Tuesday, June 1, 2010

Isu Kembali Hangat

   Kejadian 30 Mei 2010, semua orang hangat memperkatakan isu Kejadian Kapal Marmara Mavi.

Kapal yang menghantar bantuan-bantuan ke Gaza tanpa membawa apa-apa senjata walau untuk mempertahankan diri.

Tapi, lihatlah. Zionis Israel itu.

Tidak pernah jemu menyerang dan melawan kebaikan. Mereka itu tahu seluruh negara sedang memerhatikan Konvoi ke Gaza tersebut, namun tanpa hiraukan keadaan tersebut, mereka tetap menyerang.

Malah, dengan berani dan biadapnya, menuduh umat islam yang terlebih dahulu menyerang!

"Mereka itu pengecut! Menyerang kapal tanpa memiliki apa-apa senjata di dalamnya", mungkin ada yang berkata begitu.

   Saya yakin, sekalipun kapal itu membawa senjata atau tidak, Zionis Israel itu tetap akan menyerang.

Kerana, tugas mereka adalah melawan kebaikan.

    Kelmarin, saya mendengar radio Ikim Fm, bicara di antara Ustaz Zamri, krew Ikim Fm bersama dengan Tuan Haji Salahuddin Syuib, Setiausaha Pengerusi LifeLine4Gaza.

   Katanya kelmarin, mereka berhasrat untuk menghantar memorendum kedutaan Amerika untuk campur tangan dalam menghentikan tindakan Rejim Zionis Israel pagi tadi.

   Katanya lagi, kapal Marmara Mavi diserang dalam pukul 11.30 pagi, waktu Malaysia oleh angkatan laut Israel.

   Tuan Haji menyeru agar Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan ucapan rasmi mengutuk tindakan biadap Zionis Israel.

   Pada jumaat ini, 4 Jun 2010 akan diadakan perhimpunan aman besar-besaran di KL selepas solat Jumaat. Beliau berharap agar seluruh umat Islam berdoa' untuk Konvoi Gaza tersebut.


   Saya dan kamu semua, KITA harus sedar akan tanggungjawab masing-masing sebagai umat islam.

  Israel tidak takut untuk membunuh dan menyerang kapal-kapal tersebut. Hal ini kerana, dunia sudah mengizinkan mereka berlaku kejam ke atas Palestine. Setakat beberapa kapal, apakah mereka akan risau?

  Sebagai umat Islam, sedarlah! Saya menyeru kepada diri saya, sedarlah! Sedarlah wahai saya!

Sedarlah wahai kita semua..

No comments:

Geo

free counters