Cerpen ini ana reka , dapat semangat daripada cerpen Faisal Tehrani yang bertajuk 'Talang'.
Mungkin sukar nak jumpa remaja minat novel beliau disebabkan bahasanya agak tinggi tapi menurut Faisal Tehrani, beliau mahu pembacanya mendapat ilmu yang baru , sama ada dari segi bahasa atau pengisianya malah suka mencabar pembacanya. Owh, saya suka bab mencabar-mencabar ni!
Novel Faisal Tehrani cukup bagus, pembaca akan dapat melihat ilmu beliau sungguh tinggi serta faham bahawa sebelum menulis novel, beliau akan membuat research@penyelidikan terlebih dahulu agar fakta yang 'disuap' kepada pembaca tidak salah.
He is the one of my favourite writers!
“ Ibu, kakak nak keluar main boleh? “, pinta Hidayah,mukanya menagih simpati.
Ibu menggeleng, mukanya mencerut. Rimas dia dengan permintaan anak perempuannya itu yang macam-macam.
Hidayah mencebik. Lagi-lagi permintaannya ditolak. Kalau adik lelakinya itu semua boleh. Geram betul dia.
Terdengar pintu berkerut dari arah ruang tamu. Adiknya sudah balik.
“ Faiz. Kau ke mana tadi? “.
Seraya tersengih-sengih, Faiz menjawab perlahan; “Adik main-main dengan Yunus”
“ Yunus, anak Si Kalthum itu? “, muka ibu sudah menunjukkan reaksi tidak senang.
Faiz mengangguk laju. Ibu berhenti daripada kerja yang dilakukannya. Dia membongkok badan, mengusap-usap kepala anak lelakinya itu, dengan penuh lemah lembut dia menasihati ; “Sayang, nanti jangan main dengan Yunus lagi ya. Ibu tak suka “.
Faiz buat muka hairan. Kenapa?
“ Ibu tak suka, janganlah main lagi dengan dia ya.” Faiz mendengus. “Tak mahu! Tak mahu! Adik nak juga main dengan Yunus! “, Faiz membentak-bentak.
“ Kalau adik dengar cakap ibu, nanti setiap hari adik dapat gula-gula ya! “, Ibu masih terus memujuk dengan lembut.
Muka Faiz berubah, dia kembali tersenyum. “ Yeye, ibu janji tau! “. Ibu tersenyum manis, mengangguk.
Dayah yang sedari tadi diam mula bersuara “Nak juga gula-gula!”. Ibu berpaling dengan wajah serius. “ Kakak tak payah, menyibuk!”, sergah ibunya.
Dayah berlari ke luar rumah, mendapatkan buaian di luar. Dia geram. Hatinya sakit. Asyik-asyik adik lelakinya dilebihkan. Dia mencebik.
Senyuman mula menghiasi bibir Dayah apabila mendapati gerangan abahnya di kerusi bawah pokok rambutan yang rendang, sedang membelek surat khabar. Dia tidak jadi menuju ke buaian.
Dia segera duduk bersebelahan ayahnya lalu sandarkan tubuhnya ke atas bahu abahnya.
Faiz di serambi rumah menjerit “Kakak manja!”. Dayah menjelir lidah, malas melayan adik lelakinya itu.
“ Abah, tengok ibu tu. Faiz semua boleh. Ibu kalau dengan kakak,semuanya kasar. “, Dayah mula mengadu suara hatinya yang sakit.
Sambil membetulkan cermin matanya, abah menepuk-nepuk kain pelikatnya yang lusuh. Menyuruh anak perempuannya yang berumur 7 tahun itu duduk atas ribanya. Dayah hanya menurut.
Abah meletakkan surat khabar di sebelah kemudian dia membelai rambut anaknya yang berserabut. Dayah senang dengan perlakuan abahnya itu namun hatinya belum puas lagi. Abah tidak membalas katanya lagi.
“ Abah! Tengok la ibu tu, asyik menangkan adik saja! “, Dayah menggoncang-goncangkan tangan abahnya, meminta respon.
Abah tersenyum. Dia masih terus membelai rambut anak perempuannya itu. “Abah! Jangan la diam saja”, Dayah memprotes dengan nada perlahan.
Lambat-lambat abahnya bersuara; “Kakak kan dah besar, bagi la can kat adik pula”.
Dayah mencebik lagi. Dia terus mengadu, tidak peduli nasihat abahnya.
“ Tadi kan, ibu janji nak bagi gula-gula setiap hari.”, matanya bersinar, kelihatan bersemangat.
Namun, perlahan-perlahan semangatnya memudar ; “Tapi, ibu kata untuk adik saja. Bila kakak minta, terus ibu kata kakak menyibuk..”.
“ Nanti abah belikan kakak sebiji epal ya. Janganlah monyok lagi, tak comel la anak abah macam ni “, lantas pipi Dayah dicubit. Dayah menyeringai senang.
Abah menepuk bahu Dayah “Sudah, jangan sedih lagi. Esok abah beli epal!”.
Dayah mengangguk keriangan, dia tersengih hingga menampakkan gusi.
*****
Hati ibu panas. Budak ini!! Dia memiat telinga Dayah.
Dayah mengaduh sakit. Apa ini?
“ Kenapa tak kemas buku balik? Berterabur tu, buat berceramuk saja! “, marah ibu.
“Bukan kakak yang buat! Tadi, kakak nampak adik yang kacau buku semua tu! “, Dayah pantas membela diri.
“ Alasan-alasan! Kakak tu dah besar! Pergi kemas cepat!”.
Ibu mencubit pinggangnya dan memulas telinganya pula. Dayah mengerang sakit. Berbisa betul tangan ibunya!
“ Abah, tolong kakak! Tengok ibu ni..”, Dayah memohon pertolongan abahnya ketika melihat gerangan abahnya itu baru masuk ke dalam rumah.
Abahnya berpaling. “Sudahla Limah. Kesian kakak tu..”, lembut suara abah.
Ibunya pura-pura tidak dengar. Dia mencubit perut Dayah pula.
Abahnya berusaha memujuk ibunya, namun percakapan abahnya tetap sahaja lemah lembut.
“ Sudah! Pergi kemas, kalau tidak ibu denda lagi!”.
Dayah menangis. Apa salahnya? Kenapa ibu begitu membenci dirinya?
Ah, Abah terlalu lembut. Baik sangat sampai tak mampu nak halang ibu!
Sambil teresak-esak, dia mengemas juga buku yang berselerak agar tidak didenda lagi. Adik lelakinya yang baru bangun dari tidur, dipandangnya benci. Perasaan meluat membuak-buak.
Disebabkan perasaan geram yang memuncak,dia mendekati adiknya lalu mencubit perutnya sekuat hati. Adiknya mula menangis. Dayah puas.
Tangisan adiknya menarik perhatian ibunya. Ibu menghampiri dengan muka merah.
Ah, dia pasti kena lagi!
*****
Dayah mogok makan. Dia merajuk.
Ibu menjuih bibir. Mengada-ngada! Nanti mesti buka periuk juga bila dah lapar..
Selesai abah makan, dia menarik tangan Dayah ke serambi rumah. Dayah berjalan malas.
“ Sayang, makan nasi ya? Kalau sayang makan, esok abah pasti beli epal yang abah janji semalam! “.
Dayah menggeleng,mukanya masam mencuka.
“ Nanti abah beli dua biji epal ya kalau kakak makan nasi!”, tawaran abah menggiurkan Dayah namun disebabkan hatinya masih terjerut, dia menolak.
Masih dengan rajuknya.
Abah menggeleng-geleng. Degil juga anak perempuannya ini.
“ Sayang, zaman quraisy dulu kan. Anak perempuan ditanam hidup-hidup tau! Kakak kira bersyukurlah dapat hidup bebas lagi..”, abahnya berusaha memujuk. Kali ini dengan kisah dahulu pula.
Sayangnya, Dayah tidak mengerti semua itu. Dia cuma kepingin melihat senyuman ibunya yang lembut untuknya. Belaian dan usapan seorang ibu kepadanya yang sering adiknya terima.
Sejak dia berumur 2 tahun lagi, dia dilayan sebegini rupa.
Air mata Dayah menitik perlahan-lahan. Menitik dan menitik lagi..
*****
“ Ibu! Abah! “, jerit Faiz cemas.
Tadi, dia saja mengacau kakaknya yang dianggap sedang tidur. Bila diusik-usik namun kakaknya itu hanya membeku.
Dia mula cemas. Biasanya kakaknya pasti bangun dan memarahi dirinya lantas sambung tidur kembali.Kemudian, dia kacau lagi dan perkara sama akan berulang.
“Abah! Ibu! “.
Abah datang terkocoh-terkocoh. “Ya, ada apa adik? Sampai panggil dua kali..Abah baru habis mandi. Kenapanya? “
Ibu pula tiba sambil menggosok-gosok mata ; “Adik, apa ini sudah kecoh-kecoh pagi ini?”.
Faiz menunjuk kakaknya. Ibunya menjegil mata “Kakak buat masalah lagi?”
Cepat-cepat Faiz menggeleng-geleng. “Kakak tak gerak-gerak dari tadi”.
Tanpa membuang masa, Abah menggerak-gerakkan badan Dayah. Dayah tetap kaku.
Lantas abah memeriksa badan Dayah.
“ Dayah pengsan!”, suara Abah antara kedengaran dan tidak.
Mata ibu membulat. Tidak percaya.
*****
“ Abah, kenapa kakak ada kat sini?”, Dayah baru tersedar , bertanya lemah. Dia tahu ini hospital, kenapa dia di sini?
Ibu disebelah abah tersedar dari tidurnya. Ibu kepenatan membaca Yasin sehingga tertidur.
Abah tersenyum sahaja. Senyumannya masih lembut, cuma serinya seakan hilang.
“ Sayang dah sedar?”, ibu bersuara lembut.
Dayah menggosok-gosok matanya. Seakan tidak percaya ibunya memanggil dirinya begitu.
Dia melihat sekeliling dan arah mata ibunya, betullah ibunya memanggil dia, bukan orang lain!
Abah di sebelah memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah, isterinya sudah berubah.
Sejak tadi, ibu kelihatan cemas. Bersungguh-sungguh membaca Yasin di samping Dayah.
“ Ya Allah, Kau kekalkanlah perasaan sayang isteriku terhadap kedua-dua anak kami. Ya Rahim, janganlah Kau beratkan anak perempuanku dengan penyakit gastrik dan penyakit stress pada jiwanya. Sesungguhnya, hanya kepada Kau tempat aku memohon pertolongan “, lirih abahnya berdoa.
Pada mulanya mereka seakan tidak percaya dengan penyakit stress yang dihidapi Dayah. Tak mungkin kecil-kecil lagi sudah peroleh penyakit sebegitu. Namun, siapa tahu perancangan Allah Azza Wa Jalla?
p/s: tak pernah terfikir nak buat cerpen macam ni, selalunya tak berapa minat kisah sebegini tapi sekali-sekala perlu selami juga cerpen sebegini kan?
1 comment:
bestke?bolehle.hehehehehehehe.....from syadi kingkong
Post a Comment