Wednesday, March 2, 2011

Salah Sangka. Jangan.

Dia.

" Itu mesti dia nak tayang muka depan lelaki. "

Saya terdiam sahaja di sebelah. Begini fikiran dia? 

* * * * *

" Kawan ketawa senang je nak cari. Susah nak jumpa kawan menangis " Geleng.

" Kawan yang susah nak cari nie, kawan yang ingatkan kita selalu kepada Allah ". Ini, saya angguk.

* * * * *

Dia lagi.

Memandang rendah pada golongan yang dilabel 'masalah' dan selalu bersangka buruk pada mereka.

Saya tak faham.

Sudah cukup 'bersih' kah dirinya untuk memburukkan insan lain?

Tak, di khalayak ramai ini saya bukannya hendak memperkatakan hal dia namun untuk kuseru pada yang lain, jangan sesekali kau anggap orang-orang yang belum bersedia mengamalkan 'fikrah' ini, darjat mereka lebih rendah.

Bagiku tidak. Kita tidak layak menilai.

Tambah, saya lebih banyak pelajari daripada mereka erti kehidupan dan erti rakan.

" Aku terharu. Terima kasih banyak-banyak.." - Bila kita menghargai mereka. Mereka juga mempunyai perasaan.

" Aku terasa. Aku terasa. Aku terasa.." - Bila kita menuduh mereka. Mereka sentiasa me'miliki' perasaan.

* * * * *

Kau tahu, warna itu macam-macam. Manusia lagilah, pelbagai ragam. Kan?

Faham atau tidak artikel ini?

Kalau tidak faham, sila nyatakan. Akan saya tuliskan artikel lain yang lebih terang lagi bersuluh. Ahha tidaklah. Nanti saya buat lain artikel dengan gaya penyampaian yang lebih mudah difahami [pendek kata, jarang untuk disalahfahami]. 

Itu pun kalau anda nyatakan. Hee :)

1 comment:

Nurina Izzati said...

faham seyh.
whatever it is, semuanya kena berteraskan iman, inysaAllah jadi.
=)

Geo

free counters