Dalam sehari, dua post. Lama pula tidak berlaku sebegini.
Post kali ini saya benar-benar inginkan doa'-doa' dari kalian. Tapi doanya khusus kepada Ukhti Aisyah Najihah.
Ini hadiah untuknya. Haha, hanya ini buat sementara waktu =D
Saya tidak pernah dengar suara dia, tidak pernah melihat wajahnya, tidak pernah bercakap dengannya. Saya hanya pernah ber'sms' dan ber'chatting' di YM dengannya, tapi jarang sekali.
Kelmarin, saya sengaja membuka blognya (dah lama tak ziarah). Saya amat terkejut melihat dua post barunya..
Rupa-rupanya ukhti Aisyah sedang sakit tenat, sesiapa yang membaca post di blognya pasti akan berasa sebak.
Saya sendiri pun sehingga mengalirkan air mata. Sedangkan, saya amat sukar menangis jika ada apa-apa program di sekolah, sama ada 'tocher', pengorbanan atau apa-apa yang selalunya mengakibatkan ramai pelajar yang menangis, tapi saya tidak.
Hati saya hanya cepat tersentuh apabila melibatkan ibu bapa. Pendengaran dan penglihatan saya selalunya amat teliti dengan kata-kata dan perbuatan ibu bapa saya, hati saya mudah terasa.
Saya ingat dua kali sahaja saya pernah menangis kerana sedih dan kasihankan senior-senior saya. Pertama, sewaktu seorang kak (7th Gen) (sama rumah sukan dengan saya) terjatuh sewaktu permainan bola jaring. Cederanya sangat teruk, mata saya sudah berlinang dengan air mata melihat dia mengaduh sakit. Dia juga sangat aktif dengan sukan seperti Ukhti Aisyah..
Kedua adalah kelmarin petang, saya amat sedih apabila ukhti Aisyah sedang sakit. Dia hanya dapat bertahan di dalam kelas sehingga tengahhari sahaja.Saya harap seorang da'ie ini yang sentiasa ceria terus kuat!
Saya terharu sungguh dengan perangainya.Walaupun sedang sakit, dia sentiasa ceria seperti biasa. Sempat lagi menjadi tutor kepada kawan-kawannya! Malah, tidak ketinggalan untuk menghadiri LifeLine4Gaza dengan penuh semangat.
Bahkan ukhti Aisyah sempat lagi menyerahkan sekeping surat dan amanahkan kepada rakannya untuk menulis di blognya.Tiga helai kajang tetapi tidak sempat diselesaikan tulisannya, mungkin disebabkan kesakitan yang melanda.
Ukhti Aisyah juga merupakan seorang yang sangat saya kagumi. Dia adalah seorang yang sangat takut kepada kematian sehinggakan sudah menulis wasiat awal-awal lagi, juga seorang yang begitu peramah. Dia terlalu banyak mengikuti program-program termasuk program untuk makcik-makcik, dan tak pernah kekok untuk bersembang dengan makcik-makcik. Oh ya, ukhti aisyah juga turut ada aura ke'ibu'an. Boleh tahu jika baca di blognya..
Dia juga sering membantu menyelesaikan masalah-masalah rakannya sedangkan masalahnya tidak diberitahu kepada orang lain agar tidak menyusahkan sesiapa. Ya Allah, betapa mulianya Ukhti!
Paling saya terharu, apabila Ukhti Aisyah difitnah.. Dia tidak akan salahkan sesiapa sebaliknya menyalahkan diri kerana melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah! Masya'allah..
Saya tidak kenal siapa Ukhti Aisyah Ulya yang sebenarnya tetapi saya dapat rasa dia sangat dekat di hati saya.
Saya yakin sesiapa sahaja baca post ini pasti akan berasa sebak dan terharu..
Jadi, saya benar-benar pohon kalian agar mendo'akan Ukhti Aisyah Najihah ini..
Saya mahu da'ie muda ini terus kuat dan istiqamah dalam perjuangannya. Terus kuat ya kak!
Uhibbuki fillah, kak Aisyah!
Ramai sayangkan kak!
Doakan dia.
1:55 p.m .
No comments:
Post a Comment