Friday, May 14, 2010

CERPEN: Kursus Blog


    “ Gambatte Yuk! “, tepuk rakannya.

   “ Thankz sis..”, Wardah tersenyum lemah.

Kumpulannya ke hadapan, memperkenalkan diri dan ahli kumpulan.

   “ Ana harap kita semua dapat tajdidkan niat dengan menggunakan blog nanti. Gunalah ia supaya kita dapat menyebarkan kefahaman Islam “, pesannya sebelum kembali tempat duduk.

  Giliran kumpulan rakannya pula memperkenalkan diri. Semangat betul rakannya itu, dia tersenyum senang.

   Setelah mereka belajar asas etika-etika di internet, mereka perlu buat persembahan secara berkumpulan pula.

    Selesai beberapa kumpulan membentangkan hasil kreativiti mereka,
“ Ha, siapa pula nak ke depan? ”, tanya urusetia.

   “ Anti pergilah. Kita tak boleh tunjukkan sekolah agama jadi terakhir sekali. “, ujar Wardah.

   “ Aik, ana dulu? Kenapa tak kumpulan anti je pi? “, balas rakannya.

Wardah hanya tersenyum. Rakannya, Zainatullukma mengalah. “Baiklah, demi sahabat”.

    Zainatullukma mengakhiri persembahan kumpulan dengan ; “ Lu Fikirlah Sendiri “.
Terkejut Wardah, berani betul kawannya seorang ini. Dia tergelak sendiri.

    Selepas itu, kumpulannya pula. Hati Wardah berdebar-debar sedangkan rakannya seorang lagi yang akan bercakap menerangkan hasil kerja mereka. Bukannya dia.

   “ Norehan, cakap jangan over deras dan semangat sangat. Tenang, tenang. “, bisiknya perlahan memandangkan mereka berada di hadapan.

   Namun, kelihatannya rakannya itu sudah tenggelam dalam dunia ‘semangat’nya. Kelihatan semua hanya diam sewaktu pembentangan mereka.

   Mereka kembali ke tempat duduk. Kata Zainatullukma, ada kumpulan kata ‘macamlah mereka ni baik sangat’. Wardah mengeluh, dia tidak mahu sebegini. Dia mahu ukhwah mereka mesra , ini tak. Tidak kenal tiba-tiba timbul persengketaan.

    Wardah teringat perdebatan tadi. Ada kumpulan buat etika-etika di internet, salah satunya ‘Katakan Tidak Pada Web Lucah’. Mereka kelihatan lebih banyak menyalahkan lelaki.
    Wardah dan Zainatullukma pula cuba menerangkan semua tu tidak boleh persalahkan lelaki 100%. Malah, lelaki juga adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tetapi entah bagaimana seakan timbul konflik salah faham pula.

   “ Zai, kalau ada guru-guru kita datang sekali, ana rasa kuat lah sikit “, keluh Wardah.

   “ Wardah, kita ada Allah. Jangan lupa, Allah sebaik-baik penolong “, nasihat Zai lembut.

   Dia seakan tersedar dari lena, lupa akan hakikat bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya.

Mereka diberi t-shirt hijau kecil. Wardah adalah seorang yang sangat menghargai pemberian orang, menggesa agar semua rakannya pakai sahaja. Akhirnya, mereka pakai juga tapi di bahagian dalam turut memakai t-shirt labuh muslimah.

    Petang itu pula, ada program cari check point. Malangnya, kumpulan terpaksa bercampur dengan pelajar lelaki.

    “ Haih, masalah betul. Nasib baik dah bagitau Sir keadaan kita terpaksa bercampur “, Norehan bersuara.
   “ Relax la. Kita jaga adab sudah, buat macam kat sekolah “, ujar Zubaidah selamba.

Zainatullukma dan Wardah hanya mengangguk dan menggesa semua agar bertindak pantas. Pelajar sekolah agama tidak boleh lambat, nanti orang akan pandang serong pada agama.

   Tiba sesi bergambar, setiap sekolah wajib ke hadapan untuk bergambar.

“ Maaf kak. Sekolah kami tak boleh berdiri-diri dekat macam ni. Maaf ya.. “, Wardah cuba terang dengan lembut, supaya urusetia itu tidak terkilan.

   Urusetia itu tersenyum ; “ Tak apa. Berdiri saja, jangan rapat-rapat sudah “.

 “ Macam nilah. Peserta lelaki di hadapan, perempuan di barisan belakang. Boleh? “, cadang jurugambar yang kami gelarkan ‘paparazi’ kerana 24 jam mengambil gambar.

   Mereka mengangguk lega.

Wardah tersenyum senang. Dia dan rakannya amat menyukai dan menyenangi dengan para urusetia. Urusetia kelihatan sangat menghormati mereka sebagai pelajar agama. Malah urusetia-urusetia di situ semuanya lawak dan ‘sporting’.

   “ Hush, termenung apa tu? Jom kita bermaaf-maafan, dah nak balik dah. “, Zai memecahkan lamunannya.
  
   Wardah dan Zainatullukma bertembung dengan pelajar yang mereka berdebat sewaktu pembentangan kerja berkumpulan. Mereka berusaha meminta maaf, betul-betul berasa bersalah.
   “ Saya pun minta maaf. Mula-mula, kami memang terasa tapi bila fikir-fikir balik betul juga kata hampa. Mungkin cara kita berlawak tak sama. “, balasnya.
  
   Mereka berdua benar-benar merasa lega apabila pelajar itu sudah memaafkan mereka.
Kemudian, Wardah, Zainatullukma, Norehan , Zubaidah dan dua orang junior mereka bersama-sama pergi meminta maaf  dan berterima kasih pada urusetia.

   “ Terasa sedih pula nak berpisah dengan urusetia ,paparazi dan kawan-kawan. Semuanya sporting dan baik-baik. “, luah Norehan.

  “ Doa lah agar kita dapat ke peringkat seterusnya. Bolehlah berjumpa lagi, dapat eratkan ukhuwwah lagi. Betul tak Wardah? “, pujuk Zubaidah.

   Wardah serta Zainatullukma mengangguk-angguk.

Semoga perjuangan ini dapat diteruskan. Ameen.

* http://broadbandutara.com/ - web akhi Izwan Ismail. 
** nama watak telah ditukar kepada nama guru sekolah rendah ana. ^^

2 comments:

Anonymous said...

hmm...bagus..teruskan praktik dalam kehidupan dan jangan lupa pengaruhi sama kawan2 disekeliling..

Ariffah9 said...

insya'allah..

agar kebenaran itu tersebar dengan kebenaran yg tidak disaluti helah syaitan..

Geo

free counters