Friday, February 19, 2010

Hidup bukan dengan amarah...

By Shinn 7755 on deviantArt

Sebaik sahaja ana tiba di sekolah, ana akan sematkan satu azam: 'jangan sakiti hati kawan'.
Kerana apa? Mereka juga adalah makhluk Allah, seperti ana, yang pastinya punyai kesilapan masing-masing.
Tapi, seringkali ana juga tewas dengan bisikan-bisikan syaitan. Syaitan yang menghembuskan rasa amarah. Marah kawan tu kadangkala, tetapi yang selalu ada, perasaan geram dalam hati.

Jadi, post ini lebih kepada mengingat diri ana sendiri. Pesanan dan amaran ntuk diri. Dan juga untuk sekalian umat Nabi Muhammad S.A.W.

Doakanlah. Agar kita sama-sama dapat menahan diri dari amarah. Walau menggunung.
" Memaafkan adalah terbaik ".

Sekalipun salah apa yang seseorang itu pernah lakukan pada kita, jalan terbaik adalah memaafkan. Setakat mana lah ujian dan dugaan kita berbanding dengan Rasul junjungan kita yang amat mulia?
Baginda dilemparkan ketulan-ketulan batu, dicampakkan najis, dihina dan dicaci, dan pelbagai ancaman serta tawaran dunia. Adakah Rasulullah S.A.W berputus asa? Adakah baginda termakan pujuk rayu dunia? Dan, adakah baginda berdendam dengan mereka yang menghina, menyakiti hati dan fizikal baginda?

TIDAK!!

Malah, orang-orang yang menyakiti baginda, baginda membalas dengan senyuman dan ziarahi mereka.
Pernah satu ketika, seorang yahudi buta yang sering mengatakan kepada masyarakat bahawa Muhammad itu pembohong. "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Tahu apa perbuatan Rasulullah ke atasnya?
MENYUAPNYA MAKANAN SETIAP HARI

Kalau kita? Mungkin terpukul dengan kata-katanya.. Paling sabar pun mungkin, hanya mendiamkan diri. Tetapi, Rasulullah yang amat mulia itu menyuap makanan kepada orang yahudi buta itu tanpa berkata walau sepatah pun.
Sehinggalah baginda wafat, Saiyidina Abu Bakar pula menggantikan..

Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?".
Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa".
"Bukan ! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , jawab si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?

"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Lihat? Inilah hasilnya kesabaran Rasulullah dan kelembutan baginda. Cara berdakwah baginda pelbagai.. Bukan setakat dengan mulut, malah perbuatan juga.

Jadi, mana tahu. Kalau kita bersabar dengan orang yang kita geram atau marah, lama-lama Allah membuka hatinya untuk berlapang dada dan bersifat terbuka. Bersikap yang menenangkan diri kita.

Jadi, sama-sama lah kita bersabar.

" Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang ".

Tenangkan amarah anda dengan mengingati Allah.

No comments:

Geo

free counters