi Muhammad dan mu'jizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (Al-Qur'an) yang terang benderang" (An-Nisaa':174)

Menurut golongan Sufi, Nur ini memungkinkan mengangkat pandangan kepada 'Arasy dan Kursi dan menyaksikan segala nur-nur yang indah hingga terbuka segala rahsia-rahsia alam dan bermacam rupa alam ghaib.

Nur inilah yang menyelubungi peribadi Nabi Muhammad S.A.W sehingga baginda dapat memandang atau mengetahui sesuatu dengan izin Allah. Dikala baginda pulang daripada pengembaraan Isra' dan Mi'raj. 

Nur inilah yang membukakan pandangan Khalifah Umar b. Al-Khattab yang berada di Kota Madinah dapat melihat Daerah Nahawand dan melihat panglima dan tentera-tentera Islam yang sedang berjuang menyerang tentera-tentera Parsi dibawah Raja Yazdajird III di mana beliau mengeluarkan perintah menggempur musuh dengan hebat dan mencari perlindungan. Suara Umar didengar pula oleh Panglima Hudzaifah Al-Yaman sehingga beliau berjaya menumpaskan mereka.

Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W ditanya dengan pertanyaan :-

" Apakah Nur itu? "

Jawabnya: " Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu "

" Bagaimanakah tandanya? "

Sabdanya: " Hati itu tidak lupakan perkembaliannya ke Darul Khuld (negeri Akhirat). Dia tidaklah bermasyghul (berleka-leka) dengan keduniaan kerana dunia ini adalah tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."

Abdullah b. Mas'ud pernah berkata

" Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayatnya (sumber biasa), tetapi dia hanya diperoleh dengan Nur yang dicampakkan Allah ke dalam hati seseorang "

Sumber Info: Buku Merawat Minda Rohani

1 comment:

Anonymous said...

asslammualaikum , salam ukhwah.. mohon share ya... :)

Geo

free counters