Thursday, May 19, 2011

PENGALAMAN: Ramai sudah mengulas 'ukhwah'.

Setelah mengumpul kekuatan, akhirnya saya update juga.
Maaf, minggu ini mungkin masa saya 'down'. Perkara lumrah. Ujian dari -Yang Esa.
Benar seperti kata Syed Qutb "Jalan ini tak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi bunga-bunga tetapi jalan ini ditaburi duri-duri terpacak ". 



Ukhwah. Satu perkataan yang biasa didengari. 

Bukanlah saya di sini hendak mengulas apa maksud ukhwah. Cuma ingin berkongsi sedikit cebisan pengalaman. Ukhuwah nampak lebih mudah di alam maya berbanding alam realiti. Namun ukhuwah lebih bermakna pastinya di alam realiti kerana kita bersama dengannya, hidup dengannya, berkongsi dengannya.

Sejujurnya, saya dahulu menolak dan pandang benci pada rakan-rakan saya yang kelihatan bermasalah.  Malah, mereka pernah dilabel ‘gang bermasalah’. Saya terasa seolah-olah mereka ini punca masalah tanpa menyedari bahawa siapalah diri ini yang hina. Astaghfirullahhalazim..

Semakin dimamah usia (macam umur 50 an pula rasanya), saya semakin sedar pandangan saya salah. Dan, dengan izin Allah penyesalan saya masih belum terlambat. Mula Tingkatan 2, perangai saya mula berubah tanpa saya sedari. Ubahlah pandangan nescaya sikap akan turut berubah

Buktinya?

Ariffah, dulu aku rasa macam nak buang je hang dalam sungai. Sekarang, aku sayang hang “, kata ketua kelas sewaktu Form 1 yang mana aku selalu protes arahannya dahulu. 

Awalnya, saya dapat ketahui : “Ariffah tu alim-alim kucing”. Fuh, memang terobek hati saat itu walau mulut masih tersenyum dengan riak muka yang selamber. Sekarang, orang sama yang komen kata terus pada saya “ Ana tengok anti ni tak macam kami. Macam umur 20 camtu, anti ni matang. Macam orang besar pun ada.
  
   Memang, sesetengah kawan-kawan mengaku perubahan saya secara drastik apabila naik ke Tingkatan 2. Alhamdulillah.  

PERINGATAN: Bukan untuk ‘riak’, cuma hendak berkongsi pengalaman. Semakin lama saya makin tahu, untuk menegur rakan-rakan saya (di samping diri sendiri-Islah Nafsaka Wadh’u Ghairaka), kita perlu bina jambatan hati. 

Seperti input yang saya dapat dari Buku Motivasi: Batu-Bata Kehidupan {Hilal Asyraf}, Formula Mustajab dalam menegur. JAMBATAN HATI+USLUB MENEGUR+DOA KEPADA ALLAH. Malah, memang menyentakkan saya apabila membaca artikel H.A. Pernah suatu masa, ada orang perempuan bertanya padanya bagaimana menegur kawan perempuannya yang couple dengan lelaki.

Apa yang H.A jawab? “Apakah kamu couple dengan dia terlebih dahulu?”.

Ya. Adakah kita sudah mengisi masa dengan rakan kita secukupnya sehinggakan ada rakan kita yang mencari ‘lelaki/perempuan’[berlainan jantina] kerana berasa kekosongan? Dan, semasa menegur, jika kita betul-betul rapat dengannya, pasti mudah sedikit untuk kawan kita menerima nasihat kita. Jika kita tak ‘couple’ dengan dia, pasti sukar untuk dia terima nasihat. Logik bukan? Kita tak berapa rapat dengan dia tiba-tiba sahaja nak tegur dia. Kalau kita sendiri, hendak dengarkah? Mungkin juga jadinya melenting.

Faham tak apa dimaksudkan dengan ‘couple’ di sini?



Saya pernah dua kali beri surat pada yang dahulunya digelar gang bermasalah.
Terharu ana. Terima kasih Ariffah ”. Sungguh, bukan saya hendak bangga tetapi saya sendiri jadi terharu. Saya sendiri banyak belajar dari mereka. Saya jadi terharu kerana mengetahui mereka punyai ‘hati yang lembut’ jika tegur kena cara. Mereka tidak suka ditegur secara ‘kasar’. Siapa pun tidak mahu orang menyelar diri tanpa memahami situasi, bukan? So do I.

PERHATIAN: Saya memang tak pandai bercakap, sebab itu berutus surat. Hehe. Tahun ini, bagi surat pada rakan saya yang sering lemah semangat memikirkan pelajaran. Betul saya tak pandai pot-pet-pot-pet.

Saya masih merasakan saya belum berjaya ‘couple’ dengan rakan-rakan saya. Walaupun saya beri hadiah pada hari lahir mereka, sentiasa bersama mereka, mendengar masalah mereka, saya tahu itu tak cukup.

Dan, saya sedar apabila kita ber’ukhwah’ dengan sesiapa pun, jangan mengharap balasan ukhwah. Biar kita berukhwah kerana Allah, hal mereka adalah hal Allah yang tentukan. Walaupun kita menyayangi mereka macam mana pun tetapi yang diterima mereka tidak ambil kisah, jangan terus putus asa!

Sedang Nabi Nuh tidak berputus asa dalam dakwahnya yang begitu sangat-amat lama, kenapa kita hendak berputus asa bukan?

Pesan saya, sekali pun kita ini ‘Senior’ pada adik-adik, jangan sesekali main ‘sembur’ sahaja bila ada kalangan adik-adik yang buat salah. Fahami dulu apa masalah dia. Bina dahulu jambatan hati dengan dia. Doa kepada Allah agar hatinya terbuka. Itu penyelesaian terbaik daripada marah dia dan dia akan terus berdendam dan semakin semarak perasaan benci pada kita pula.

Saya sendiri pun, susah hendak terima nasihat kalau orang tegur secara kasar sekalipun itu fakta.

Sekarang, saya pula rasa sakit apabila ada orang mengutuk mereka. Saya pula terasa hendak membela mereka. Hehe.. Betul. [Jom kita ubah 'title' : Gen Bermasalah -->> Geng Cahaya]

Ingatlah, Allah yang hitung amal kita apapun. ^^

p/s: Doakan saya berjaya 'couple' dengan rakan-rakan saya :) 

[ Sejak Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, asal saya calonkan siapa yang jadi ketua kelas, pasti dia jadi. Kira, saya ni pandai lantiklah kan? :) ]

PS: U-Tube yang best!!
Trailer RIS US 2011  Wishing to be there..

Jangan Menangis [Wpun tak setuju semua benda dengan Dr.MAZA, tp ambil input dari video ini]

-Ariffah9
-Menunggu masa

Geo

free counters