Saturday, April 24, 2010

Siri 4: Explode

 Death Race by ~sigma19 on deviantART

   " Oho, jangan kau berani bermain di medan bicaraku ", amaran keras dari Nasir.
   " Kau tak layak untuk memberi amaran padaku! ", lelaki itu menjerit marah.
   " Maka, Allah S.W.T pastinya layak! ", yakin sekali nada Nasir.

Lelaki itu mula menyerang..

                                                   *         *         *         *       *

   Celaka! Ada yang mengekoriku.
Aku memecut lagi sedaya mungkin walaupun aku tahu kereta kelisa ini pasti kalah di tangan kereta sport di belakang itu.
   Terdengar deringan telefon bimbitku. Siapa pula ini? Kalut kucapai telefon bimbitku itu.

   " Assalamua'laikum Muhammad. Kau selamat? ".
Oh, Nasir.
   " Maksud kau? ", ku menduganya.
   " Aku tahu ada orang kejar kau. Kau di mana ni? ".

Hanya Nasir sahaja yang dapat membantu aku. " Aku di..... ".

                                               *         *           *         *        *

   Nasir mencari-cari telefon awam di R&R itu. Nafasnya masih termengah-mengah, kesan dari pergelutan sebentar tadi. Alhamdulillah, Allah yang Maha Penyayang membantunya.
   Aha, jumpa pun.

   " Assalamua'laikum Syamil. Kau kena tolong aku. Muhammad dalam bahaya! ", Nasir memberitahu dalam satu nafas sahaja.
   " Tenang-tenang. Kau dan Muhammad berada di mana? ".
   " Aku di R&R ....., dia pula di .... Ada orang mengekorinya. ".
   " Baik. Ana akan usahakan ke sana. Enta tunggu situ dulu ya ", Syamil mula tampak kerisauan.
   " Syukran Syamil. Wa'alaik. ".
   " Afwan. Wa'alaik.", kedua-dua gagang telefon diletakkan serentak.

                                                    *         *         *        *          *

   Kereta sport kilat itu melanggar keretaku. Ah, cari nahas! Berkali-kali aku dilanggar.
Aduh, macam mana ni? Kalau keadaan berterusan begini, aku memang akan nahas jawabnya!
   Sekilas mataku sempat melihat cermin sisi. Eh?

                                                   *         *          *       *         *

    " Mujur enta ada. ". Nasir mengucapkan tahmid kesyukuran kepada Ilahi.
   " Allah juga sebaik-baik penolong ', Syamil merendah diri. Nasir tidak menafikan kata sahabatnya itu.

   Syamil mematikan bicara, ingin fokus pada pemanduan. Dia melanggar kereta sport hitam di hadapannya dengan berhati-hati. Langgaran yang tidak terlalu kuat.
   " Jaga-jaga Syamil. Usahakan agar tiada nyawa sesiapa yang akan melayang.. ", pesan Nasir.
   " Insya'allah.. ".

" Allahhuakbar! Syamil, dia nak brek secara mengejut tu! ", Nasir memberitahu cemas.
   Namun, Syamil kelihatan tenang sahaja. Dia membelok keretanya penuh kemas dan cantik. Sepantas kilat, dia kembali mengejar kereta sport hitam yang secara tetiba memecut itu.

  " Syamil! Kereta Muhammad.. ", Nasir memanjatkan doa' agar tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.

                                                    *            *           *           *          *

   " Muhammad! Kau selamat? ", Nasir cuba menarik tangan Muhammad yang lemah itu.
   " Ya Allah! Muhammad pengsan. ", Nasir menggunakan segala kepakaran rawatan yang dipelajarinya.

   Tetapi tidak berjaya.
Nasir menghela nafas; " Ini perlukan doktor pakar.. ".

2 comments:

Hamba Ilahi said...

Aik, tak habis lagi?

Ariffah9 said...

insya'allah,
jika diizin Allah siri 5 adlh pengakhiran.

Geo

free counters