
Salam.
Tadi, ada kawan senarai YM ana bagi link YouTube ni. Sangat best sehh.. Makna lagunya, sangat bermakna. Merdu pulak tu..
Ana dah try upload tapi masalah pula. Dah cuba lagi, tetap tak boleh. Jadi, ana letak link saja.
http://www.youtube.com/watch?v=Vlrb1rOT36o&feature=player_embedded#
Kat tengah2 nasyid (lagu English) , ada seorang muallaf (Rubben Abu Bakr) menceritakan pengalamannya nak masuk Islam.
Dia kata (sebelum peluk islam), dia sudah bersedia nak masuk ke dalam Islam cuma dia perlukan sedikit pendorong.
Mula-mula dia duduk dan mula membaca Al-Qur'an. Kemudian, dia berhenti.
Katanya:
" Allah, inilah waktunya. Inilah waktu saya hendak memeluk Islam. Terjun ke dalam Islam. Apa yang saya perlukan, hanyalah tanda-tanda kecil. Mungkin sebuah rumah terjatuh? Atau apa-apa tanda yang kecil? Kecil sahaja perkara ini bagi kau, Ya Allah. Kau yang cipta ini semua, common. ".
Dia duduk di situ dan menunggu apa-apa petanda yang mungkin akan berlaku.
" Dan Subhanallah, tiada apa-apa yang berlaku ".
Dia berasa sangat kecewa.
Dia berkata lagi : " Allah, inilah peluang Kau. Saya di sini, tak pergi ke mana-mana. Saya akan bagi kamu peluang lain, mungkin Kau sibuk. Ya la, nak urus sana sini, bahagian dunia sebelah sana ".
Sekali lagi, dia menunggu kemungkinan apa-apa petanda yang bakal berlaku. Dan sekali lagi, tiada apa-apa pun yang berlaku. Dia bertambah kecewa, sangat-sangat kecewa.
Dia berfikir dan berfikir. Kemudian, dia mengambil Al-Qur'an dan buka di halaman yang dia baca tadi.
" Subhanallah, pada halaman sebelah,
Untuk kamu yang mencari tanda-tanda, sila lihat sekeliling kamu. Lihatlah bintang, lihat matahari, lihat air. Itulah tanda-tanda untuk orang yang berilmu(orang yang berfikir).
Subhanallah! ".
Ya, ciptaan Allah itu sendiri pun adalah tanda. Siapa yang dapat mencipta matahari, bintang, planet, syurga dan lain-lain?
Akhir lagu,
~ Allah, You created everything. We belong to you. ~