Tingkatan Satu
Saya dan dua orang kawan, datang menolong guru-guru sekolah rendah kami menguruskan perkhemahan.
Semasa berbual-bual dengan guru kelas kami sewaktu Tahfiz 6: Muallimah Salini, beliau sempat berpesan " Nasihat lah sikit adik-adik tu. ".
Kami hanya mampu mengangguk. Saya sudah merancang dengan kawan untuk berbincang sedikit dengan adik-adik.
Tapi, tak berlaku.
" Tak usahlah. Kita ini pun tak banyak ilmu dan kebaikan untuk menasihati adik-adik ", seorang kawan saya berkata. Saya dan kawan seorang lagi mengangguk.
Selepas pulang, terasa menyesal. Ya, memang ilmu masih cetek tetapi apa salahnya untuk menasihati sedikit adik-adik. Sudahlah amanat dari seorang guru.
Dan, adik-adik yang saya kenal itu sudahpun keluar dan berpindah ke merata sekolah menengah. Hanya sedikit sahaja bersambung sekolah menengah di situ. Tinggal, adik-adik yang saya tidak kenal. InsyaAllah, jika berpeluang bertemu mereka, akan saya tunaikan amanat guru saya.
Tingkatan Dua
" Makcik minta tolong Ariffah nasihatkan anak makcik ya. Makcik takut tengok dia bercampur dengan kawan-kawan dia. "
Saya terkedu. Anaknya, lebih tua dari saya.
Berkali-kali, ibu itu sms dan menelefon saya.
Amanah itu, jatuh ke atas tangan saya. Tanggungjawab besar, permintaan dari seorang ibu.
Tingkatan Tiga
Bersalah.
Saya hanya mampu menghubungi sekali-sekala anaknya itu. Senior saya.
Dia sekolah berlainan negeri dengan saya. Sms sahaja menjadi penghubung kami.
Saya pun tiada handphone, tidak dibenarkan :). Ada cumalah handphone rumah.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sana, tetapi terasa seakan hubungan makin jauh. MasyaAllah, peliharalah ukhuwwah ini.
Kalaulah dia tahu ibunya sanggup sms dan menelefon, merayu pada saya agar sentiasa menasihati anaknya.
Meneliti peristiwa ini, saya terfikir kembali. Adakah saya banyak merisaukan ibu bapa saya? Semoga tidak.
Sekarang, ada juga berhubung dengan adik-adik. Tetapi, sikit sangat. Banyak terputus hubungan. Kawan saya sendiri jarang berhubung kerana ramai tinggal di asrama nun jauh di negeri Kelantan dan lain-lain. Ada yang terputus langsung.
Pengakhiran
Diteliti kembali, apa sumbangan yang telah saya lakukan?
Rasanya, tiada.
Sewaktu Tahfiz 6 pun, dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas tetapi terasa tidak menyumbang apa-apa pada sekolah.
Melarang membuat kesalahan, ada. Menasihati adik-adik, ada. Sungguhkah? Tidak.
Dan, seperti pepatah Melayu " Nasi sudahpun menjadi bubur ". Tapi, adakah saya akan terus membiarkan bubur itu menjadi basi?
InsyaAllah tidak.
Banyak pilihan masih ada. Tetapi, buat setakat ini saya memilih untuk menulis novel berkaitan remaja. Dengan bermisikan, membantu para remaja agar tak tersalah memilih haluan hidup. PMR makin dekat, fokus dahulu. Saya membantu apa yang termampu.
Ya, saya sendiri remaja.
Tapi, tidak salahkan untuk membantu sahabat-sahabat saya di dunia ini?
Dengan ini, saya berharap agar anda semua menyokong hasrat saya.
Moga dengan sokongan anda, Allah meredhai kehidupan kita semua dan menyayangi kita semua :)
AMEEN.
"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.
(Cuba berfikiran terbuka, buang sekejap tuduhan Syiah yang dikenakan pada Faisal Tehrani.. ambil kata-katanya ini yang saya kira begitu bermakna)

No comments:
Post a Comment