Assalamualaikum wbt.
Selepas post cerpen, lama pula menyepikan diri. Biasalah sekolah baru buka, sibuk juga. Tambah lagi, sekarang saya sedang menulis di KL, bukan di rumah (Kedah). Buka sekolah, sudah terkejar-kejar ke tempat lain pula. Masa cuti, elok saja diam-diam di rumah. Terbalik, haha.
Saya usaha dulu untuk menulis sementara ada masa lapang. Pulang ke rumah saya perlu konsisten belajar.. Ah, tahun ini PMR. Cuba tersenyum, jadi kelat pula.
Dalam kereta,
Mak: " Ariffah, nanti pinjam buku. Bawa banyak kan?
Saya: " Ok..Mak tak bawa buku ka?
Mak: " Itulah, kali ini tak bawa pula.."
Ayah: " Keluarga kita, kalau tak bawa buku macam satu kesalahan besar..(sambil tersengih)"
Saya: " Haha..ha'ah kan "
Di sini, saya mahu kongsikan sedikit iput yang saya dapat dari buku 'Life is an Open Secret'-'Think About It' ditulis oleh Zabrina A.Bakar. Buku ini saya beli di MPH Penang selepas di'rekomen'kan oleh kawan ayah saya, Cik Idris. Thanks, such an awesome book!
Would You Marry You?
Cuba kita teliti kembali sifat-sifat kita selama ini. Adakah kalau kita berjumpa seseorang (diri sendiri) kita mahu berkahwin dengannya?
Sifat kita selama ini, adakah akan membuatkan kita jatuh hati pada kita?
Sifat kita selama ini sudah cukup baikkah.. sudah cukupkah untuk membuatkan kita masuk Syurga?
Hmm.. would I marry me? The answer should be: "Maybe" "Definitely" "Of Course" or more worse, that even ourselves doesnt want to marry person, which is completely like ourselves!
Duduk sebentar, dan bermuhasabahlah! (Even me)
AGAIN, Would You Marry You?
Kisah Pemanah Hebat
Seorang pemanah yang paling hebat di negaranya, selalu ditanya apa rahsianya. Dia selalu dijemput untuk memberi ucapan tentang teknik hebatnya, tapi semuanya ditolak. Apabila ditanya, dia berkata "Saya tak tahu nak kata apa "
Tetapi, suatu hari ini dia terpaksa juga memberi ucapan atas beberapa keadaan. Disebabkan itu kali pertama dia akan berucap, maka ramailah yang hadir.
Apabila saat untuknya berucap, satu dewan senyap. Dia pun bangun, berjalan ke arah mikrofon dan tersenyum.
" Siapa di sini mahu jadi pemanah? "
Hampir semua orang mengangkat tangan.
" Bagus, dengar nasihat saya kerana saya akan memberitahu sekali sahaja "
Semua hadirin menanti dengan debar.
" Nasihat saya pada kamu adalah kembali semula ke padang kamu, ambil busur dan anak panah dan mulalah memanah "
Kemudian, dia berpusing dan berjalan kembali ke kerusinya.
Dewan menjadi senyap selengkapnya. Hingga kamu boleh mendengar pin jatuh!
Mulakan saja memanah.. Jangan hanya bercakap, buat terus!
Penutup
Saya harap dengan sedikit dua tajuk kecil ini dapat kita ambil pengajarannya sebaik mungkin.
Dont just say it...do it!
Let's go!
No comments:
Post a Comment