Potensi. Ramai tertanya-tanya ,' apa jer la potensi yang ada kat aku nih? '. Terutamanya golongan remaja.
Macam kawan aku, selalu sangat , " Ana ni lemah, tak ada apa-apa kelebihan. Tak macam orang lain, semua ada kelebihan masing-masing ". Time awal-awal bila ada orang cakap camtu, memang aku pujuk la. " Allah cipta manusia tu berbeza, mesti ada kelebihan tertentu kat diri anti. Tinggal anti jeee nak usaha ke tak bawak keluar potensi yang ada tu. InsyaAllah ada aih dan bla bla bla ". Tapi bila orang yang sama dok ulang cakap benda sama sama sama dan sama, apa aku balas ? " Haishh.. ulang benda yang sama ! Nak kena luku dak? Keistimewaan ni.. semua manusia ada. Cuma ada orang tak nampak dan tak gilap lagi. Jangan lupa toreh berus sabun softener cuci tonyeh sikiit bagi nampak apa benda jeng jeng yang tersembunyi dalam diri tu amboih! Ulang lagi, nak kena ni ! ". Dia pun tersengih je la.
Tapi semua ni buatkan aku terfikir, mesti ramai lagi orang kat luar sana, yang masih terkial-kial dok pening cari kelebihan diri dan dok merungut dan mengeluh tentang diri sendiri yang terasa cam hambar je..
Bila difikirkan balik, kalau nak potensi ni menyerlah, first thing adalah kena bina karakter diri. Uish, camna tuh ? Yelah kalau dulu hidup cuma fikir pasal nak makan apa, nak pakai baju apa, nak melepak kat mana, fikir pasal artis, minat kereta apa , fikir pasal kahwin , dah tiba masa untuk ubah mindset. Apa kata cuba fikir benda berat sikit ? Jangan risau, kepala takkan jatuh aih walaupun berat. Cuba fikir pasal macam mana aku nak bantu ummah, apa lagi yang aku boleh ubah diri aku to be better as in term of Muslim dan bla bla bla. Alamak ! Kenapa, rasa tak bersedia lagi ? Come on man ! Sedangkan bagi aku bila dah cecah umur 17 tahun, bukan sweet seventeen tapi tough seventeen. Remaja , bukan masa semata-semata untuk berseronok.
Tak apa, perlahan-perlahan nak berubah pun tak apa, asalkan ada peningkatan. Jangan pulak berubah drastik, tapi tak kekal lama mana pun. Bila kita cuba untuk bina karakter diri, sambil-sambil tu kita cari potensi diri. Kalau dah nampak potensi diri, kita asah lagi, gilap lagi bagi lagi ohsem dan power. Jangan mudah nak berpuas hati :) usaha habis-habisan bagi diri ni dapat bagi yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. Acheewwah :D
Ada orang yang terer bercakap depan khalayak ramai, kalau kita tak pandai, jangan la rasa lemah sangat.
Ada orang pulak yang terer menjahit, kalau kita tak pandai, jangan la merungut (aku jeles kot orang boleh jahit baju sendiri T_T haha )
Ada orang terer bab IT, kalau kita tak pandai, jangan la rasa macam diri tu nothing.
Ada orang terer menulis, kalau kita tak pandai, relax bang banyak lagi kelebihan diri yang boleh cungkil !
Ada orang terer menyanyi, kita menyanyi ja sekali walaupun sumbang. Haha gurau k gurau.
Time tingkatan 4, kali pertama aku dilantik jadi naqibah. Memang..ya Allah , taktaulah nak jadi apa. Bayangkan lah, aku ni tak peramah, tak reti bercerita, kena pegang usrah ? Contoh, kalau setiap naqibah dapat bahan yang sama, orang lain boleh bagi talk guna bahan tu untuk handle usrah selama 30 minit, tapi aku 15 minit dah habis cerita. So sebab tu, aku sedar aku kena usaha lebih, cari bahan lebih, kena brainstorming nak buat apa bagi usrah menarik .
Bila handle usrah sebelah group usrah kawan aku, pergh dengar kawan aku tu cerita, cekang gila. Dia cerita penuh menarik, intonasi semua cukup, time tu memang aku rasa macam lemah. Tapi aku kena sedar, setakat rasa lemah tapi tak ada usaha, memang no meaning lah. Dengan tu, setiap kali sebelum usrah, aku kena cari game yang best, dan bukan setakat cerita cakap macam biasa ja, tapi buat forum kecil, dan bagi surat and anymore lah.
Ha , kelemahan kita bukan untuk kita terus down dan ada di bawah. Tapi untuk kita perbaik kelemahan kita. Dan cari benda lain yang akan boleh up-kan kita. Tak semestinya bila kita tak pandai something, that is the end of the world. Believe it kalau kita tak boleh nak buka pintu depan kita, panjat je dinding yang halang tu. Walaupun usaha kena lebih, benda tu tak akan merugikan kita. Malah, bagi kita lebih hebat dari orang lain insyaAllah :)
Ingatlah, Islam tak pernah nak sekat potensi kita. Sapa kata orang yang tak amik bidang agama, tak boleh bantu agama ? Boleh je. Takkanlah bila barat dah berjaya dalam bidang professional, kita nak dok diam ja dan kata ' Alahh.. kita kena terer dalam bidang agama je '. Islam tu syumul, islam tu kehidupan. Terer lukis ? Boleh je nak sumbang arah Islam...lukis sesuatu yang orang boleh muhasabah ke arah Islam. Terer buat game ? Boleh je nak powerkan Islam dengan game tu. Terer main skate ? Apa kata ajak orang muda yang skate tu ke arah Islam ? See ? Everything boleh kita buat ke arah Islam, tinggal diri kita nak atau tak saja.
Yeaaaahh !! Let be the best. Best among the best insyaAllah :D :D
Monday, May 5, 2014
Sunday, April 6, 2014
KAHWIN . Ape, kahwinnn ?!?
Wewit, Ariffah nak cakap pasal kawen ?
Ye, kenape . tak caye ? Haha. Bab kahwin ni bukan untuk orang yang dah kahwin saja, betoi dak ? Bak kata akhi Hilal Asyraf, pendidikan pasal rumah tangga ni kena dididik dari awal lagi, supaya orang faham erti perkahwinan yang sebenar. Supaya dapat prepare diri siap-siap , so nnti dapat la prevent dari jatuh dalam lubang buaya. Eh ?
Alhamdulillah aku bersyukur jadi adik kepada 5 kakak dan 4 abang dan anak kepada sepasang Mr.Zauj & Mrs Zaujah, so buatkan aku banyak observe pasal peri-pentingnya rumah tangga [ayat aku :3 cam pa lagi]. Haa todiaa, ada orang usya rumah tangga hampa, todia todia ! :p Aku usya gak rumahtangga dalam movie or drama. Dan, dari pembelajaran buku teks sekolah yang nampak jer cam tak penting also ceramah tazkirah kadang yang terselit pasal kahwen. Dan lagi paling penting, aku banyakkan pembacaan hasil tulisan Us. Hasrizal (SaifulIslam.Com) , Aiman Azlan, Hilal Asyraf, Us. Pahrol Juoi dan lain-lain yang aku dah lupa (spesies nyanyuk sikit). Pergh yang aku mention tu semua pemikiran diorang heibat kut Subhanallah.
Kalau dah namanya perempuan (tambah bila sekolah menengah), cakap pasai kawen ni memang takkan terlepas punya lah. Konpem ! Memang la kadang ada yang tak minat pun nak cakap pasal kawen, tapi pot pet kengkawan pasal kawen, terdengar gak la kan ? Pehtu, ter join sekali ye dok ? :p Haha, mengaku kaih ! [ Laki pun apa kurang :3 ]
Ok. Aku mula. Merapu banyak dah ni. Serious talk , kahwin ni bukan part saya-suka-awak & awak-suka-saya , then finish ! Tak. Nehi. No way. La'. tapi kahwin ni paling utama nak kena tekankan adalah TANGGUNGJAWAB. RENSPONSIBLE. AMANAH. As for me la kan, kawen is really really a BIG thing. BIG with capital B.I.G. Bukan setakat kenduri kahwin sehari. Bukan setakat bina hubungan (or in english relationship) dengan partner saja tapi dengan family partner sekali. Ado faham ?
Dahla bila dah kahwin ni, kena sharing moment together-mether with your 'soul' for the rest of life. Ulangsuara. Rest of life. Living together ... not just for a few year ! Tapi orang muda zaman sekarang (bunyi cam aku dah tua -_-') kerja target nak kahwin awal. Dah tu guna alasan ' Islam galakkan kahwin awal '. Alasan tu lah dok push kat mak ayah hampa suh bagi restu hampa kawen awal , kan kan ? Kat sini, aku bukan nak condem orang kahwin awai ..ofkos la dak. Ada ja yang kahwin awal tapi gempak best :) Tapi sebelum kerja nampak nak kahwin tu muhasabah diri dulu. AM I PREPARING ENOUGH ? yes ? Really ? Really ?!!?
Ye, kenape . tak caye ? Haha. Bab kahwin ni bukan untuk orang yang dah kahwin saja, betoi dak ? Bak kata akhi Hilal Asyraf, pendidikan pasal rumah tangga ni kena dididik dari awal lagi, supaya orang faham erti perkahwinan yang sebenar. Supaya dapat prepare diri siap-siap , so nnti dapat la prevent dari jatuh dalam lubang buaya. Eh ?
Alhamdulillah aku bersyukur jadi adik kepada 5 kakak dan 4 abang dan anak kepada sepasang Mr.Zauj & Mrs Zaujah, so buatkan aku banyak observe pasal peri-pentingnya rumah tangga [ayat aku :3 cam pa lagi]. Haa todiaa, ada orang usya rumah tangga hampa, todia todia ! :p Aku usya gak rumahtangga dalam movie or drama. Dan, dari pembelajaran buku teks sekolah yang nampak jer cam tak penting also ceramah tazkirah kadang yang terselit pasal kahwen. Dan lagi paling penting, aku banyakkan pembacaan hasil tulisan Us. Hasrizal (SaifulIslam.Com) , Aiman Azlan, Hilal Asyraf, Us. Pahrol Juoi dan lain-lain yang aku dah lupa (spesies nyanyuk sikit). Pergh yang aku mention tu semua pemikiran diorang heibat kut Subhanallah.
Kalau dah namanya perempuan (tambah bila sekolah menengah), cakap pasai kawen ni memang takkan terlepas punya lah. Konpem ! Memang la kadang ada yang tak minat pun nak cakap pasal kawen, tapi pot pet kengkawan pasal kawen, terdengar gak la kan ? Pehtu, ter join sekali ye dok ? :p Haha, mengaku kaih ! [ Laki pun apa kurang :3 ]
Ok. Aku mula. Merapu banyak dah ni. Serious talk , kahwin ni bukan part saya-suka-awak & awak-suka-saya , then finish ! Tak. Nehi. No way. La'. tapi kahwin ni paling utama nak kena tekankan adalah TANGGUNGJAWAB. RENSPONSIBLE. AMANAH. As for me la kan, kawen is really really a BIG thing. BIG with capital B.I.G. Bukan setakat kenduri kahwin sehari. Bukan setakat bina hubungan (or in english relationship) dengan partner saja tapi dengan family partner sekali. Ado faham ?
sweet :3
Dahla bila dah kahwin ni, kena sharing moment together-mether with your 'soul' for the rest of life. Ulangsuara. Rest of life. Living together ... not just for a few year ! Tapi orang muda zaman sekarang (bunyi cam aku dah tua -_-') kerja target nak kahwin awal. Dah tu guna alasan ' Islam galakkan kahwin awal '. Alasan tu lah dok push kat mak ayah hampa suh bagi restu hampa kawen awal , kan kan ? Kat sini, aku bukan nak condem orang kahwin awai ..ofkos la dak. Ada ja yang kahwin awal tapi gempak best :) Tapi sebelum kerja nampak nak kahwin tu muhasabah diri dulu. AM I PREPARING ENOUGH ? yes ? Really ? Really ?!!?
Sunday, March 9, 2014
Cerpen : " Tash. Kita Alien."
“ Tash “.
Tash yang sedang memandang kosong ke arah meja hadapan
mereka, beralih pandangan pada rakannya yang juga berada di hadapannya.
“ Hurm ? “.
“ Kau ada masalah
? “, tanya Faryna.
Tash tersengih, “ Apa kau merapu? “. Suapan nasi diteruskan.
Mereka berdua baru sahaja tamat latihan silat petang tadi.
Faryna mengerutkan dahi, “ Kau ada masalah kan? Kenapa
kau tersesat di tengah jalan raya sesak yang penuh dengan mamat rambut punk
hisap rokok ? “
Tash tersedak. “ Apa punya gaya bahasa kau pakai? Alien
.. atau robot ? Cubalah tapis sedikit. “. Tangannya mencapai straw pada gelas
yang berisi jus epal. Mengarut betul Faryna ini, sikit punya baiklah mereka
berdua tengah duduk di dalam restoran Afi Nur, dikatakan tersesat di tengah
jalan raya pula.
“ Betul apa. Kau
tu dah macam tenggelam dalam dunia sendiri, sedangkan restoran ni punyalah
bising mengalahkan pasar tapi aku tengok muka kau punyalah kosong. “, Faryna
buat muka ‘innocent’ seakan ayat yang diungkapkan tadi tiada unsur-unsur pelik
langsung.
“ Kejap. Apapun
kau punya anologi , hipotesis dan segala apapun pasal muka aku, apa kaitan
dengan mamat punk hisap rokok pulak? “, Tash mengerutkan dahi.
Faryna ketawa.
“ Apa ? Gelak
pulak budak ini. Kang aku tonyoh muka dengan sambal baru padan muka “, Tash
buat muka tidak puas hati.
“ Bukan apa,
tadi kau kerut dahi nampak macam orang tua. “, Faryna terus menyakat.
Tash menjengil mata. “ Kau ni.. kan ! Eii. “.
“ Yela yela
sayang. Nanti merajuk pulak. Bukan apa, kau kan tak suka lelaki rambut punk dan
lelaki hisap rokok. Aku nampak kau ni macam ada satu masalah besar, yang kau
tersekat dalam tu, dan penuh dengan unsur kegelapan .. aroma jahat mengelilingi
kau. “, terang Faryna dengan penuh penghayatan.
“ Faryna. “,
ucap Tash sepatah.
Faryna mengangkat kening. Apa?
“ Kita singgah
klinik kejap lepas makan. Aku rasa nak bawa kau jumpa doktor. Mengikut firasat
hati aku, kau ada penyakit sewel “.
Papp!!
“ Oii sakit la !
“, Tash merungut. Main tampar-tampar lengan pula kawan aku ini.
“ Padan muka !
Sapa suruh kata aku sewel. Kau tu yang tak reti tapis mulut.. “, Faryna
mencebik manja. Tash ketawa sahaja, Faryna ini sudah mula merajuk. Kawannya ini
memang kuat menyakat orang tapi juga kuat merajuk. Tak faham betul dia.
Tash tersenyum
kelat. Huh.. that memories. Faryna, kau sanggup tinggalkan aku kan? Kau
biarkan aku terkapai-kapai sedangkan kau berpaut pada tali yang teguh.
Dia mengeluh entah buat kali ke berapa. Headphone di sebelah
dicapai, lagu berkumandang, dipasang lagu The Fighter dengan volume
tertinggi. Tash membaringkan diri di atas padang. Mata dipejamkan.
If you fall pick yourself up off the floor (get up)
And when your bones can't take no more (c'mon)
Just remember what you're here for
Cuz I know Imma damn sure
Aku
jatuh, tapi kenapa aku tak pernah bangun sendiri?
Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter
Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter
Faryna’s
act.. yeah, do gave me scars and pains. But fighter? No I am not.
'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?
'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?
What am I
gonna do? Huh.
Tiba-tiba dia terasa headphonenya ditarik perlahan.
“ Tash ? “.
Thursday, February 20, 2014
Beza .
Aku tak
kisahla nak kata apa pun.
But what
happened recently made me want to write about Sir Azman as known as Murabbi.
Beza. That’s
it.
Tahun lepas,
aku dan dua rakan masuk bilik PK HEM. “ Assalamu’alaikum Sir.. nak tanya pasal
kos Grafik. “,tak sempat aku terang lagi, Sir terus “ Ha pi amek kerusi kat
luar. Duduk “. I just like.. what? Baru cakap sikit, Sir terus ambil serius. Ambil
kerusi suruh duduk means Sir nak bincang panjang lebar. Terharu la jugak. :’)
Lagipun Sir is super duper busy person. Tidur pun kadang 2 jam ja.
Sembang-sembang
pasal Grafik dan bla bla bla.
Lastly, Sir bagi dua pilihan kat aku. “ Pertama.
ARAS TINGGI. Kalau kamu sekadar minat grafik, ambil kursus pendek grafik. Pi
Mesir ambil Syariah “. Aku? Alamak tamau pi Mesir walaupun aku minat Syaria’h.
Wuhh best o Syariah ;D
“ Kedua.
Kalau kamu betul-betul serius dengan Grafik, then go for it. But, camne nak
kata ya.. ha, whether GO BIG or GO HOME “, then Sir gelak. “ Jangan pulak nanti
berapa tahun akan datang, saya pi Sungai Petani tengok kamu kerja kat syarikat
kecik. Design benda simple-simple ja “. Sir gelak kat aku lagi. Cess -_-“ Sir
ni suka gelak kat orang. Haha.
Aku geleng,
nope, I’m taking this graphic thing seriously. Ada plan long term punya,
insyaAllah. Panjang lebar jugak Sir terang kat aku :D Bagi nasihat, sokongan
apa semua. “ Biar kamu ambil kos ni, nanti bina syarikat sendiri. Serius dalam
design dan hasilkan something untuk ummah “.
“ Saya time kat
university dulu kalau tak amik psychology, memang saya nak amek Graphic Design.
Tapi keadaan masa tu perlukan saya study psychology. Tapi saya tetap belajar
kursus pendek Grafik. Sebab saya memang suka kreatif. “- Yep Sir is the one who
is creative.
Then, malam Ramadhan, aku dapat sms dari
Sir. Lebih kurang bunyi camnila “ Lepas terawih, Ali (bukan nama sebenar) akan
buat briefing tentang Grafik Design. Ajak 3 orang rakan teman kamu “. I just
like… whaaaa. Excited + Terharu ! Siyes. Tak sangka Sir betul-betul ambil benda
ni serius, siap panggil ex-senior putra yang ambil kos Grafik suruh buat
penerangan. Unexpected. So malam tu pergi asrama dengan penuh excited campuq
nervous. Wuu sapa tak excited nak dengar pasal kos yang diminati, yang sebelum
ni tatau nak tanya sapa -_-“ Oh yes ! Sir ada sekali time briefing tu. Mujuq. Walaupun
aku segan dan senyap ja awal-awal tu time briefing, last kali time tanya
soalan. Ha amek ! Aku tanya banyak kot soalan. Lantaklah segan malu letak tepi
dulu, yang penting masa hadapan ! Haha cam over. K.
Beza
sangat. Beza dengan mereka. Cara Sir sangat meraikan walaupun aku ni sapa
sajala Sir nak layan. They? Like..pushing me into their opinion.
Dan, there is
a time. Time aku ada konflik dalam diri. Aku serabut gila, rasa macam nak
meletup pun ada. Haha macam dashat jerh. Bila aku face on something yang very
hard for the teenager to bear alone. No one knew about this, except Sir. Apa
yang Sir tulis kat aku semuanya, sekelip mata put my heart in calm. He wrote at
the ending “ To be a good listener doesn’t mean you are going to be a blind
follower. A good listener will always understand, analyze, conclude and lastly
decide.”.
They? They
are the one who push me to agree with their stand even I don’t want to.
Understanding.
Meraikan. Beza.
Saturday, February 8, 2014
To be strong , Nak jadi KUAT woi !
“ Ariffah ! Update la blog. Nak baca tulisan dari hati Ariffah. Tak update nanti, ana bagi penumbuk satu maaa.. “, kata Najah kat aku. Keke aku bohong ja ayat last penumbuk tu. Kawan aku ni mana la nak bagi penumbuk kat orang (aku lain laa .. eh?).
So sebabkan my friend who I called her ‘cute
panic girl’ (sebab dia suka gelabah tapi comel).. Melalut je aku (-_-“) selalu
tanya banyak soalan kat aku camna nak jaga hati, nak jadi kuat macam tiger(?), patut
tak buat macam ni macam tu. And that is why I decided to write about ‘Kekuatan’.
Ni berdasarkan pendapat sendiri. No offence ~
Tegurlah kalau ada silap di mana-mana. ;D
SURVEY DEFINISI ‘ORANG YANG KUAT DARI
SEGI EMOSI’
Kali pertama aku buat survey untuk update blog haha. Dah maju kot! :p … Aku
sms tanya kat rakan-rakan dan cikgu. (:
“ Bila
musibah datang, even kematian orang tersayang, dia mampu bertahan, senyum dan
redha. Dan semua tu tak jadi halangan untuk dia terus melalui hari-harinya
dengan normal. “-Nurina Izzati.
“ Orang yang
berupaya tahan SABARnya walau dalam any circumstances..kena ‘kata’ ka, musibah
ka, kena tuduh ka, sedih ka, MARAH ka, semua pakai SABAR as agen penguat! Even
tengah happy pun kena sabar tau.. for me sabar is everything! Peace :).”-Teacher
Shai
" Orang kuat ni dia mampu bertahan bila orang sekeliling memperlekehkan dia hanya sebab fizikal dia ataupun mental. Contoh macam orang kurang pandai, orang kurang cantik di kalangan orang cantikk. Dia mampu tahan perasaan dia ditindas akibat diskriminasi yang manusia wujudkan hanya kerana berbeza dari mereka. Manusia selalu pandang dan expect kesempurnaan daripada orang lain walhal depa taktau takdak manusia yang sempurna."- Samihah. (ayat last dia pakat loghaaat kedah :p)
“ Dia dapat
tahan marah, dia tak mudah give-up dengan apa-apa pun, dia cepat sejuk bila
termarah, dia mudah maafkan orang. Dia boleh terima bila orang tegur dia.
Banyak sangat.. ni apa yang ana tengok apa yang ada pada kawan-kawan dan orang
sekeliling. “-Haziqah
“ Orang kuat
dari segi emosi tu, sedih dia perit dia, dia tanggung sorang-sorang ..tak luah
kat orang len kot? Depan orang elok ja tapi di sebalik muka dia tu tersimpan
kedukaan, keperitan yang tak tertanggung. “-Khairun Najah.
“ Hmm..maybe
orang tu pandai menyembunyikan perasaan..kalau dia sedih or ada masalah orang
len tak nampak sangat laa. Orang macam tu payah sikit nak cari. Yang hanya akan
marah pada orang yang bersalah pada waktu yang sangat sesuaii, dan emosi tu
takkan terbawak-bawak kepada orang lain. Kira tak kena tempias laa sebab emosi ni
payah nak jaga, dia mungkin ada kaitan dengan ego jugak laa “.-Farzana.
“ Bila
seseorang masih mampu untuk berfikiran matang dan stabil mahupun dia tengah
dilanda ujian yang maha besar. Dia takkan ambil keputusan sambil lewa dan dia
takkan ikut nafsu dalam membuat keputusan. Orang yang kuat emosi dia akan
menghadapi sesuatu dengan tenang dan Allah akan selalu ada dalam setiap neraca
keputusan dia. “-Rubiatul.
“ Dia banyak
bersabar dan mampu mengawal minda dia apabila marah. Then sentiasa memohon pada
Allah supaya emosi dia sentiasa terjaga. Pointnya seorang yang banyak bersabar
sebab sabar ni kadang-kadang boleh kata di mulut tetapi tidak pada perbuatan
hehe. “- Fathiah.
“ Bagi aku,
orang yang kuat tu orang yang sabar, tahan nafsu amarah dan lain-lain la. Dan
tak semestinya kuat tu dari segi zahir ja, batin kena jugak. Orang yang kuat
jugak thabat dalam ‘track’ yang betul. “- Hidayah.
“ Orang yang
kuat tu.. extremely sabar ketika extremely marah atau sedih. Ni definisi aku
berdasarkan pengalaman. “.-Nabilah.
“ Bagi aku orang
yang kuat ni boleh tahan rasa marah. Boleh pendam rasa marah dan sedih tu
kemudian dia luahkan semua kat Allah. Rasa yang paling kita susah nak control
tu rasa marah la. Sebab time tu rasa macam nak meletup. Jadi sesiapa yang
pandai kawal, dia memang hebat “.-Mirza.
BAGI DIRI AKU, ORANG YANG KUAT TU
ADALAH..
Aku ni jenis suka observe orang. Bukan style
usya tu, tapi perhati orang tu bila jadi macam ni, apa tindakan yang dia akan
ambil. Cara hidup, camna dia interaksi dengan orang lain dan lain-lain la.
Sesetengah orang bila hadapi masalah, dia akan menangis. Jadi apa-apa, dia akan
menangis dulu dan lepas tu baru dia fikir apa nak buat. Certain people pulak
jenis akan lari dari masalah, ada yang pendam semua masalah dan cover dengan
senyuman dan keceriaan dia sampai orang lain tak sedar langsung dia ada
masalah, even masalah besar. Ada pulak yang jenis ada masalah terus muhasabah
dan fikir apa dan macam mana nak settle kan masalah. Jenis yang mengadu dan
cerita semua masalah kat orang pun ada. Ada yang jenis stay cool ja, yo brader
whats up!
Erk ?
Anyway, that’s
people. Banyak ragam. Tak kisahla kan ? Yang penting, tanya diri kita .. apa
yang aku buat bila aku ditimpa masalah?
Bagi aku laa.. orang yang kuat ni bila dia
dapat diuji, dia tak akan mudah give-up dan tak akan lari dari masalah. Pertama
sekali, dia akan bersangka baik dengan Allah,redha dan bersyukur sebab Allah
bagi ujian kat dia.. Bersyukur? Yes, sebab dengan ujian yang dia terima tu lah
akan buatkan dia lebih kuat. Aku sendiri perhati orang yang dapat banyak ujian
ni lagi kuat hati dia nak banding dengan orang yang sentiasa senang dalam
hidup. Dan, orang yang kuat ni dia akan muhasabah.. ‘ Mungkin aku ada buat dosa..sehingga aku diuji macam ni ‘.
Bila dia dapat masalah, dia tak akan
susahkan orang lain untuk tolong dia melainkan terdesak. Bila diuji dengan
benda besar, dia akan minta pertolongan Murabbi dan tak buat ‘stupid thing’ . Orang yang kuat ni even
diuji dan diuji, dia dapat ‘fake’kan
smile dia macam nothing happened. Dia
akan ambil masalah tu sebagai batu loncatan untuk dia lebih matang dan kuat
dalam harungi hidup yang sememangnya lumrah akan diuji. Dia akan sentiasa berhusnuzzon, bukan senang nak husnuzzon tau ! Dan, orang kuat tidak akan sesekali memandang hina orang yang lemah :D
najah bagi gambaq ni kat aku hehe
Orang kuat jugak bila kena something yang unfair (tak adil) terhadap diri dia, dia
akan bangun dan perbetulkan apa yang terjadi. Dia juga lebih rela dirinya terluka
dari keluarga atau rakan dia terluka, dia akan amalkan sikap ‘Ithar’. Ithar
adalah peringkat tertinggi dalam ukhwah iaitu sentiasa bersangka baik dan
melebihkan rakannya terlebih dulu dari diri sendiri. Orang kuat ni bila sampai
masa nak maafkan orang, walaupun susah dia akan cuba jugak untuk memaafkan
secara perlahan-lahan. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W pemurah dengan kemaafan (;
Dan yeah.. macam Hidayah kata. Orang yang kuat
bila dia mampu thabat (kekal) atas ‘track’
yang betul. Walaupun orang tu kena uji macam-macam dengan permainan dunia ni,
lastly dia tetap mampu berdiri teguh walaupun beberapa kali tergoncang jugak
diri tu. Shake oo shake o yeah. Macam
air shake la kan? Chocolate shake, Banana Choc shake, Coppucino shake, Oreo
shake.. Bila kena goncang shake-shake,
lepas tu jadi super sedap dari
sebelumnya. Macam tu lah hidup kita, kena goncang dulu dengan beberapa ujian,
baru lah boleh betterkan diri.
CARA NAK KUAT ?
Tapi.. kena ingat kita, rakan-rakan kita,
jiran sebelah depan belakang atas bawah, mak ayah, abang kak adik, pakcik kayuh
basikal pi masjid, makcik jual roti canai, kak jual top-up, bro repair moto, adik
kita yang menangis kena paksa berenang tengah-tengah laut, semuaaaa kita adalah
manusia.
Nama pun
manusia. Ada masa kita jatuh. Tapi bila jatuh tu la masa untuk kita bangkit
semula. Macam kata-kata yang aku pernah tulis kat buku Fathiah time Form 5
dulu.. ‘ Merasakan lemah, bukan titik
penamat kita tapi titik untuk kita take a new breath, muhasabah dan bangkit
dengan lebih super power ! Sebab? Sebab muslim tu ohsem :D’.
Kadang bila
jatuh tu la masa untuk berubah dengan lebih baik. Sebab bila pernah merasa saat
‘jatuh’ tu, bila kita bangun kita akan rasa ‘aku dah takmau jatuh macam tu’..
dengan tu kita akan lebih strive to be
better.
But
the question is.. macam mana nak jadi kuat, atau macam mana nak kekalkan
kekuatan tu?
Kalau anda tengah baca entri ni malam-malam,
pi tidur dan bangun buat tahajud ! Go go
! :D Hehe, the point is, banyak-banyaklah
bersujud pada Allah. Mengadu, menangis, berharap, bertawakkal semuanya pada
Allah. Bila kita serahkan hati pada Allah, insyaAllah Allah akan kuatkan hati
kita. Beristighfar lah banyak-banyak [ pesanan
untuk diri aku jugak! Haish istighfar lah selalu.. malas sangat..hamboihh! ].
Dengan istighfar tu lah, hati akan lebih bersih dan memudahkan urusan kita di
dunia ini.
Banyak-banyak
kan buat solat hajat agar Allah kuatkan diri. Dan juga jangan doa untuk diri
sendiri saja, doa lah untuk orang lain sama (: Bukankah lebih indah begitu? Sweet
gitu. ;D
Dan pesanan Murabbi yang paling aku ingat
adalah amalkan Ma’thurat pagi petang setiap hari. Jangan tinggal! (kena katuk diri sendiri nii sebab dok
struggle lagi nak istiqamah baca Ma’thurat huhu kadang dok tinggal -_-‘). Macam mana nak kekal kuat? Letakkan
segala pengharapan pada Allah dan berjinak-jinak lah dengan tarbiyah.
InsyaAllah tarbiyah lah yang akan kuatkan diri kita.
Biarlah
walaupun kita rasa diri kita ni kena struggle dari orang lain untuk hadapi permainan
dunia, it is better than rasa ‘syok’ dan terangkat dengan permainan dunia.
Aku sendiri kadang (bukan kadang tapi selalu.. huhu) rasa nak tumbuk beg pasir tu
lepas geram. Haish! Kita semua manusia ada weakpoint
(titik kelemahan) tersendiri tapi tu tak bermakna untuk give-up, time tu la untuk kita contohi orang yang lebih kuat, dan
semestinya mencontohi Rasulullah S.A.W. Ye kan? Smile (:
Bukan mudah
untuk menjadi kuat. Normal la kan. Bukan mudah nak bina fizikal mantap, bukan
nak mudah nak jadi pemimpin. So, nak jadi kuat pun is not an easy thing la. Nak
dapat something yang ‘wow’ kena la sedia berkorban . That’s it ! Berkorban.
Najah kata kat aku .. ' Anti macam metal. Walaupun hujan renyai sekalipun hujan lebat, anti tetap tahan dari karat '. Haha like like. Entah paperrr like -_-'
[ Sesungguhnya
aku takut nak hadapi dunia luar. ~Wuu. ]
[Juga,
sesungguhnya aku tak kuat dan sedang berusaha ke arah kekuatan.]
-Dan ya, orang yang kuat tu , bila dia
mampu untuk tahajud setiap hari ! Tu baru ohsem (; - Ariffah9
Subscribe to:
Posts (Atom)

