Thursday, June 24, 2010

Oh! Manusia bukan malaikat..

   Assalamua'alaikum w.b.t.

Ho, ana baru balik dari lawatan. Sungguh, banyak kenangan dan pengajaran yang baik untuk kehidupan.

Sebelum bertolak, fikiran ana sudah berbisik
" Kalau lah tiada pengajaran yang ana nampak atau dapati, sia-sia sahaja lawatan ini ".

   Tapi, alhamdulillah. Ternyata, Allah Yang Maha Terpuji itu amat mengambil berat pada hamba-hambaNya.

Buat pihak-pihak yang tertentu mengalami kesukaran atas tindakan ana, maaf ana hulurkan dan tadahkan. Moga Allah membayar usaha-usaha kalian atas kesukaran yang dialami.

   Wahai pembaca, katakanlah Ameen.


   Dalam perjalanan, di dalam bas, fikiran ana berfikir tentang pelbagai hal. Perkara yang sering berputar-putar dalam kehidupan, memaniskan dan memahitkan. Oh, sudah tentu banyak yang memahitkan. Kehidupan pasti tiada yang memaniskan memanjang, bukankah?

   Baca majalah Solusi, kemudian ambil pensil dan mencapai sebuah buku untuk menulis artikel di dalam blog. Rugi pula kalau sia-siakan masa. Selepas siap, sambung pula baca buku '50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia'. [Best buku ini, ada tokoh-tokoh yang ana kagumi =) ]

Oklah, berbalik kepada artikel blog.
   ~Peganglah dunia, jangan sematkan di dalam hati~ 

   Pernahkah anda lihat insan-insan yang dahulunya bertudung labuh, berserban, berjubah, memberi tazkirah dan penyampaian penuh berhikmah, tetapi kini sudah berubah penampilan dan tingkah-lakunya?

    " Dulu bukan main pedas ceramahnya, sekarang dia pun dah mula 'couple'. Cakap tak serupa bikin! "

    " Eleh, dia pun dua kali lima saja. Dulu tudung labuh, sekarang tudung sampai nampak leher. Blah la! Tazkirah orang sangat, diri pun tak ter'tazkirah'. Kan dah lingkup! "

   Seringkali terdengar cemuhan sebegitu. Namun adilkah untuk kita menghukum manusia sebegitu? Sisihkan mereka, pandang hina, umpat dan sindir mereka.. Adilkah tindakan sebegitu, adilkah??

   Bila fikirkan, manusia yang berubah ke arah keburukan ini ternyata lebih hebat dikutuk daripada manusia yang asalnya, dari dahulu hingga sekarang berperangai busuk, tidak senonoh. Benarkan?

   Kadang, yang bernampilan sopan dan menutup aurat keseluruhannya tidak berperangai baik pula. Dah elok pakai tudung labuh tetapi suka mengumpat, berbuat bising tidak kena tempat!

Golongan sebegini juga selalunya hebat dikutuk!

  Sedarkah wahai manusia, mereka ini bukan malaikat?

Mereka ini juga manusia biasa yang tetap akan berubah. Sama ada, berubah menjadi lebih baik atau buruk. Yang pastinya, tahap keimanan mereka bukannya meningkat setiap masa.

   Fakta nya, mereka bukan malaikat!

   Jadi, marilah kita bersama-sama berlapang dada menerima sikap mereka. Terimalah kekurangan diri mereka, kerana diri kita juga tetap ada kurangnya..

Jangan sisihkan mereka, dekatilah mereka. Selami masalah-masalah yang dihadapi individu tersebut.

   Apa kata, kita bersama-sama menarik mereka kembali ke jalan yang benar? Pasti ada kelebihan, daripada mengumpat dan memandang rendah, tidak ada kelebihan bukan?

Manusia, pasti ada salah silapnya..

Mari, rapat kan ukhuwah bersama.

p/s: Oh, sudah lama tidak menulis dengan sepenuh hati! Maka benarlah dan sungguhlah, lawatan semalam begitu bermakna..

No comments:

Geo

free counters