Saturday, June 12, 2010

Ulasan Novel Hilal Asyraf 1


   Terasing mengisahkan perjanjian persahabatan antara dua hamba Allah iaitu Saifullah dan Zaman. Perjanjian yang telah dimaterai suatu ketika dahulu terbawa-bawa sehingga ke usia yang menginjak dewasa. Janji dahulu yang sentiasa muncul dalam mimpi seakan-akan membawa petanda.
   Saifullah benar-benar berusaha menyedarkan Zaman yang telah tergelincir dari jalan yang benar. Dia berusaha membimbing sahabatnya itu semula walaupun nyawanya dan keluarganya dalam ambang maut apabila terlibat dalam kumpulan kongsi gelap yang amat dikehendaki kerajaan Malaysia iaitu HOMURODAMA, berasal dari Jepun, negara Matahari Terbit.

   Adakah Saifullah akan berjaya menarik Zaman kembali?

    " Diproses daripada rumpun didikan yang sama namun produknya berbeza. Terasing membawa mesej, jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah. Sungguh memberi kesan! " -Fatimah Syarha-

  Padan benarlah dengan tajuk novel ini, Terasing!




   Remaja Mulia mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang bernama Irfan Hakimi. Dia mempunyai peribadi yang tinggi. Dilantik menjadi ketua pengawas, rajin, pandai, menghormati orang tua, guru dan kawan, sabar apabila diejek-ejek oleh tiga sekawan.
    Watak tiga sekawan yang amat membenci Irfan menambahkan konflik kisah ini. Erman, pelajar genius yang biadap dan berlagak pandai serta Rasyid, pelajar bermasalah yang menghisap rokok namun rapat dengan Irfan turut menambahkan seri kisah ini.

   Irfan menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa. Mulanya, ayahnya meninggal kemudian mendapat keputusan percubaan UPSR yang teruk, penjaganya pula meninggalkan, digantung sekolah pula atas tuduhan mencuri duit sumbangan yang dikutipnya.


Adakah Irfan dapat menghadapi segala cabaran ini?



   Relasi bertemakan persahabatan. Empat Paksi Kejahatan yang sentiasa mengganggu kehidupan Saifullah (watak Utama) telah meretakkan hubungan persahabatan di antara Saifullah dan Senior. 

    Mereka juga telah menimbulkan fitnah kepada Saifullah sehingga para guru asyik menyindirnya di dalam kelas. Malahan sahabat baiknya juga sehingga bertumbuk dengannya, Atiqah yang dicintai secara diam-diam pun turut marah padanya. Paling dashat, Empat Paksi Kejahatan tersebut sehingga nekad untuk membunuh!

Apakah yang menghasut fikiran mereka?

Begitu pelbagai ujian ukhuwwah yang menimpa padanya untuk menunjukkan apakah maksud 'sahabat' yang sebenarnya.. Adakah Relasi akan membawa Saifullah ke lembah 'putus asa'?

1 comment:

ainunruzana said...

assalam, buku terasing skrg dah takde jual di pasaran, jadi boleh x sekiranya sy nk pinjam? Atau kalau awak nk jual pun saya sudi nk beli.

Geo

free counters