Thursday, May 6, 2010

Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia, JD10 Dari Irbid Untuk Gaza

Membiarkan Gaza, apakah itu satu kebenaran? ~ Picture by sorcererssmyr of Deviant Art

    Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Orang bising kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya. Namun apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain?

    Di sini kita boleh mengukur urgensi dalam menyemarakkan kesedaran terhadap bantuan kepada Gaza dan pembebasan Palestina. Ianya ibarat ‘jumper’ untuk menghidupkan tenaga kesatuan ummah, lantas membela pula tanah-tanah berdarah yang lain.

Persoalannya, apakah kita memerhatikan dan menghulurkan bantuan?

Sekelompok manusia di Malaysia dan Irbid Jordan nampaknya telah menyahut seruan pembebasan ini.

Membebaskan Palestina dari penjajahan yahudi, dan membebaskan jiwa dari hawa duniawi.

Allahuakbar!
Perhimpunan Perdana Palestin. Waktu di poster ini telah diawalkan ke 5.00 petang. Datang beramai-ramai!

Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia

    Lifeline4Gaza di Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam.

    Dengan tema BERSATU UNTUK PALESTIN, program Perhimpunan Perdana Palestin ini akan bermula seawal 5.00 petang pada 08 Mei 2010, yakni esok.

Kehadiran masuk adalah PERCUMA!

   Kumpulan Nasyid seperti Shoutul Harokah dari Indonesia, Muadz&In Heart dan juga Raihan turut hadir memeriahkan suasana. Wakil dari IHH Turki yang menggepalai rombongan kapal ke Gaza tak lama lagi turut hadir membuat ucapan. Wakil-wakil NGO yang turut serta di dalam Lifeline4Gaza ini juga akan menyampaikan harapan.

Inilah dia peluang anda di Malaysia sana untuk bersama-sama bersatu dan membantu saudara-saudara keimanan kita di Gaza.

    Kita sentiasa bertanya apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan. Maka inilah dia antara yang anda mampu lakukan.

Meriahkan Stadium Melawati esok.

Gegarkannya dengan suara dan sumbangan anda.

Tunjukkan pada Israel dan konco-konconya.

Bahawa pembantu-pembantu agama Allah itu masih ada!

Ini peluang anda!

 Wahai warga Irbid, aku menyeru kalian!

JD10 dari Irbid untuk Gaza

Suasana di Irbid, Jordan juga turut panas lebih panas dari musimnya. Wakil-wakil Lifeline4Gaza di Jordan telah mula bergerak dan melakukan promosi sumbangan.

JD10, atau 10 Dinar Jordan untuk Gaza dari setiap warga PERMAI di Irbid sebagai bantuan dan sumbangan kepada rombongan Kapal yang ingin memecahkan tembok kematian.

Warga-warga Irbid yang tinggal dekat dengan perkhemahan-perkhemahan Palestina, yang sentiasa bersama dengan sahabat-sahabat Palestina di Universiti, yang berada dekat dengan Gaza ketika tanah itu dihujani Bom, yang sering sahaja mendengar khutbah-khutbah dan doa para imam untuk pejuang di Palestin.

Inilah dia masanya Warga Irbid. Tangan anda mampu dipanjangkan. Bantuan dari anda mampu disampaikan.

10JD yang biasanya habis entah di lubang tandas, entah di dalam CD Permainan, entah di pool atau alatan sukan, maka inilah masanya kita menjadikan 10JD itu untuk saham akhirat.

Pelajar-pelajar Irbid yang majoritinya mendapat biasiswa JPA dan MARA, pelajar-pelajar Irbid yang mampu menyara kehidupan mahal di Jordan, maka ini masanya memandang sebentar kepada sahabat yang terluka di sempadan negara, Palestina yang selama ini kita kata kita cinta, 10JD dari Irbid buat Gaza di sana.

Inilah masanya membuktikan.

Sama ada cinta kita benar, atau palsu solekan.

10JD Dari Irbib untuk Gaza! Mari kita buktikan!

Jangan kita sembunyikan tangan kita dari memberikan bantuan!

Bagi yang bukan di Irbid, dan tak mampu pula ke Stadium Melawati

Sentiasa terbuka peluang untuk hamba-hamba Allah yang cintakan kebenaran, bersama dan memberikan bantuan.

Jika jaringan keimanan itu tiada batas sempadan, maka begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan. Teknologi yang ada kita guna dengan semaksima mungkin untuk kebenaran.

Berikanlah sumbangan anda dengan memasukkan wang ke akaun Lifline4Gaza.

Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN

Nombor Akaun: 5644 9020 8528

Bank: MAYBANK BERHAD

Mari, jangan banyak alasan. Jangan kata kita tidak mampu. Hakikatnya apakah kita tidak hendak atau mahu.

Pilihlah mahu membantu!
 Pencipta gambar ini berkata: Palestine is shot to the heart and no one cares to heal the wounds , our people in Gaza , may God be with you ~ Picture by SoDoXa of Deviant Art

Penutup: Jangan tergolong dari kalangan yang terbius dan terjajah jiwa

Walaupun Gaza dihentam bertubi-tubi, Palestina dikepung dan dipijak berkali-kali, mereka terjajah secara fizikal berhari-hari, namun ketahuilah mereka adalah yang merdeka jiwa dan hati. Lebih baik dari kita yang merdeka tanah tetapi masih terjajah dari pemikiran dan kehidupan diri.

Lihatlah bagaimana dunia arab terbius dengan jahiliyyah. Banyak negara besar seperti Jordan, Mesir, Lubnan, Syria, Arab Saudi mengelilingi Palestina. Tetapi tiada kepimpinan yang menyuakan bantuan.

Jangan jadi seperti mereka yang terbius itu. Jangan kata mereka arab mereka patutnya lebih faham. Tiada kemuliaan bangsa di dunia ini, melainkan kemuliaan Islam.

Sekarang, siapa mahu menjadi mulia?

Kalau saya, saya katakan saya. Saya mahu jadi mulia. Sebab itu saya menulis perkara ini, dan mengajak kalian bersama. Sama-sama kita menghulurkan bantuan, bergerak menjadi ajen perubahan dan menjalankan pembebasan semampu kita.

Kita mahu jadi hamba merdeka. Dan kita mahu saudara kita merdeka.

Jika kita berjaya di Gaza, maka tidak mustahil kita akan berjaya di Chechya, sempadan Thailand, dan banyak lagi tempat lain yang berdarah.

Tetapi kalau Tanah Suci pun ditinggalkan, apa lagi tanah-tanah lain?

Tepuk hati tanya iman.

Artikel dari Langit Ilahi . Moga Allah redha~

No comments:

Geo

free counters