Kekadang, kita terlebih utamakan bilangan dari kualiti.
Sila lihat contoh, fahamkan.
Keadaan 1 :
Ahmad bangun pukul 4.30 pagi. Selesai mengambil wudhu', dia mula menunaikan solat-solat sunat. Targetnya sebanyak 20 kali solat sunat. Semakin lama, kantuknya (mengantuk) makin memuncak...
Namun disebabkan hendak selesaikan targetnya, dia tetap meneruskan solat dalam keadaan mengantuk, tergesa-gesa, malas, sekadar ruku' sujud begitu sahaja. Solatnya sekadar fizikal. Hatinya tidak terlekat di dalam solat.
Keadaan 2 :
Selesai berwudhu', Ali beristighfar dan mula menunaikan solat sunat. Pertama sekali, solat tahajjud. Bacaan solatnya dipastikan tajwidnya sempurna. Al-fatihah dihayati makna. Ali merintih memohon pada Ilahi dengan penuh perasaan hina pada sujud akhir rakaat. Kemudian, dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri serta merasakan dirinya dilumuri dosa, dia bangun menunaikan solat taubat pula. Setiap pergerakan solat dilakukan pernuh berhati-hati. Mutiara mata menemaninya.
Selesai solat taubat, dia bersolat syukur pula. Saat itu, dia terasa betapa beruntungnya atas nikmat-nikmat yag diberikan oleh Allah S.W.T. Akhirnya, dengan rasa tawadhu', Ali pun berdoa' ke hadrat Ilahi, memohon ampunan atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta kaum muslimin sekalian.
Wahai anda, situasi manakah lebih baik bagi kamu?
Fikir, fikir, dan fikir. Think twice!
p/s: kalau ber'kualiti', dan 'kuantiti' pun mantap, lagi baguslah!
No comments:
Post a Comment