Tuesday, May 25, 2010

Jiwa saya rasa Kosong!


Assalamua'laikum semua..
   Hari Sabtu, Isnin-Khamis, Isnin-Khamis , sepanjang 9 hari (dalam tempoh menggunakan 2 minggu) adalah hari exam. (Peperiksaan Penggal 1)

   Ramai kawan ym saya tahu saya ini orangnya sibuk. Tapi, sejak-sejak ini seakan-akan kesibukan itu telah diganti dengan berfikir, fikir, dan termenung! Saya telah banyak mengabaikan hal-hal lain..

   Saya suka melihat tumbuhan-tumbuhan hijau, langit, bulan , (tengok matahari??), dan ciptaan-ciptaan Allah. Bila ada masalah, saya akan termenung dan melihat langit dan tumbuhan tersebut kerana saya akan rasa tenang dan bebas. Tetapi yang peliknya, kali ini saya lihat itu semua bukan disebabkan masalah atau konflik apa-apa. 

   Baharulah saya perasan, jiwa saya ini terasa kosong! 

Kosong!  

   Bermakna, memang diri saya ada masalah tanpa disedari.. 
 Entah kenapa, saya tiada tenaga untuk post di sini (setelah sekian lama menyepi). Saya kira sebab jiwa saya kosong! 
   
   Sepanjang ini, saya hanya memikirkan satu kalimah..

... Iman ... 
   Saya benar-benar terasa, adakah iman saya bermasalah?
Ya, saya tahu iman seseorang itu tidak akan sesempurna sehingga tahap Rasulullah S.A.W , Abu Bakar As-Siddiq.
   
  Sewaktu exam Feqah, saya adalah orang yang terakhir sekali keluar dari dewan (for the first time). Saya benar-benar terasa kecewa dengan jawapan saya. Kebanyakan ta'arif saya sudah hafal tetapi apabila menjawab kalimah yang pendek pun saya sudah lupa!

   Sedangkan saya sangat minat Feqah! (dan Math)

    Teringat pula kata-kata kawan ana di kantin ( sedang menghafal isi-isi ) selepas ana katakan betapa beruntungnya Imam Syafi'e yang dapat menghafal setiap kalimah pada sesebuah kitab dengan hanya sekali baca tanpa tertinggal satu huruf pun!

" Suatu hari Imam Syafi'e hanya dapat mengingati sebelah muka surat sahaja, tapi sebelah lagi dia tak berjaya untuk mengingatinya. Kemudian, dia pun bertanya kepada gurunya, Imam Malik. Kata Imam Malik, muhasabahlah diri, mungkin kamu ada melakukan maksiat ", ujar kawan ana.

" Imam Syafi'e pun kembali insaf, mungkin dia ada melakukan dosa-dosa tanpa disedarinya.", sambung kawan ana lagi.

   Jadi, saya yakin dosa-dosa yang makin menggunung itulah yang menyebabkan saya semakin tidak dapat mengingati fakta-fakta dengan baik!

   Saya terasa betapa jiwa saya ini kosong dan bermasalah. Maka, tolonglah saya.

Bantulah saya.
Doakan saya.

Moga Allah redha atas kita semua~

4.30 a.m,
di dalam bilik.

4 comments:

Anonymous said...

Salam...ana pon pernah rasa perasaan yg camtu..terutama apabila dihening subuh..ana rasa macam ana hidup kat dunia nie hanya sia2..rasa dosa yang sedang menggunung tinggi atas bahu.. bila orang tegur ana time tu, memang muka ana tawar, paling kesian pun ana akan bagi senyuman yang ana rasakan paling kelat..jadi ana isikan kekosongan jiwa ana pada pagi tu dengan KEAZAMAN dan IKRAR untuk diri sendiri..masatu lah ana akan rasa satu semangat yang kuat sehingga menitiskan air mata ana..

Lepastu ana terus semangat nak menghafal..tak berhenti sampai subuh. Tapi malangnya keesokan tu baru ana tahu tajuk yang ana hafal tu langsung tak masuk dalam periksa..terus blurr..mau tak mau ana goreng jar ayat untuk subjek tu. ana rasa memang dah confirm salah..tapi kalau ustaz tau cerita ana mungkin dia bagi markah kesian skit..

yang tu jer nak kongsi..
semoga beroleh sesuatu untuk kekosongan jiwa anti tu pada masa-masa mendatang..insyaAllah.

Ariffah9 said...

syukran.

herm, kdgkala dapat rasa yg hidup ni tak buat prkara yg benar2 brfaedah pun.. rasa sia-sia saja..

Ameen, Moga Allah redha~

beca-rock said...

Salam Ariffah,

Kadang2 kita terlalu megisi diri kita dengan ilmu-ilmu agama dan duniawi, punya cita cita untuk berdakwah dengan cara tersendiri, the least we could do as our part as a muslim, which is really good especially at a young age of yours! I am impressed! But sometimes we forgot the little thing that makes a difference.

What are those thing? The first thing is : hubungan dengan Allah s.w.t. Mungkin kita sudah cuba sebaik mungkin. tetapi kenapa jiwa masih terasa kosong? So, how about hubungan dengan sesama manusia? Have you asked yourself this question? Have you tried hard enough to be good in that? To fulfill your job as a good human being to the other? Let say for very simple reason, just take the nearest people around us. Have we tried to help our mum, sisters, brother? Did we lowered our voice to them when they comment something to us? Have you at least respected them in ways you should? Ponder upon this. It really makes a big difference. Being good in the virtual world is one thing, but what about in the reality? Berdakwah is not only what we think and state in words, its how we reflect ourselves in action too towards people around us. Even without saying much, but showing love and care, it is a form of dakwah informally. Remember! 'Winning' in an argument is not always winning. Sometimes we have to 'give in', because when we do that, we are actually the one who is winning because it is not easy for one to do that. It takes an 'iman' to do that. And always remember that even if the one who comment on us does not seems to be a better muslim than us, who are we to judge? He/She might do good deeds that Allah s.w.t has grant merciful on him/she better than us. We never know. So maybe its good to listen what one is saying, but not what ones is wearing.

I hope you get my point dear adik

Ariffah9 said...

Ariffah jawab dalam post, jawapan panjang sangat.

http://ariffah9.blogspot.com/2010/06/ini-jawapannya.html

Geo

free counters