Friday, August 6, 2010

CERPEN: True Hold

Ha, cerpen menjengah juga akhirnya di dalam blog ni!
   Cerpen ni ana buat sewaktu sesi latihan menulis cerpen dalam bengkel penulisan. 

Sudi-sudilah kritik..

So, enjoy!

pic by siren 2k4 on deviantART

   Pedang dihunus ke arah langit, simbolik bagi kemenangan pihaknya. Pedang itu berkilau, kesan dari cahaya matahari yang memancar terik, terasa kulit seakan disambar api. Suasana medan peperangan di ‘gurun maut’ itu tambah memeritkan lagi insan-insan yang berada di sekitar itu. Mayat dan darah sudah simfoni dengan tempat itu.

   Namun, Panglima Hourvard sudah lali. Dia menyeringai puas, mencerunkan matanya ke arah sekitar.
    “ Bully Joe, we win again! Hahaa..”, berdekah-dekah ketawanya. Bangga menyelinap ke seluruh perasaan apabila kemenangan sudah berada di dalam genggaman. Rakannya, Bully Joe tetap berwajah kelat, lagaknya serius sepanjang masa. Tidak pernah tersenyum.

* * * * *

   Faisal mengetap bibir dari jauh. Hatinya sakit, seolah-olah dicucuk dengan duri-duri tajam. Pedih!! Kenapa begini?
    “ Syeikh Fahmi, kenapa kau meninggalkan kami semua? Kini, pihak Islam tidak akan menang lagi tanpa kamu, wahai ‘pendekar berbisa’..”, hatinya bermonolog.

Jiwanya gundah, tidak yakin lagi kemenangan akan menjadi milik tentera Islam. Faisal termenung panjang, menyesali akan syahidnya rakannya yang selama ini dianggap menjadi pencetus kepada kemenangan pihak Islam.

   Tiba-tiba bahunya ditepuk..” Hai manusia, apa yang sedang kamu menungkan?”.
Pendekar Helmi mengambil tempat di sebelahnya.

   “ Fahmi..” terlontar satu bibit nama dari bibirnya. Pendekar Helmi tersengih, dia faham apa masalah yang dihadapi Faisal.

    “ Kau salah, Faisal”, kalimah pendek itu membuatkan kening Faisal terangkat. Apa salahnya, tetiba je?

   “ Aku pergi dulu..”, Pendekar Helmi bergerak pergi, ingin melihat para tenteranya yang tercedera.

   “ Wei, apa salah aku sehh?!! “, jerit Faisal. Namun Pendekar Helmi tetap terus melangkah, tanpa menoleh..

Faisal mengeluh. Apa salahnya?

* * * * *

Ya Allah huya Allah
We are servant ya Allah
Lailaha ilallah
Muhammadurrasulullah

Nasyid yang didendangkan seorang remaja yang berusia 15 tahun menarik perhatian Faisal. Hatinya terhibur dengan kelunakan suara remaja tersebut.

Let Allah be your guiding right
We got conscious day and night
You will be precious in his sight
If you follow his guiding light

   Makna nasyid tersebut menjengah pemikirannya. Dia faham maknanya tetapi akalnya belum menyedari ada maksud yang mendalam di sebalik nasyid tersebut.

Allah..
You created everything
We belong to you
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank you
Alhamdulillah..Alhamdulillah

   Suara garau pula menggantikan pendengarannya. Garau ya, tetapi tetap merdu.
Dia berpaling..Oh,Pendekar Helmi rupanya.

   “ Kau faham makna nasyid ‘Servant’ budak tu nyanyi dan nasyid Maher Zain aku nyanyi tadi? “, soal Pendekar Helmi selepas memberi salam.
Faisal  mengangguk.

   “ Kau sedar tak apa salah kau?”, soalannya dibalas dengan gelengan Faisal.
   “ Cuba kau hayati maksud nasyid tadi..hayati dan fahami, bukan sekadar fahami! “, saran Pendekar Helmi.

Faisal mengerut wajah. Apa kaitan nasyid tadi dengan kesalahannya?
Namun, dia menurut jua. Terngiang-ngiang kembali kedua-dua nasyid tadi.

    “ Dan kau akan faham bila kaitkan nasyid dengan kekalahan peperangan kita.. “.

Masa berlalu beberapa minit..

Suasana sepi memberi ruang kepada Faisal untuk lebih menghayati nasyid sebentar tadi. Angin panas menderu perlahan, menyapa wajah-wajah mereka.

   Faisal tetiba memeluk Pendekar Helmi. “ Arigato’ ya sadiqati!”, ucapnya penuh terharu.
“ Ana afham, afham! “.

   Pendekar Helmi tersenyum lega. Faisal sudah sedar, kemenangan dan kekalahan perang bukannya bergantung kepada Syeikh Fahmi. Biarpun sahabatnya itu adalah ‘pendekar berbisa’, pendekar yang tangkas, cekap, hebat dan berkarisma. Malah, tidak pernah tewas di tangan musuh sebelum syahid. Namun, kejayaan yang disandang mereka adalah atas pertolongan dan penyayang ‘Yang Maha Esa’.

    Dia, sahabatnya, tenteranya dan semua manusia hanyalah hamba Allah…” We are servant Ya Allah “..

Faisal menangis. Selama ini, dia meletakkan pergantungannya pada pautan yang salah! Dia alpa bahawa Allah yang menetapkan kesemuanya.

* * * * *

   “ Allahhuakbar!”, wajah Faisal bercahaya, semangatnya menaik mendadak.

Malah semangatnya lebih tinggi daripada sebelumnya, semasa berjuang bersama Syeikh Fahmi.

Pendekar Helmi di sisinya tersenyum senang. ‘Alhamdulillah…’

Peperangan bermula lagi!

* * * * *

   Bully Joe berwajah masam. Panglima Hourvard menyumpah seranah tak henti-henti.

   “ Ah!! Kita tak kalah! Tak kalah! “, jeritannya di luar kotak fikiran.

Matanya sakit melihat tenteranya hanya berbelas-belas yang tersisa. Matanya bertamah sakit melihat mayat-mayat tenteranya yang bergelimpangan. Darah-darah gelap yang terpancut dari dadanya tidak diendahkan. Jiwa dalamannya lebih sakit!

* * * * *

    “ Fanzuru, manusia yang berpaut pada pergantungan yang hakiki, pasti ada ganjaran yang menanti. Biarpun memakan masa dan tenaga..”, Pendekar Helmi bersuara.

   Faisal tersengih. Dia melakukan sujud syukur di atas tanah gurun yang gersang itu. Dia terasa betapa hinanya dirinya sebagai hamba, betapa kerdilnya diri di hadapan Allah. Sungguh, kesyukuran itu adalah kemanisan bagi hamba-hamba yang bertakwa.

Syukur, Alhamdulillah!!

Inilah perasaan hamba, seorang hamba Ilahi yang sebenarnya..

* * * * *

   Syeikh Fahmi terseringai dari jauh. Dia hanya melenyapkan diri sebentar.. Ingin melihat pergantungan manusia yang sebenar.

Dirinya atau Ilahi?



   

No comments:

Geo

free counters