Assalamua'laikum w.b.t..
Nampaknya tahun ini benar adalah 'tahun dugaan'. Begitu banyak dugaan yang dilalui, tetapi kita kena tetap berusaha menjalani kehidupan dengan terbaik, bukan?
destinasi masih jauh. bangunlah! jangan terus terleka..
Teringat pula ayat Al-Qur'an;
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
“ Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji? ‘ (Al-Ankabut:2)
Ayat ini benar-benar menjadi kata peransang ana. Kalam Allah, pastinya indah dan sangat bermakna.
Kadang-kadang terasa diri ini betul-betul lemah. Dugaan datang bertalu tetapi perlu diingati juga Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.
Aduhh.. semangatlah diri ini!! Chayo''!!
Wahai Ariffah dan pembaca mulia sekalian, ingatlah ada seorang lelaki meminta wasiat a.k.a pesanan dari Rasulullah S.A.W..
" La Taghdop.. (Janganlah kamu marah)", pesan Rasulullah sebanyak tiga kali.
Lihat, sebanyak tiga kali. Bukankah itu tandanya sangat penting? Marilah kita berusaha mengawal emosi dan kemarahan diri..
Tenanglah. Tenang. Layak dengan sabda ini..
"Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi
**Dugaan itu kadangkala juga adalah nikmat.
** Benar-benar memerlukan kata nasihat dari anda semua. Pohon. Semoga Allah redha~
p/s: terima kasih atas dorongan anda semua. terutamanya yang rajin memberi nasihat pada ana..
6 comments:
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah GURU yang hendak mengajar kita erti sabar.Jika kita rasa kita sedang dikecewakan,itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa,kita hakikatnya sedang BELAJAR dan DIDIDIK!
Hasbunallahiwanikmalwakil... ^-^
Ya Allah..
Terima kasih banyak-banyak wahai Hamba Allah..
Sangat bermakna.. ^^
Insya'allah, ana sematkan kata-kata tu dalam hati. =)
Sama2, ana mohon doakan kebahagiaan ana di dunia dan di akhirat kelak :)
Insya'allah..
Moga Allah redha~
salam ziarah dan perjuangan...redho ALLAH bersama kita insyaallah..
jemput ziarah blog saya
salam kembali..
Insya'allah..
Syukran 'ala ziarah..
Post a Comment