Friday, February 19, 2010

Aslim Taslam

Pic by *MusliMultimedia on deviant art

" Ular, khinzir hutan, kala jengking, lebah spesies besar, lipan celah kaki. Kau tak takut ke hidup dikelilingi semua tu? ", Nik bertanya hairan.
" Ni lah namanya hidup berbilang kaum ", jawab Nur selamba.
" Banyak la berbilang kaum. Kalau ayam, itik, katak, kucing, ke apa ke, takpa lah jugak ".

Perbualan mereka terhenti sebentar melihat seorang guru baru masuk ke kelas mereka.
" Nik, apa tugas kita? Masih sama ya? ". Nik hanya mengangguk.

Nik berdehem tiga kali. Amaran untuk satu kelas. Semua dengar, dan patuh.

" Assalamua'alaikum w.b.t.. ", salam yang diberikan guru baru yang tinggi lampai itu tidak berjawab. Sunyi sepi sahaja satu kelas.

Guru itu melukis namanya di papan hitam. ' Nik Nazidi '
Panggilan: 'Ustaz Zid'

Setiap kali guru itu berbicara, tiada sambutan atau sahutan walau sedikit pun. Masing-masing melakukan kerja sendiri tanpa berbicara.
Akhirnya guru itu keluar kerana bingung dengan keadaan tersebut. Mereka semua terus bersorak gembira, keluar juga guru.

Hati kembali tenang, senyuman mula terukir di bibir bila guru tiada.
Itulah mereka, kelas Form 4 rock.

Peristiwa yang berbekas suatu masa dahulu, membuatkan mereka membenci seorang insan yang bernama guru.
Nik adalah ketua yang menguasai kelas itu biarpun dia adalah perempuan. Tak kira pelajar lelaki atau perempuan, semua berada di bawah telunjuknya. Mereka bersatu hati.

Prinsip Nik , ' biar jiwa seisi kelas puas '

Nik , Nur dan tiga pelajar lagi mula berkumpul . Mesyuarat.

Selesai berbincang, mereka mula menggerakkan pelan yang dilakar. Rancangan sudah siap, tinggal dilaksanakan!

Ustaz Zid keluar dari bilik guru. Serentak langkahan kakinya melangkah keluar, sebuah timba berisi air melencunkan badannya serta sebuah baldi keras jatuh menghempap kepalanya.
Dia dapat melihat, tiga pelajar Kelas Form 4 sedang ketawa terbahak-bahak.
Amarahnya menggunung. Namun, tiba-tiba dia teringat sabda Rasulullah s.a.w : 'Memaafkan adalah jalan terbaik'.
Segera dia beristighfar...

Ustaz Zid pergi ke motornya. Sekali lagi, dugaan buatnya. Seluruh motorsikalnya dilumuri cat merah yang masih basah. Dia tergamam sebentar. Inikah hari pertamanya di sekolah tersebut?

" Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang ".

Dia beristighfar berulang kali. Berselawat ke atas junjungan rasul dan bertahmid kepada Allah S.W.T untuk menenangkan hati.

Ustaz Zid berusaha untuk tersenyum kepada tiga pelajar Form 4 yang sedang berdiri secara otai agak berhampiran dengannya. Kedua-dua tangan mereka diseluk ke dalam poket.
Ustaz itu tersenyum lagi. Dia tahu, mereka itu perlu dididik bukan dihukum. Esok dia akan menegur mereka secara berhikmah. Sekarang dia perlu selesaikan dulu keadaan dirinya yang basah serta motorsikalnya yang berwarna baru.

Esoknya..

Ustaz Zid membawa sebungkus plastik yang berisi bungkusan-bungkusan hadiah.

" Sorang satu ".

Pelajar kelas Form 4 pelik.
" Woi, kau orang buat tak tugas semalam, ha! ", suara Nik mengeras.
" Buat, nik. Kami buat. ".

" Eh, apa kena ya dengan Ustaz ni? ", Nur pula bersuara. Mereka bersuara dengan suara yang amat perlahan. " Kita bagi tuba, dia bagi hadiah. Ada udang di sebalik batu ni! ".

Ustaz Zid tersenyum. Dia dengar bisikan-bisikan tersebut.
Dia teringat kata pepatah Imam Hassan Al-Banna.

" Pendakwah ibarat pohon yang berbuah. Apabila orang melontarkan batu ke arahnya, dia membalas dengan buah-buahan. "

Maka, cerpen ini bersambung. Kenapa dengan Ustaz Zid tu ya?

2 comments:

Al - Mu'allim said...

salam..

tahniah..cerpen yg menarik

adakah lg insan bernama guru yg setulus itu?

Ariffah9 said...

wslm,
syukran. Ana ingat ceroen ni xmnarik. Syukur..

Insya'allah ada. Dan mmg prnh ana jumpa..

Geo

free counters