Saturday, April 2, 2011

Hina dan Resah.

Menghadapi hinaan?

Setiap orang daripada kita pernah laluinya. Tinggal, bagaimana cara masing-masing mengendalikannya.
Adakah apabila kita dihina, kita akan terus jatuh? Berasa lemah, kecewa, hina, mudah terasa dan tidak bangun?

Sejujurnya, saya sendiri mudah terasa. Tetapi kebanyakannya saya simpan dalam hati sahaja. Dan, terus-terang saya katakana apabila saya ditegur atas perkara yang salah atau setepatnya dituduh atau difitnah. Saya lebih terdorong untuk bangkit kerana saya tahu saya tidak bersalah.

teruskan mengayuh! hinaan bukan alasan untuk terus jatuh.
Okey, bagaimana pula bila saya ditegur dengan perkara yang benar-benar saya terbukti bersalah? Sebahagiannya saya akan mudah terima dan sebahagian lagi ego saya sungguh tinggi. Kebanyakannya bergantung kepada siapa yang menegur saya dan bagaimana cara dia menegur saya. Ya, saya tahu, saya patut ubah sikap saya dan lebih mudah terbuka. Doakan ya?
Baiklah, balik kepada tajuk utama iaitu bagaimana kita hendak menghadapi hinaan?

1.       1. Jangan terus mudah putus asa.
2.      2.  Muhasabah kembali apakah kesalahan kita sehingga orang hendak menghina kita.
3.       3. Jalani kehidupan seperti biasa dan lebih bersemangat.
4.       4. Fikirlah bahawa ini semua adalah ujian daripada Allah. Bukankah ujian itu tanda Allah 
       sayang?
5.       5. Jika lebih berani, berjumpa terus dengan orang yang menghina kita. Tanya apa salah 
       kita dan perbaiki lah diri.

Erm, hinaan terdiri daripada perbuatan dan kata sinis. Selalunya kata sinis lebih menyakitkan kita, bukan? Saat itu, kita menjadi sungguh mudah terasa dan terganggu dan automatik, fizikal kita terasa lemah.

Maka waktu itu saya pinta pada anda jangan terus melayan perasaan tersebut. Lawan ia, lawan ia dan lawan ia. 
Ya, saya tahu bukanlah perkara mudah tetapi bukankah orang beriman itu sentiasa menghadapi dugaan dan cabaran. Takkanlah anda mahu terus mengalah sahaja pada keadaan?

Ingatlah, Allah bersama kita. Pendamkan dalam diri kita sesungguhnya dan insyaAllah kita akan terasa kuat.

Bila resah datang..

Kadang, resah datang bersebab dan ada juga tanpa sebab kita akan berasa resah secara tetiba.
Apa tindakan yang anda akan buat? Terus biarkan perasaan resah membelenggu diri dan menghantui kehidupan? Tidak mungkin bukan. Jika dibiarkan, sehingga bila-bila anda tidak akan mengecapi ketenangan.

Usaha lah, usaha.

Saya? Bila saya merasa resah, saya akan termenung. Bukan menungan kosong tetapi berfikir apakah punca resah kita?
Okey, senang kata bermuhasabahlah. Apakah dosa-dosa yang telah dilakukan sehingga Allah menghadirkan rasa galau pada kita?

Selain bermuhasabah, banyak lagi cara-cara untuk kita menepis keresahan. Iaitu, mendekatkan diri pada Allah. Bukankah Dia Maha Membolak-balikkan hati? Terapi yang paling saya gemari adalah Tahajjud. Percayalah, meletakkan pergantungan pada Allah tidak akan merugikan kita. Kerana Dia yang menciptakan kita semua. Selain itu, boleh juga membaca al-qur’an dan menghayati maksud-maksudnya.

Allah..Allah..Allah!

Dan, yang penting. Ingatlah MAUT. Sangat hampir dengan kita. Sudah tentu kita terbiasa dengan kata hukama’ ini (atau sabda Rasul? Saya tak berapa pasti) : “Orang yang paling bijaksana ialah orang yang mengingati mati dan bersiap-sedia menghampirinya “.

    Saya sendiri apabila berasa gelisah, saya suka membaca Surah Al-Ankabut dan Al-Kahfi. Er, dan juga suka memandang tumbuh-tumbuhan, bulan, bintang, burung-burung berterbangan dan alam semulajadi yang lain-lain. Terasa tenang…

Nah, sedikit bukti:
“ Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang “ (Al-Ra’d:13)

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta “ (Al-Ankabut:2 & 3)

“ Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan memberikannya jalan keluar, dan akan mengurniakannya rezeki dari arah yang dia tidak jangkai “ (At-Talaq:2-3)

Paling anda mesti ingat. Manusia tidak mampu berdiri sendiri tanpa adanya Allah!

1 comment:

Nims said...

nica one ukhti,
it helps me a lot,
mudah-mudahan ukhti bisa hadapi semuanya,
insyaAllah

=)

Geo

free counters