Monday, February 8, 2010

IDOLA KECIL, Pandangan Anda?


Assalamua'laikum w.b.t..
Moga-moga penulisan ana diredhai-Nya..

Hiburan, tidak salah. Cuma berpada-padalah.

Herm, Idola Kecil. Ana sendiri sebenarnya tak pernah pula tonton program tu di TV atau secara LIVE sekalipun. Tak pernah pula ambil tahu nama-nama mereka.Tapi, sebab ana tak mau tuduh secara rambang, mereka itu, ini la. Ana cuba tengok beberapa video di YouTube. Cuba kaji.

Idola Kecil? Ana dengar, ana sendiri rasa sedih. Kalau sejak dari kecil lagi, mereka didedahkan dengan dunia hiburan, memang bahaya.
Dunia artis. Sangat terdedah. Terdedah kepada berbagai perkara. Hiburan yang melampau-lampau, maksiat, zina mata, zina hati, dan pelbagai lagi cabang-cabang zina.

Adakah anda mahu yang menjadi pewaris generasi umat islam akan datang, adalah yang dekat dengan hiburan. Yang memegang dunia?

Ustaz ana sendiri pernah bertanya di dalam kelas :
" Antunna dengar tentang Idola Kecil. Tak pernah timbul perasaan sedih, rasa meluatkah? ".

Yang ingin ana tekankan di sini-Artis perempuan. Suara perempuan itu aurat.
Malah, pergerakan, lenggang-lenggok badan itu lagi lah WAJIB dihindarkan. Pakaian yang menjolok mata, menarik perhatian, Muslimat haruslah melindungi diri mereka dari pandangan-pandangan Ajnabi.

Seperti yang ana lihat di YouTube, seorang gadis muslimah yang dilahirkan dalam keadaan suci, putih-bersih = Dayana.
Menyanyi dengan skirt pendeknya, seluar menampakkan bentuk kaki, baju lengan pendek, tidak memakai tudung. Make-Up lagi. Wajarkah itu semua sebagai muslimah?
Tetapi, tidak pula ana salahkan 100% adik Dayana..
Ana berada di medan penulisan ini bukan nak mengutuk itu ini, tetapi tolonglah sedar.
Ana sendiri pun malu melihat semua ini, melihat saudara seislam sendiri meng'ekspos' diri mereka kepada dunia luar dengan cara sebegini.

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-pinak.....".
(Al-Hadid ayat 20)

Kaum Freemason / Illuminati ( puak yang puja Dajjal) ataupun Pihak Israel mempunyai agenda memusnahkan imej-imej Islam. Salah satu agenda mereka adalah HIBURAN!!
*Iluminasi = serapkan pemikiran kita tanpa disedari kita (terang Ustaz di sekolah). Padanlah sangat dengan nama kumpulan mereka, Illuminati.

Ayah ana pun dah kaji. TV Malaysia lebih banyak hiburan berbanding negara-negara Luar( ex: England, Amerika, Kanada, Australia, Itali dan Singapura) !! Blog ayah ana, jika mahu lebih detail berkenaan post hiburan sila tekan blog ini . Dan link ini juga berkenaan hiburan melampau.

Dalam Soheh Imam al-Bukhari, lafaznya ialah;

ليكونن من أمتي قوم يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف

“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan penzinaan, sutera, arak dan bunyi-bunyian” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Musa al-Asy’ari, kitab al-Asyribah, bab Ma Ja-a Fi Man Yastahill al-Khamr wa Yusammiihi bi Ghair Ismihi, no. 5268).

Anda ingin halalkan semua tu? JANGAN.


Menjadi Artis itu salah satu masalah. Apatah lagi, menjadi Artis Hiburan sejak kecil!!!
Masalah pergaulan bebas. Sepatutnya, di antara perempuan dan lelaki, hanya perlu berbual jika ada apa-apa yang penting sahaja.
Malah, hiburan yang melebih-lebih juga satu masalah.

Kata Dr. Zakir Naik,
"Maka hari ni, mari kita membuka minda kita dengan persoalan yang dapat menambahkan keimanan kita".

Sedarlah, pemikiran kita sudah dijajah dengan HIBURAN.

Menjadi Artis Hiburan. Itu cita-cita anda? Buangkanlah jauh-jauh hajat anda itu.

Seorang hamba, ~Ariffah9~
Semoga hati anda terbuka.

No comments:

Geo

free counters