Friday, May 14, 2010

Perbicangan hangat di YM

   Assalamua'alaikum w.b.t.. Moga pagi jumaat ini membawa berkah dalam kehidupan seharian kita.Insya'allah..

 Masalah ukhwah, masalah berdakwah :-


Leaf IV by =sa-cool on deviantART



“ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah  kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” (Al-Hujurat:12)

Lihat, Allah sudah susun dengan susunan yang begitu teratur.

Pertama, jauhilah buruk sangka. Kedua, jangan mencari kesalahan orang lain. Ketiga, jangan mengumpat orang lain.

    Dengan berbaik sangka kepada seseorang, kita akan dapat menjauhi dari tercari-cari kesalahan dan ke'aiban orang lain. Malah, paling penting dapat menjauhi daripada mengumpat keburukan orang lain sekalipun ia benar.

   Sesungguhnya aturan Allah itu amat indah, bukan?


   Cuba kita lihat Rasulullah s.a.w , yakni Qudwah terbaik kita. Lihat bagaimana pendekatan baginda, dakwah baginda, sabar baginda yang akhirnya dapat membuka hati jiwa-jiwa manusia bahawa Islam itu sangat indah. 

Lihatlah, baginda menarik manusia dengan lembutnya tanpa memerlukan kekerasan. Tanpa tengkingan, sepakan, tamparan. Sesungguhnya, baginda benar-benar Kekasih Allah. 

    Jadi, kita sama-samalah sebagai insan biasa, insan lemah terus berusaha menggandakan usaha. Ramai yang memberi alasan ' alaa.. Nabi tu ma'sum(tiada dosa), takpalah. '.
   Pernah anda terfikir, disebabkan Nabi ma'sum lah, kita yang banyak dosa ni kena gandakan usaha, kan?

Qudwah Qabla Dakwah ( Menjadi contoh sebelum berdakwah) =)

   Dan, berdakwah itu ada strateginya dan perlu dirancang. Bukan main dakwah tanpa hala tuju, itu bukan dakwah yang sebenarnya.
   Seseorang yang ingin berdakwah perlu ada caranya. Dia perlu senaraikan dahulu sesuatu masalah tu, bagaimana nak atasinya, apa kesannya di masa akan datang dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. 

Bukan main terjah saja nasihat orang itu ini.

Kemungkinan orang itu ada masalah, jadi perlulah selami dan fahami terlebih dahulu masalah yang melanda dirinya.

Menegur pula bukan dengan cara sindiran atau 'perli'an, tak semua orang boleh terima cara tu. Kalau kita kasar sikit, mungkin orang tersebut akan terus kecewa. 'Beginikah cara menegur orang?'


   Jika anda rajin baca kisah-kisah tokoh para imam. Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali, Imam Syafi'e.
   Apabila ada orang bertanyakan tentang perangai Si Fulan ini ( fulan yang suka mencemuh dan melawan Imam tersebut) , beliau hanya akan diam. Hanya diam.
    Malah memuliakan si fulan tersebut di dalam majlis ilmunya, juga melarang anak muridnya dari terlalu memarahi si fulan tersebut. Sehinggakan pernah menyuruh anak muridnya meminta maaf pada si fulan tersebut.

   Lihat saja tokoh-tokoh Imam tersebut, mereka amat benci mengutuk dan memperkatakan keburukan orang. Mereka itu Imam yang bukan sebarang Imam, dibandingkan dengan kita?


   Umat Islam perlu saling menegur dan saling memperingati.

Jika ada saudaranya yang melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, kita wajib menegur.
   Namun bukan dengan menegur dengan ' weih,hang tau tak hang buat tu semua salah! '.

 " (Ucapan mereka)menyebabkan mereka pada hari kiamat memikul dosa-dosanya sendiri secara sempurna, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, alangkah buruknya (dosa) yang mereka pikul itu." (An-Nahl:25)

   Apa yang dirisaukan di akhirat nanti apabila saudara kita berkata dia jadi begini begitu sebab kita tak menegur dia. Jadi, kita ada hak untuk menegur. Tetapi menegur dengan cara yang sistematik.

   Kalau dia tetap tak terkesan dengan teguran kita, cubalah bawa orang yang dia hormati a.k.a segani untuk berbincang dan menegurnya.


   Lihatlah para Muhajirin dan Ansar itu.

   Kaum Ansar yang menawarkan tempat tinggal, menawarkan salah satu isterinya dan sanggup menceraikannya, menawarkan kekayaan. 
   Kaum Muhajirin pula yang tidak mengambil kesempatan, menolak tawaran-tawaran tersebut kerana malah berdikari.

   Ukhwah yang sungguh indah, sukar dijumpai di zaman ini..


“ Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama)Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersekutukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”.(Ali-Imran:103)

Iman dan kefahaman sebenar tentang ukhwah akan mempengaruhi ukhwah seseorang.


1) Kekalkan persahabatan
2)Saling tahan rasa cemburu
3)Saling memahami
4)Saling mengalah
5)Saling memaafkan


Ukhwah itu akan menjadi begitu bermakna jika diisi dengan keimanan. =)

**Hasil perbincangan dari seorang pelajar menengah tinggi dan seorang pelajar Universiti di Mesir, dua pelajar universiti jurusan agama dan seorang pelajar Universiti biasa di Malaysia,  seorang pelajar Universiti di New Zealand, dan dua orang pelajar menengah di Malaysia.

      Sangat berterima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa dan meluahkan pendapat.

Ana bukanlah pengulas yang terbaik. Maafkan ana jika banyak info terlepas. Harap perbetulkan mana yang salah.




4 comments:

Zierwa Zainal said...

salam...
perkongsian yang menarik kerana maslh ukhwah selalu berlaku..syukrn

kalau sudi komen la entry saya..
emosional

Ariffah9 said...

wassalam..

ya, masalah ukhwah selalu berlaku. sedangkan umat islam perlu bersatu-padu.

insya'allah..

syukran ukhti atas komennya.. ;)

ira93 said...

salam..
satu perkongsian yang menarik..=)
memang betul segala luahan adik tuu..
tak banyak orang yang tahu cara2 berdakwah dengan betul..
mereka bertindak dengan melulu tanpa membuat keputusan dengan bijak..

Ariffah9 said...

wassalam..

erm.. bukan luahan tp perkongsian dan perbincangan :)

ya, kadang2 orang suka tegur orang secara melulu.

adik pernah jadi macam tu dulu, tegur org ikut suka hati..

insya'allah, sekarang berubah step by step.. :D

Geo

free counters