Monday, December 13, 2010

Qudwah Saya

Assalamualaikum wbt,

Ah, bukan mudah hendak konsisten menulis. Bukan hanya disebabkan faktor masa, malah faktor pengisian yang hendak disampaikan. 

Hari ini saya hanya hendak mengisahkan orang-orang yang bagi saya adalah berkeperibadian tinggi. Bukanlah semua, kalau hendak senaraikan semua memang saya dah lama pengsan. [ Terlalu ramai =) ]

Er, tapi memang panjang artikel ni. Sila sambung baca, okey.. Kalau tak nak baca tak apa, pasal guru saya ni :) Panjang berjela..hehe


Ustaz Fahmi

   Beliau adalah mudir sekolah rendah saya dahulu. Pernah dikisahkan, dahulu dia sendiri pernah menyuapkan makanan kepada pelajar-pelajar. Masa itu, sekolah masih baru, pelajar masih kecil-kecil lagi.

     Tak lupa, sewaktu saya Tahfiz 6. Beliau mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan telah mengadakan suatu pertandingan debat di antara pelajar Tahfiz 6 (kelas satu saja). Pertandingan kecil, tak terbuka, bertanding pun dalam kelas. Semuanya ada empat kumpulan, dua kumpulan banat, dua kumpulan banin.

Alhamdulillah. Kumpulan saya dan satu lagi kumpulan banin menang, markah seri. Ustaz pun bawa kami (selepas solat Jumaat) pergi ke kedai, belanja makan ais kacang. Waktu kecil, siapa tak teruja dapat makan ais kacang? Belanja pula. Pertandingan pun dalam kelas,bertanding sesama kami sahaja.

    “ Setiap seorang kena habiskan ais kacang sorang satu, selagi tak habis, jangan balik “, ucap Ustaz Fahmi.

Wah, terkejut kami. Setiap seorang satu! Sampai penuh perut kami, kenyang betul!

    Ustaz seorang yang begitu peramah dan tegas. Suka berjenaka dan memberi pengisian yang begitu bermakna. Sangat rapat dengan para pelajar. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah di merata tempat, saya pernah ikut beliau ke satu ceramah kerana waktu itu saya terlebih awal tiba di asrama sedangkan asrama masih belum dibuka. Disebabkan rumah saya jauh, dan rumah mudir dan keluarganya sangatlah dekat, saya dan seorang senior saya pun tinggal di rumah beliau. Semasa perjalanan ke tempat ceramah, beliau sempat mengajar kami teknik-teknik menghafaz al-Qur’an dengan lebih efektif. Bila sampai di sana, Ustaz panggil saya ke hadapan untuk mengulang kembali hafazan surah almu’minun yang baru sahaja saya hafal di dalam kereta. Waktu itu, hafazan saya tersekat-sekat. Hilang habis hafalan disebabkan terketar-ketar saya waktu itu. Terkejut, tanpa dikhabarkan apa-apa, tiba-tiba Ustaz panggil ke hadapan depan orang ramai.

    Isteri beliau, yang juga guru saya, Muallimah Wardah beserta anak-anak sudah tentu ada juga di rumah. Petang itu, saya dan senior saya goreng keropok. Kami terlambat sedikit angkat, keropok pun agak hangit sedikit. Namun, dengan selambanya Ustaz dan Muallimah makan. Tak marah pun, cuma ditegur agak hangit.
     Banyak sifat-sifat mahmudah yang dapat saya kutip dari beliau dan isteri beliau.


Sir Azman 

   Ha, Sir Azman. Pelajar Maktab Mahmud seluruh cawangan rata-ratanya mengenali beliau. Digelar dengan Sir kerana mengajar English. Terkenal dengan ketegasan dan peribadi tingginya. Sentiasa sibuk dan jarang melihat dia meluangkan masa dengan rehat-rehat, tanpa berbuat apa-apa.

   Ditakdirkan, saya berada di dalam kumpulan Tahfiz Sir semasa Tingkatan 2. Kumpulan Sir agak berlainan berbanding kumpulan lain kerana kami sering membuat hafazan di luar kawasan sekolah, di satu surau. Bukan setakat hafazan sahaja, malah selepas itu Sir akan berkumpul ramai-ramai dan menerangkan tafsiran surah-surah tertentu. 
Saya tak lupa, Sir Azman bertanya adakah setiap kali solat dan membaca al-Fatihah, kami menghayati maksudnya. Kami semua tersengih sahaja. Selepas itu, dia menerangkan tafsir-tafsir al-Fatihah yang memang memberi kesan di dalam jiwa saya.

    Memang style Sir, setiap kali berucap dia akan bercakap dahulu ..
“ Attention! “  - Pelajar jawab “ Ready! “
“ Lend me your..” – Pelajar jawab “..ear!”

Macam-macam lagi. Kami memang sudah terbiasa, ucapan itu memang membuatkan kami memberi perhatian  betul-betul.
Beliau juga seorang yang lawak tapi kalau dah tegas, memang kecut perut dibuatnya. ;)
Sir sangat menjaga pelajar-pelajar dalam menjaga batas pergaulan di antara putera dan puteri.

Akhir tahun ini, hari terakhir sekolah. Sir panggil saya dan seorang kawan lagi tolong ‘stepler’ surat. Mula-mula saya stepler biasa-biasa saja,relax gitu. Sambil tersengih, Sir tegur. Dia ambil alih tugas dan buat dengan sangat pantas. Saya jadi malu sendiri. Selepas itu, saya pun bergerak sepantas mungkin. Siap bertanding dengan kawan, siapa habis dulu.

   Hari itu, saya terkesan betul betapa pentingnya melakukan kerja pantas dan cermat walaupun perkara tu nampak kecil sahaja. Mungkin bagi orang lain perkara ini biasa, tapi Sir betul-betul menunjukkan qudwahnya. Dia juga sering mengaturkan ceramah dan program yang sangat-sangat berilmiah.


Malah, beliau tidak meremehkan orang lain. Saya seorang berulang dalam kumpulan tahfiznya dan kebetulan secara mengejut, kumpulan tahfiz kami boleh ke suatu tempat. Walaupun, saya sedang berada di rumah, beliau tetap menelefon saya dan maklumkan sama ada saya mahu ikut atau tidak. Sedangkan, rumah saya sangat dekat dengan tempat itu. Kalau orang lain, mungkin berfikir..'rumah dekat, bila-bila masa boleh pergi. Tak payah susah-susah nak ajak'..


Sir mengingatkan bahawa Iman bukan hanya dengan cita-cita dan kata-kata namun Iman adalah Aqidah, yakin dan percaya.

Guru-guru lain


Banyak lagi kisah-kisah guru lain, tak mampu untuk ditulis semuanya.

Muallim Faisal Husin (guru sek. rendah) pernah tegur saya dahulu, buat salah. Dan tegurannya benar-benar memberi kesan kepada saya. Sehingga sekarang, saya akan teringat kata-katanya bila saya hendak mengulangi kesilapan yang sama. Syukran muallim! Beliau seorang yang begitu peramah dan suka memberi ilmu.

Ustaz Adam, guru Maktab Mahmud yang hanya sempat mengajar sekejap sahaja sebelum berpindah ke cawangan lain. Bagi saya, itulah guru yang paling baik pernah saya jumpa setakat ini. Sentiasa tersenyum pada pelajar.

Muallim Budi, guru sekolah rendah. Tegas namun lawak juga. Beliau juga dahulu guru PSFM (Pergerakan Syabab Fatayat se-Malaysia). Oh, kalau kena hukuman memang berat. Berpuluh-puluh ‘pumping’ akan dikenakan, plus pula dengan ‘starjump’. Sekolah rendah memang banyak Mukhayyam (perkemahan) dijalankan. Pada waktu malam pasti ada hirasah (berjaga malam) secara bergilir-gilir. Kadang, pada awal pagi (sekitar 3 am) bila wisel berbunyi, semua kena berkumpul dan akan ada satu game. Macam-macam, jalan seorang di tengah malam dan pelbagai aktiviti mencabar. Pernah juga, kami semua perlu tampal lumpur di pipi sebelum ‘jungle trakking’.

Namun semua itu juga lah membuatkan kami dapat berdikari dan tak mudah mengalah. Syukran jiddan muallim! Beliau mengajar subjek ‘Sirah’. Tak pernah bosan pengajarannya.
Dalam SPPM (Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh) , saya tak percaya bila mendapat A dalam Sirah. Bila dikhabarkan kepada Muallim Budi, dia cuma tersengih. “ Tengok, bukan susah mana pun “.

Ustaz Wan, guru yang sering berceloteh di dalam dewan peperiksaan,hehe. Saya benar kagum dengan beliau, kerana rajin datang awal ke sekolah awal-awal pagi lagi. Tak kisahla rumah jauh ke apa, tapi memang kagumlah. Saya selalu bertekad hendak tiba awal dahulu dari beliau. Dia mengajar subjek Tauhid, dan rata-rata pelajar selalu bosan bila belajar Tauhid tapi saya minat. Kadang bila Ustaz Wan memberi nasihat, saya dapat mengesan nasihat nya begitu mendalam sehingga siapa yang tidak memerhati dengan betul tidak akan dapat tangkap dan akan pandang sambil lewa saja. Bahasa tinggi :) best!

Muallimah Salini, guru sekolah rendah. Sangat merendah diri orangnya dan sering memberi nasihat dengan penuh hikmah. Beliau adalah guru kelas dan guru tilawah saya. Saya masih ingat, beliau pernah menghimpunkan kami (pelajar kelas Tahfiz 6) di padang dan menasihati kami dengan lemah lembut dan tegas berkenaan perangai kami yang agak nakal dan suka bergaduh ketika itu. Nasihatnya itu juga benar memberi kesan di dalam jiwa.

Ustaz Abdullah, pengetua Maktab Mahmud. Mula-mula beliau masuk ke sekolah kami, ramai para pelajar tidak menyukainya. Lama-lama ramai sudah biasa dan menghormatinya. Beliau tidak rapat sangat dengan pelajar namun sering memberi dorongan dan sokongan setiap kali berucap. Saya sudah faham kalau hendak mencari Ustaz Lah sewaktu tengahhari memang mustahil kerana dia sentiasa pergi ke masjid berdekatan untuk solat zohor. Oh ya, saya ada abang ipar berketurunan Jamaica, juga rajin ke masjid. Ustaz Lah pernah menumpangkan abang ipar saya ke masjid bila melihat abang ipar saya itu cuma berjalan kaki ke masjid. Saya begitu terharu kerana Ustaz Lah dengan senang hati menumpangkan sedangkan abang ipar saya itu tidak dikenalinya langsung. 


    Tambahan, saya gembira kerana Ustaz Lah mengingati nama saya (bukan senang tahu :p ) dan setiap kali saya memberi salam pasti dijawabnya dengan anggukan walaupun jarak saya memberi salam jauh. Kalau ustaz nampak saya mesti dia dah tahu saya akan memberi salam, dia pasti menjawab.



Muallimah Aisyah Ho, guru sekolah rendah. Beliau berbangsa cina dan seorang yang buta. Walaupun begitu, beliau adalah guru tahfiz saya dan sudahpun menjadi seorang hafizah. Saya betul-betul kagum dengannya.

Cikgu Rohaizat, guru Maktab Mahmud. Beliau mengajar pelajaran Mathematic. Saya selalunya senang faham bila beliau mengajar. Cikgu Jat juga adalah guru kelas saya. Seorang yang selalu tersenyum manis, berjenaka dan ramah dengan pelajar. Beliau juga berfikiran terbuka, sering menerima pendapat-pendapat para pelajar tanpa merendah-rendahkan kami.

Muallim Yusri, guru sek rendah. Mulanya, saya betul-betul tak suka dan marah pada beliau kerana suka menyindir saya dengan sindiran yang pedas. Saya sering menunjukkan reaksi marah (biasalah, belum matang.hehe). Suatu hari, dia ambil buku nota saya tanpa izin dan bawa pulang ke bilik guru begitu sahaja. Saya benar-benar marah kerana ada ‘sesuatu’ dalam buku itu namun apabila dipulangkan, rupa-rupanya Muallim menulis doa di satu helaian muka surat. Saya jadi terharu. Kertas doa itu masih lagi saya simpan sehingga sekarang. Terima kasih, doa dari guru sungguh bermakna!


Ustaz Hanif, guru Maktab Mahmud, mengajar Tafsir. Seorang yang gemar memberi ceramah dan perkongsian. Suka mencabar para pelajar untuk bertanya soalan yang mencabar minda tetapi saya yang suka tanya soalan macam-macam ni jadi mati akal bila Ustaz masuk kelas. Tiba-tiba jadi blur nak tanya apa-apa.


Muallim Hisyam, guru sek rendah, mengajar Tajwid. Selalu memberi tips mengingati tajwid-tajwid. Sering mengambil berat hafazan para pelajar. Bila saya berjumpa dengannya selepas tamat sekolah, saya jadi malu bila dia bertanya hafazan saya. Oh, kalaulah lembaga Maktab Mahmud luluskan kelas tahfiz. InsyaAllah, saya akan berusaha hafal sendiri nanti.

Banyak lagi guru-guru yang mentarbiah saya secara langsung dan tak langsung. Saya amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana tanpa guru, siapalah saya.

Syukran wa asiff ala kulli hal.


p/s: buat nama yang tidak disebut, jangan berkecil hati ya. Guru tetap guru, yang menyalurkan mutiara-mutiara indah :)

1 comment:

Unknown said...

perkongsian yang menarik :)

Geo

free counters