Friday, February 12, 2010

CERPEN: Qalbi Nadaka

Picture by MercyWeCry on deviant ART

" Wah, besar punye! ", jerit Afri riang.
Kepala Afri diketuk. " Heh, jaga perangai sikit, boleh? Macam budak-budak! ", kutuk Zafrin.
Afri mengusap-usap kepalanya. "Hei, tak baik la ketuk kepala..", ujarnya sedikit geram.

"Dah,dah. Korang ni kerja bergaduh je. Ikut aku. ", Ruffles mengarah sekaligus meleraikan pergaduhan yang bakal bermula.

Ketiga-tiga mereka berjalan dengan langkahan kaki yang sama menuju ke arah sebuah mesin yang besar.
Afri yang sedikit 'perak' memerhati kawasan sekeliling. Takjub. Sebuah padang kehijauan yang luas, kebiruan langit yang mendamaikan. Ditambahkan dengan sebuah mesin hitam yang besar, sebesar rumah banglo empat tingkat.
'Afri.. Afri.. Jangan..', kepala Afri tertoleh-toleh. Mencari punca suara yang seakan berbisik-bisik.
" Kau dengar satu suara tak? ", Zafrin menggeleng.

Ruffles mengerahkan Zafrin dan Afri memasuki mesin gergasi tersebut. Mereka hanya menurut tanpa memikirkan apa-apa kemungkinan bahaya. Sebaik sahaja mereka masuk, pintu terus tertutup dan mesin itu bergegar. Menerusi tingkap, Zafrin dapat melihat Ruffle sedang ketawa besar di luar. Zafrin marah-marah kerana tertipu. Afri terduduk, tiba-tiba dia teringatkan amaran kakaknya.
" Percaya kepada yang memegang Islam sebagai pegangan hidup ".

" Nampaknya Ruffles seorang sahabat yang tak boleh dipercayai! Dia tinggal kita dalam mesin panas ni. Tak guna!! ", Zafrin masih lagi marah.

Ya, mesin gergasi ini sebenarnya sebuah mesin pemanas. Siapa yang berada di dalamnya melebihi...
" Kita tinggal 5 minit saja untuk melepaskan diri. Dah 5 minit kita dalam ni..", Zafrin berikhtiar mencari jalan keluar.
... akan mati!


Mereka berdua sudah berpeluh-peluh.
' Sini, sini. Ikut saya.. '.
' Qalbi Nadaka..'.

Afri mengerut kening. Suara itu lagi..
Afri menoleh ke arah Zafrin. Reaksi Zafrin seperti dia tidak mendengar apa-apa suara.
' Trust me, Afri.. Follow me. ', suara itu mengulang-ulang ajakan.

Afri mencari-cari arah suara itu.. Dia bergerak ingin keluar dari bilik perangkap itu. Terlalu banyak jalan di dalam mesin itu, jadi dia hanya berpandukan bisikan-bisikan yang didengarinya.
" Hei, kau keluar tu, tahu ka jalan. Boleh sesat! Kita tak banyak masa.. ", kata Zafrin.
Afri hanya menjeling. Tiada masa untuk bertengkar, masa makin suntuk..
Zafrin terpaksa mengikut jejak Afri kerana dia tiada pilihan..

' Here..Come,come.. ', suara itu terus memandunya ke jalan keluar. Afri sebenarnya agak ragu-ragu namun dia juga tiada pilihan. Lebih baik mencuba dari terus mati tanpa ikhtiar!

Akhirnya mereka jumpa juga jalan keluar di bahagian belakang. Namun, ianya terkunci. Afri dan Zafrin berpandangan.

' Buka dengan zip jaket.. ', suara itu mengarah.
'' Macam mana caranya? ", Afri bertanya pada suara itu.
" Hei, kau cakap dengan sapa? ", Zafrin hairan..

Afri mengangkat jari telunjuknya ke arah bibir, menandakan diam. Zafrin mendengus kasar.
' Cuba saja.. '..

Afri mencuba beberapa kali namun masih tidak berjaya. Zafri mendesaknya agar cepat. Baju mereka berdua sudah peluh lecun seperti dijirus sebaldi air.
Akhirnya, berjaya juga mereka berdua meloloskan diri dari situ. Setelah melarikan diri beberapa lama, mereka terduduk. Bahang kepanasan melemahkan diri...

Mata seorang demi seorang berputar-putar. Pengsan. Afri sempat melihat wajah kakaknya samar-samar sebelum pengsan.

Selepas sedar dari pengsan..

" Kak.. apa semua ni. Siapa mereka semua? ", Afri pelik melihat orang-orang di sekelilingnya berpakaian kerja yang berlambang. Dia tidak kenal semuanya.

Kakaknya tidak menjawab persoalannya : " Suara tadi tu, suara kak. Telepati, yang kami gelarkan Qalbi Nadaika. Bermaksud, hatiku memanggilmu.
Ruffles tu penjenayah dikehendaki negara. Kan kak dah pesan, hanya percaya pada orang yang memegang Islam sebagai pegangan hidup.
".

Afri hanya tersengih menyedari kesilapannya. " Ruffles dan Zafrin di mana sekarang, kak? ".
" Ruffles dah diuruskan. Zafrin ada di bilik sakit sebelah. Jangan risau. Afri, lebih baik pergi solat dahulu. Utamakan solat..", pesan kakaknya.

" Jap. Apa sebenarnya fungsi mesin hitam gergasi tu dibina? ", tanya Afri.
" Rahsia .. ", jawab kakaknya sambil mengangkat kening.
Afri mencebik.

' Herm.. Qalbi Nadaka. Menarik. Terima kasih Allah selamatkan saya, terima kasih kakak.. ', gumam hati Afri.

p/s: kredit utk Deadly Smile , kerana memaklumkan istilah ~Qalbi Nadaka~. Syukran.

No comments:

Geo

free counters