Langit Ilahi adalah sebuah buku tazkirah yang bertemakan " Tuhan Tidak Lupakan Kita".
Ya, Tuhan tidak pernah lupakan kita walau sesaat, namun ada insan yang hanya mengingati Tuhan sesaat sahaja.
Kerdilnya kita, Agungnya Allah!
Buku ini menyedarkan kita betapa luasnya rahmat Allah. " Lihatlah orang yang sering melupakan-Nya namun Dia tetap diberikan oksigen dan nyawa ".
Bukankah Allah itu Maha Penyayang?
Galeri Ilmu: Mengandungi 60 tazkirah ringkas yang membicarakan isu-isu ketuhanan dan kehambaan. Dengan olahan santai dan bersahaja, penulis bijak mengetuk hati pembaca dengan persoalan-persoalan semasa yang disertakan dengan jawapan yang kukuh dan penuh hikmah.
" Andai mendongak LANGIT, adakah itu tandanya sombong dan lupa diri? Tidakkah di sana kasih ILAHI yang dicari? LANGIT ILAHI - di sini kasih-Nya terpatri! "
Langit Ilahi 2
Langit Ilahi yang kedua ini pula bertemakan " Kembara Hamba Mencari Cahaya ". Buku ini juga memuatkan 60 artikel yang membawa kita menyedari akan hakikat tiang dalam kehidupan yang dapat dijadikan penyuluh yang mampu memberi cahaya.
Betapa pentingnya menjadi Hamba Ilahi bukannya Hamba Harta!
Di dalam kehidupan manusia, pelbagai dugaan dan cabaran akan berlaku. Jikalau hatinya gelap, sukarlah hendak terima ujian dengan positif. Oleh itulah, sebagai hamba Allah, kita perlu mencari cahaya yang dapat membimbing kita agar terus hidup dengan berlandaskan syaria't Islam.
Penulis mengibaratkan, buku pertama Langit Ilahi sebagai 'piling' kepada binaan kita. Manakala buku kedua ini adalah tiang-tiang yang hendak menyokong binaan kita.
" Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat"
-Imam Syafi'e-
No comments:
Post a Comment