Bailador by ~valadein on deviantART
" Oho, kau degil ya! ", pujukan rayu sudah bertukar menjadi tengkingan. Amarah yang ditahan tadi ternyata tidak dapat bertahan lama, lalu meluap-luap keluar.
Si adik menahan sakit atas tamparan dan tendangan yang diterima.
" Ya Allah, mengapa dugaan Mu seberat ini? ", air matanya mengalir membasahi pipinya yang merah sakit.
*****************************************
Fatin menyapu ubat di sekitar badannya, sesekali dia mengaduh kesakitan apabila terkena di bahagian luka.
Sejak-sejak ini,dia asyik termenung sahaja.
Dia sedih, malah amat sedih dengan perubahan sikap abangnya. Dahulu, abangnya seorang yang lemah lembut terhadapnya serta berperanan melindungi dirinya dari segala kejahatan sejak ibu bapa mereka meninggal. Ibu bapa mereka sudah meninggal akibat ditembak oleh pihak komunis.
Sekarang abangnya sudah berubah menjadi..
" Hei, pergi buat kerja! Termenung lagi! ", jerit abangnya, ringan sahaja tangan abangnya memukul-mukul dirinya.
Lihat, abangnya sudah bertukar menjadi seorang yang bengis!
" Haii, aku suruh pergi kelab, degil tak mau ikut! Duduk di rumah, termenung pula! ", Farid, abang Fatin, mengomel-ngomel.
Farid membaringkan badannya di atas sofa buruk, badannya terasa lenguh. Baru seketika berehat, telefon bimbitnya berbunyi..
Sambil merungut-rungut kerana istirahatnya diganggu, dia mengangkat juga telefon bimbitnya itu.
Fatin menjeling abangnya yang makin rancak berbual di telefon. Mula-mulanya nada abangnya bercakap meleret-leret malas namun lama-kelamaan kedengaran nada manja pula.
Dia menyambung kerjanya semula. Meranalah badannya jika abangnya melihat dia terleka sebentar. Tiba-tiba kepalanya diketuk, dia berpaling.
Muka abangnya kelihatan teruja sahaja.. " Weih,budak! Aku nak keluar,duduk diam-diam di rumah! Kalau kau buat sesuatu yang tak patut, tahulah padahnya nanti! ".
Fatin mengangguk-angguk lambat. Dia menggeleng-geleng kesal apabila abangnya sudah keluar..
*******************************
Notanya selesai ditulis selepas 15 minit kemudian..
Pintu rumahnya diketuk, Fatin menenyeh-nenyeh matanya yang baru terlelap sebentar tadi.
Baru beberapa langkah dia berjalan, ketukan makin kuat, bertalu-talu. Hatinya digamit risau. Siapa pula?
Tangannya terketar-ketar memusing tombol pintu, dia takut jika yang berada di hadapan pintu itu adalah rakan abangnya.
Pintu dibuka. Seorang lelaki tinggi di hadapannya merenung tajam.
" Kau adik Farid? ", suaranya garau sungguh.
Perlahan-lahan Fatin mengangguk. Hatinya mula rasa tidak enak, terasa akan sesuatu yang buruk telah berlaku.
" Farid dah mati. Diracun girlfriendnya. ", fakta yang dikeluarkan dari mulut lelaki tinggi di hadapannya itu tidak dpercayai.
" Jangan tipu aku! ", Fatin membalas berani.
Tiba-tiba, lelaki tinggi itu gelak berdekah-dekah.
" Bodoh punya adik, ada abang yang terlalu terbuka dengan kematian itu pun, masih sukar nak terima hakikat bahawa Mohammad Farid bin Abdul Hamid dah meninggal!".
Fatin menangis, air matanya turun laju. Abangnya sudah meninggal? Ya Allah, benarkah??
*****************************
" Aku hendak cari dan bunuh perempuan jahat itu! ", deru nafasnya keras. Marah.
" Fatin. Kau benci bukan perempuan sebegitu? ", suara rakannya di telefon lembut. Tenang.
" Mestilah! Dia pembunuh ", balasnya cepat.
" Kau kata kau benci sebab perempuan itu pembunuh.Kalau kau ingin membunuhnya, bukankah kau juga tergolong dalam golongan pembunuh? ", bidasan rakannya pedas.
Fatin terdiam. Rakannya itu terus-menerus memujuknya agar memberhentikan niat serongnya itu. Akhirnya, dia mengalah. " Baiklah, aku minta maaf di atas segala kesalahan aku sepanjang aku berkawan dengan kau. Terima kasih banyak-banyak atas segala jasa kau. ", ujarnya menghairankan rakannya itu.
" Kau kenapa Fatin? Tetiba saja minta maaf kat aku.. Aih,pelik betul.. ".
" Kau maafkan aku tak? Aku tanya ni! ", bentaknya.
" Baiklah, jangan garang sangat. Aku tak pernah kecil hati pun dengan kau. Kenapa dengan engkau ni? ", rakannya masih tidak berpuas hati.
" Terima kasih ya sahabat. Moga Allah membalas jasamu. Selamat tinggal. ", nadanya sayu.
" Fatin! Kau jangan buat perkara bukan-bukan pula. ", rakannya dapat menghidu perbuatan yang akan dilakukannya.
" Assalamua'ikum..", telefonnya ditutup. Fatin bergerak, menulis nota buat sahabatnya yang tercinta.
Matanya masih mengalirkan air mata. Dia teramat sedih dengan kematian abangnya, sekarang dia hanya sebatang kara!
Rancangnya, dia mahu membalas dendam ke atas perempuan jahat yang telah membunuh abangnya itu. Niatnya dibatalkan sebaik sahaja mendengar cakap rakannya tadi.
Dia tidak mahu jadi pembunuh kepada orang lain! Lebih baik, dia menjadi pembunuh kepada diri sendiri.
Notanya selesai ditulis selepas 15 minit kemudian..
Dia bergerak ke arah dapur, ingin mencapai sesuatu. Pisau.
Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka, kelihatan rakannya lari masuk ke dalam.
" Fatin! Berhenti! Jangan Fatin, jangan buat perkara bodoh! ", jerit rakannya itu sambil menangis.
" Biar aku jadi pembunuh diri sendiri. Aku sebatang kara sekarang, biarkan aku! Pergilah sahabat..", tegas Fatin.
" Kau lupa cerita aku? Yang Maha Membolak-balikkan hati.. . Kau tak ingat? ".
Rakannya itu makin menghampiri. Ingin merampas pisau tersebut. Fatin menggeletar, genggamannya melonggar, pisau terlepas ke bawah. Hati rakannya lega, amat lega.
" Kau ada Allah, aku ada menemani kau. Kau bukan sebatang kara.. ", lembut suara rakannya memujuk.
Tanpa dijangka, Fatin kembali mengambil pisau lalu membenamkannya ke dalam dada. Rakannya amat terkejut dan tergamam. " Fatin!!! ", jeritnya deras.
Syaitan bersorak-sorak. Mangsanya bertambah. Syaitan ketawa ria, menari-menari dan ketawa kuat.