Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan, cinta buatmu!

   Ramadhan, kau pencetus ketenangan buatku!

Rasa sakit di sekolah, cubaku ubati. Alhamdulillah sewaktu pulang, hati ini beransur tenang. Namun, kondisi di rumah kembali membuat diri ini bergetar. Ah, sakit!

    Sewaktu petang, rasanya mahu kurehatkan diri daripada menjenguk buku sahaja. Ku capai selipar dan mula berjalan mengelilingi rumah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

   Oh, benarlah Allah itu Maha Hebat.



    Hanya dengan bersama alam sekitar, pokok yang menghijau, buah langsat yang sudah jatuh ke tanah, buah jambu yang ranum dan muda, terung belanda yang bulat, sekolompok betik hijau muda, bunga mawar yang harum, anak ikan keli yang cergas berenang, ayam yang tak jemu mematuk-matuk, itikputih dan hitam kehijauan, belimbing besi yang masam, lengkuas kemerahan kecil, kucing yang merenung sayu..oh semuanya menenangkan perasaan yang berdolak-dalik!

   Ubatku selama ini tidak pernah mengecewakan..

Sungguh, hanya melihat langit yang membiru, alam kehijauan, haiwan lincah, sudah cukup membuatkan gelora perasaan mendamai. Tambahan lagi sewaktu berada di dalam kereta malam-malam, sungguh minat untuk menjenguk bulan di langit.. Alhamdulillah!

  Namun rugi sahaja jika hanya melihat begitu sahaja, sudah pasti perlu menyelitkan rasa kekaguman atas ciptaan Allah. Barulah hati akan beransur damai..pahala pun dapat..tak begitu?

Ramadhan ini juga membuat hati-hati menjadi tenang!


Moga Ramadhan yang sudah berlabuh ini menguatkan kembali rohani kita dan makin dekat dengan Pencipta kita, Allah Azza Wa Jalla.

   Ah, tidak sabar rasanya hendak bangun awal pagi, menghirup udara fajar yang segar!

No comments:

Geo

free counters