Saturday, June 12, 2010

Ulasan Novel Hilal Asyraf 2

   VT atau Volleyball Team adalah sebuah novel yang menerapkan sukan adalah ibadah pasti mengagumkan para pembaca dengan plot ceritanya!
   Hussam yang misteri secara tiba-tiba muncul di dalam kehidupan MATRI membawa segunung harapan yang besar. Siapakah dia?

   Kumpulan bola tampar yang berpecah-belah, tidak bersatu hati, ahlinya yang mempunyai ego tinggi, keras kepala, biadap, malas belajar sungguh menyusahkan hati para pendidik sehinggakan warden terpaksa memanggil Hussam untuk menghidupkan kembali kumpulan bola tampar yang seakan mati seperti mayat yang bernyawa sekaligus mentarbiyah jiwa-jiwa mereka.  

Tarbiyah bukan sebarang tarbiah!

   Hussam mempunyai tekniknya yang tersendiri dalam menghadapi 12 pelajar bermasalah. Ditambah dengan Asyraf, seorang pelajar yang melalui masa lalu yang memeritkan. Akhirnya, kumpulan itu memang berjaya dihidupkan kembali namun adakah mereka akan berjaya menggapai pingat emas dan piala kejohanan MSSP?
   Berdepan dengan SSNP yang memegang kejohanan selama 10 tahun berturut-turut dan kehadiran jurulatihnya yang licik, adakah mereka akan berjaya?

   Memakai pemberat di kedua-dua belah kaki, berlawan dengan kumpulan pelajar-pelajar Universiti dan kumpulan lagenda MATRI, di antara teknik 'super-duper' Hussam. Siapakah dia, mempunyai otak segeliga sebegitu?




    " Keimanan adalah paksi ". Itulah tema novel Sinergi yang sangat mementingkan keimanan dalam kehidupan seharian. Irfan, Rasyid dan para pemimpin komuniti pelajar Melayu berusaha menyebarkan kefahaman Islam dan Iman dengan lebih meluas.

   Disaster Five, lima ahli yang mempunyai IQ melebihi 190, membuat porak-peranda turut menambah seri ujian keimanan yang dihadapi pelajar-pelajar Melayu di Jordan.
    Erman yang amat pesimis dan mempunyai sesuatu hal yang perlu dilangsaikan dengan Irfan serta Secret yang licik, ingin melunaskan dendamnya terhadap Irfan menambah unsur saspens di dalam cerita. Kisah hitam di waktu silam menambahkan perit.

    Laman web digodam, terpapar gambar-gambar lucah, post-post berkaitan kesalahan buruk tiga ahli Disaster Five, gambar Irfan berpelukan dengan Sara Nasuha, pelajar perempuan yang diintip di dalam tandas, pernah satu ketika semua pelajar Arab tidak menghadiri kuliah dan pelbagai lagi kacau bilau menggemparkan bumi Jordan sekali lagi!

Paksi kejahatan atau paksi kebenaran yang akan memenangi hati-hati?

No comments:

Geo

free counters