Sunday, June 13, 2010

CERPEN: Argh!! Siapa yang bersalah??

  Ana terlupa, kelmarin hari untuk buat cerpen. Maaf, selalu sangat terlewat 'post' cerpen. Aduss, maafkan diriku ini wahai pembaca!

  Cerpen ini ada pembayang sedikit seperti cerpen yang ana hantar untuk majalah sekolah. Ana pun tak berapa ingat, kisahnya bagaimana memandangkan dah lama hantar, tapi majalah sekolah belum siap dicetak sepenuhnya lagi. Rasanya, banyak berlainan juga kot..cerpen satu lagi best lagi kot. Entahlah, ana betul-betul dah lupa tapi yang ana ingat tajuk dia : "PANGG!! Aku seorang pemburu! ". Pelik? Lantaklah..

  Kata Sir, mungkin lepas cuti ni kot dapat majalah tu..( Ana ni lah tukang tanya tak bertauliah, beberapa kali. Biasalah, teruja , sebelum ni tak pernah buat majalah sekolah..hehe)

 Root Golem by~caramitten on deviantART

   Deen menembak. Tangannya yang gatal hendak menekan picu senapang sedangkan yang berlalu hanyalah bayangan yang bergerak pantas. Dia tertanya-tanya.

   Bayangan itu muncul lagi, seakan-akan kelibat seorang manusia pula. Deen hairan, dia berada di dalam hutan. Tidak mungkin ada manusia yang ingin bermain-main dengannya.

   " Ah! Aku peduli hapa! ", Deen mengejar kembali bayangan itu. Tanpa disedari, semakin lama dirinya masuk jauh ke dalam hutan. Apabila bayang-bayang itu menghilang setelah sekian lama Deen menanti, barulah dia tersedar. Dia mula mencari jalan keluar.

    Tiba-tiba kakinya tidak boleh bergerak. Kakinya seakan-akan dilingkari sesuatu.

   Akar pokok!

Huh? Dia hairan, apakah yang terjadi?

   Kesakitan yang menjalari kakinya membuatkan pegangannya lemah. Senapang terlepas. Deen sempat merungut-rungut.

   Tiba-tiba muncul satu kelibat manusia yang sedang gelak ketawa. Mukanya ditutupi dengan sehelai kain nipis. Samar-samar kelihatan wajahnya.

   " Sakit? Terimalah balasannya..", ujar manusia itu.

' Itu suara perempuan..', gumam hati Deen.

   " Siapa kau? Lepaskan aku!! ", persoalan dan permintaan dihamburkan sekaligus.

Deen cuba meronta-ronta namun akar yang melilit kakinya makin kejap melilit. Malah, akar itu mula menjalari badannya pula.

   " Lepaskan? Tidak sama sekali! Kau patut terima hukuman yang setimpal, iaitu mati! ", nada suaranya bertukar menjadi amarah.

   " Berdosa membunuh orang ", Deen membalas pendek. Dia tidak tahu apa yang patut diungkapkan sewaktu ini.

Perempuan itu gelak deras. " Dosa? Oh, kau buru haiwan selama ini tak apa pula? Tembak membabi buta. Aku hanya ingin menyelamatkan haiwan-haiwan yang tidak berdosa! Mereka tidak patut mati begitu sahaja! Aku adalah penjaga hutan ini, tiada sesiapa yang boleh larang.. ", panjang dia berhujah.

   Deen tersedar. Entah kenapa, kali ini hanya cepat tersentuh pula. Dia tiba-tiba berasa amat bersalah atas perbuatannya memburu sesuka hati selama ini.

   Tiba-tiba akar menjeratnya dengan lebih kuat, memecahkan lamunannya. Dia mengerang kesakitan. Sukar hendak bernafas.

" Terimalah!", perempuan itu menjerit.

" Tunggu! ", suara Deen dilepaskan lantang.

" Kau buat semua ini hanya kerana ingin menjaga hutan ini? ", Deen memberanikan dirinya bertanya.

   Perempuan misteri itu merenung anak matanya tajam lalu mengangguk keras.

   " Aku tahu aku bersalah. Maafkan aku, aku janji tidak akan buat lagi semua ini.."

   " Penipu!"

   " Wahai hamba Allah..", dia ingin mengatakan 'Wahai manusia' tetapi di benaknya terfikir juga akan kemungkinan yang berdiri di hadapannya adalah makhluk halus?

   " Matlamat tidak menghalalkan cara..", sambungnya. Kelihatan seperti kalimah yang dituturkannya itu menarik perhatian perempuan itu.

   " Aku tahu kau seorang yang baik, prihatin terhadap haiwan-haiwan di sini tetapi membunuh seorang manusia itu tetap berdosa! ", sambung Deen lagi.

   Akar pokok itu tiba-tiba terlonggar dan merenggang. Dia agak terkejut, takkanlah se'drastik' itu peremuan itu tersedar?

   " Pergi! Sebelum aku berubah fikiran! ", kata perempuan itu tegas, menambahkan kejutan mendadak padanya.

Deen kehairanan. Namun dia tetap bergerak pergi dan amat bersyukur kerana diberi peluang.

   " Terima kasih..", ucap Deen perlahan dan berlalu pergi.

    Perempuan itu melihat Deen berlalu dengan lirikan matanya. Dia kembali teringatkan kisah silamnya, betapa masyarakat hanya tahu mencacinya.
    Tidak pernah berbicara lembut dengannya, tidak pernah mengatakan dirinya baik jauh sekali hendak berterima kasih padanya. Malah, dirinya dianggap sebagai hamba mereka, diperkudakan sesuka hati.

   Namun, nasibnya tidak selamanya begitu. Dia bertekad melarikan diri memandangkan dirinya hanyalah sebatang kara, dia tidak perlulah risau sangat melukakan hati ahli tersayang.

   Memandangkan dirinya juga tiada saudara mara di mana-mana , dia bertekad hendak tinggal di hutan. Sejak kecil lagi, sememangnya dia rapat dengan haiwan.

   Tetapi, lelaki ini tidak seperti masyarakat kelilingnya dahulu..

Dia berasa akan kasihan hati lelaki itu. Kali ini, dia lepaskan...

6 comments:

Anonymous said...

salam..cerpen yang ringkas dan menarik...tapi ana nak tau gak lah, apa maksud dengan 'matlamat tidak menentukan cara'. Boleh jelaskan tak..??

Ariffah9 said...

wsalam..

'matlamat tidak menghalalkan cara ke?'

mksudnya..

mtlmt prmpn tu nak jaga haiwan2 kt hutan tu dari dbunuh. Cara dia nk lindungi smua haiwan tu dgn mmbunuh pemburu.

Mmbunuh tu kan brdosa?

Mmg matlamat dia baik, nk protect animal tp dlm masa yg sama dia nk mmbunuh.

mtlmat baik, tp guna cara salah =
'matlmat tdk mnghalalkan cara'

mksudnya, dia ttap brsalah sbb mmbunuh wpun niat dia cuma nk protect animal.


faham tak?

Anonymous said...

syukran..jelas skali..dapat gak ilmu baru nie..lpas nie boleh guna ayat nie untuk nak boh kawan ana..haha..mlawak jar..

Ariffah9 said...

afwan. alhamdulillah dah faham.

apa-apa la. asal tak putuskan silaturrahim sudah..

Hamba Ilahi said...

nak komen, tapi tak tahu nak komen apa.
he.. teruskan berusaha kerana setiap amalan ada ganjarannya. =)

Ariffah9 said...

Insya'allah..

tak tahu nak komen, tak apa. lantak aje.. hehe.

Syukran ats commentnya.

Geo

free counters