Monday, December 26, 2011

A Letter

My Mistakes & Love For Friends

   I do love you, friends. But, sometimes I think I'm a little selfish. Well, in some matters...

But, I can't bear to see you, my friends in sad. Or happy. Suprise huh? I mean, happy.. but in condition that Allah hate. Of course, I would like to see you happy, dear :) .


Be happy if Allah happy with you . :D

by FallingStar14 on deviantART

   If I love my friends, I would like to see her in Jannah. But, I admit sometimes I make you to do sins, huh? Sorry, 'bout that mate. I glad to see you try to be a good muslimah but i do feel annoy if you hate the other friends who being a lil bit naughty. Well, they might like to watch or talk about boys , backbiting and many more things that should'nt done by muslimah but they are not worth being haten by you or anybody. Definetely not! You can hate their act but not themselves.

   You can chill on me if you want when you're sad or angry. Just don't be too long. Not 'cause I'm busy or so, but one time I may gone. So, you must learn to be tough. [that time maybe you can seek nobody help -eherm, indeed you have Allah] :)

   And, oh.. you can count on me too even I'm busy enough. But, learn to independent. So that you can face the world bravely enough eventhough either me or your family are not around.

I just want you to remember this,
Allah always by YOUR SIDE.
Allah always be WITH YOU.

And, the thing is, you can count, chill, on Allah, whatever, whenever, wherever you want :D This is GREAT NEWS !! Yeah !


p/s : This is advice for me instead for you :p but, I do care if you give attention to these words.


I Love You, haha.. as friend :D

-Ariffah9
-6.17 pm
-The Blueprint for Success Islamic Conference
-Green Lanes Masjid, Birmingham, United Kingdom.


- i know - i know, many grammar mistakes.

Wednesday, December 21, 2011

Result : Calon PMR

Oke dah terlalu-terlalu lambat nak post benda ni ,

but just want to tell this : to candidate PMR 2011 :

Relax ! Jangan gelabah-gelabah :)

Kita dah usaha , apapun result terima sahaja .. Allah takdirkan terbaik untuk kita .

Kalau dapat cemerlang, bersyukurlah . Tak perlu nak riak . Kan ?
Kalau teruk, usaha lagi. Memang senang nak cakap kan? Tapi percayalah Allah aturkan semuanya ada hikmah. Mungkin untuk bagi time SPM nanti, dah tak main-main belajar :)

Tenang sahaja .

Saalih cakap good luck ;D

Oh ya, untuk Syauqah Wardah , jazakillah. Terharu for your word : " dan juga utk kawan aq yg paling berharga..yg kini berada di luar negara, cik ariffah shukri.. ketahuilah yg ana sangat menyayangi anti... " Sis, ana uhibbuki fillah jiddan aidhan ..

For all my friends, [ and of course for all candidate ] good luck ! Selamat mengambil result esok :D

p/s: I am waiting a call from my mother . I'm at UK, so instead my mother yang tolong ambilkan result PMR  :D

Sunday, December 18, 2011

Renovate Blog !


anak saudara . Jamaican + Melayu
( pss..tengok rambut dia )

Sunday, November 20, 2011

Kecewa dengan .

Maafkan aku. Tetapi aku kecewa, dari dalam lubuk hati.

Dia mempertekankan dan membicarakan hal tentang Bid'ah , tetapi tidak mengutamakan solat awal waktu ...

I am disappointed too . ( yeah, 'too' has meaning as well )

Thursday, November 3, 2011

DIARI: Serangan Teknologi !

Handphone yang dijadikan telefon rumah berdering. Saya angkat, mata sempat melihat skrin, beberapa angka tertera.


   " Ini Sakinah ya? "  Saya menafikan. Sakinah mana pula? Saya tidak kenal sesiapa nama Sakinah...


   " Oh, jadi awaklah yang curi telefon Sakinah ya? ".  Ya Allah, saya tak ambil telefon sesiapa. Handphone ini mak saya bagi untuk telefon rumah.


Dia ketawa. Seakan memperlekehkan saya, kerana handphone pemberian mak.


   " Awak bagilah balik telefon Sakinah. Kesian dia, dia miskin ". Ya Allah, jangan main tuduh. Sakinah pun saya tak kenal.






   " Saya di Shah Alam. Awak di mana ni? ". Saya di Yan, Kedah.

   " Tak pernah dengar pun nama Yan. Ini mesti kampung, tak famous ". (Astaghfirullah. Rasa geram juga.)  Eh, ramai orang datang. Siap ada air terjun, Titi Hayun.


   " Saya tak main lah sungai, saya mandi Swimming Pool ". Suka hatilah. (Malas saya bertekak)


   " Eh, awak ada abang tak? Nak kenal boleh? ". Tak boleh.


   " Kenapa? ". Islam tak bagi. ( huhu, pesimisnya saya jawab, sebab saya tengah geram )


   " Saya  bukannya nak mengurat pun. Nak kenal-kenal saja ". Kenal-kenal sikit pun, akan bawa ke arah bahaya yang lebih besar. Benda yang kecil dan remeh-temeh lah akan bawa kepada kemungkaran yang lebih besar. ( free-free dia kena tazkirah se-das, huhu )


   Tersekat-sekat, saya tak dengar dia cakap apa.


Ulasan Ringkas : Kilauan Emas

   Ya, mungkin agak terlambat untuk mengulas tentang isu ini. Bukannya saya baru tahu tentang Program Kilauan Emas ini tetapi baru terpanggil untuk mengulas serba-sedikit.

   Tak dinafikan, pembentukan generasi kini (anak-anak muda), sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Kali pertama saya terdengar untuk program ini, saya hanya mampu menggeleng. Sudah jauh kita pergi! 

  Sudah terlalu banyak galakan buat anak muda agar menceburkan diri dalam bidang yang cukup melalaikan. Sememangnya tidak terkira program-program 'khas dan istimewa' untuk anak-anak muda. Tidak cukup dengan semua itu, diwujudkan pula program untuk warga 'emas' !



   Tidak hairanlah kenapa generasi muda terus hanyut, sekiranya yang mendorong adalah lapis-lapis para ibu bapa. Malah, ibu bapa sendiri turut 'menayangkan' diri dalam arus yang sama! Sememangnya ibu bapa bukan faktor yang patut dipersalahkan 100%, tetapi ia adalah salah satu faktor kuat yang mempengaruhi generasi yang masih teroleng-oleng mencari arah. ( termasuk saya )

Dan, turut memilukan. Bukan sekadar yang bergelar 'ibu bapa' menyertai Kilauan Emas, malah yang sudah bergelar 'nenek, tok wan' juga turut menyertai! Astaghfirullah...

Sewaktu muda, bila ditegur membuat kemungkaran, katanya ; " Dah tua nanti saya bertaubatlah.. ". Tetapi, sekarang? Sudah tua lebih sakan =_='

   Maaf andai ada ulasan saya yang tersilap atau khilaf. Tegurlah saya, saya juga generasi yang perlukan bimbingan dan teguran !

Wednesday, October 26, 2011

NIKMAT TERBESAR : Melihat Wajah ALLAH S.W.T

Selepas PMR, Tingkatan 3 diwajibkan menghadiri Pengajian Kitab . Termasuk saya. Seronok juga :)


Ada 16 GOLONGAN MANUSIA YANG TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH S.W.T


1.     Orang yang menjual agamanya untuk mengambil dunia
2.     Pemerintah yang menjauhkan diri daripada suka-duka rakyat
3.     Orang tua yang berzina ( tak bermaksud orang muda berzina terlepas )
4.     Pemerintah / Kerajaan yang suka berbohong
5.     Orang miskin yang takabbur (Bukan miskin harta sahaja.. tetapi miskin rohani)
6.     Orang yang tidak sudi menolong walaupun memberi seteguk air 
        ( MAKSUD: Jangan Kedekut )
7.     Pengundi Pemimpin kerana kebendaan
8.     Penderhaka Ibu Bapa
9.     Wanita yang menyerupai Lelaki
10.   Orang Lelaki yang Dayus 
        ( Lelaki yang membiarkan adik/kakak/isteri/anak buat kemungkaran )
11.   Pengamal budaya Kaum Luth ( Hemoseksual )
12.   Pengamal seks abnormal
13.   'Al-Mannan' [ Pemberi yang suka menungkit-ungkit pemberiannya ]
14.   Orang yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan
15.   Penjual melariskan jualannya dengan cara berbohong / sumpah palsu.
16.   Isteri yang tidak berterima kasih pada suami


**Pemerintah ; kepada sesiapa sahaja. Bukan setakat Perdana Menteri , tetapi kita semua. Tidak kira Ketua Jabatan, Ketua Kumpulan, Ketua Kelas dan lain-lain , termasuk ketua kepada diri sendiri !


Adakah kita ada yang tergolong dalam salah satu golongan ini ? Renung-renungkan .. termasuk diri ini ...

Sunday, October 16, 2011

Ringkas itu Makna

" Setiap titisan air mata itu Allah dah janjikan kebahagiaan.. baik kan Allah ? tp dalam bahagia itu, Allah beri sedikit rasa pahit agar kita mengenal erti syukur :) Terima kasih ya Allah, sudah banyak erti kau beri.. "


Biar aku menulis petikan pendek ini kerana ia benar-benar-benar-benar lahir dari lubuk hati , dan aku mahu kalian semuanya dapat merasakan perkara yang sama :)


Allah , is our God. The One , Only .

Thursday, September 29, 2011

Kata Maaf Itu

Sebelum menduduki PMR , izinkan saya berkongsi sedikit ...

   " Jom teman ana jumpa 'beliau' sat ", saya mengajak seorang rakan .
   " Nak buat apa ? ", dia berhenti sebentar membuat latihan .
   " Nak minta maaf . Ana ada buat salah sebelum ni ".

Percayalah . Hidup tanpa kemaafan memang tidak menyenangkan . Jiwa terasa gelisah , tidak tenteram. Itulah apa yang berlaku pada saya .

Kenapa saya ingin memohon maaf ?

1) Setiap kali saya terpandangkan 'beliau' dari jauh , cuma sudut suara hati saya berbisik " I am sorry for all stupid thing that I've done ". Ya, tidak terlafaz .. cuma hati bersuara .

2) Peperiksaan . Ini bukan sebab utamanya, tetapi inilah penggerak agar saya membina kekuatan untuk pergi memohon maaf. Saya tidak mahu ada satu 'hijab' ketika peperiksaan yang membuatkan saya tidak mampu untuk menjawab soalan dengan baik . Nauzubillah min zalik . 

3) Utamanya , 'beliau' lah yang banyak memberi mutiara-mutiara ilmu . Tanpa disedari, kadang-kadang sehingga ada yang saya amalkan dalam rutin harian . Sungguh .

4) Beliau , berilmu tinggi. Mungkin sahaja mulia di sisi Allah, insyaAllah. Tetapi .. saya ? bermasalah dengan 'beliau' ? 

by Langit Ilahi.Com ~

   Namun, perjalanan untuk memohon maaf bukanlah satu perkara yang mudah . Itu sememangnya diakui . Kali pertama saya pergi , saya berpatah balik. Hati masih tidak kuat. Kali kedua, ketiga, keempat ... semuanya gagal. Kerana 'beliau' ada bersama dengan rakan-rakan... tidak berani saya untuk menyingkap sedikit 'what-is-going-on' pada rakan-rakannya. Ya, saya masih hamba yang khilaf.

Takdir Allah mengizinkan 'misi' saya berjaya , pada kali kelima. Itupun hampir-hampir peluang melayang. 

Dan, saya tahu.. reaksinya mudah. Pasti 'beliau' akan memaafkan. Tetapi itu bukan soalnya. Sebab 'beliau' tahu apa kesalahan saya. Soalnya, saya sudah memohon maaf. Yang lain, biarlah Allah yang menilai.

   Apapun, pengakhirannya... membuatkan saya terasa seperti satu beban sudah hilang. Ya, lega ! Jiwa benar-benar terasa tenteram. Dan, saya tersenyum. Sudah lama rasanya saya tidak senyum yang lahir dari lubuk hati.

Benarlah, nilai kemaafan itu merawat jiwa !

Thursday, August 25, 2011

PENGUMUMAN : Blog Ini

Saya memohon maaf atas kesepian blog ini . Heh , nampaknya seperti tidak terurus sahaja kan ? ( =_= )

   Maaf beribu maaf .

Izinkan saya untuk terus menumpukan diri untuk PMR yang bakal tiba tidak lama lagi. [ Uh , risau ]

Bila tiba masanya , insyaAllah , saya akan kembali bergiat aktif di sini . Mungkin tidak dalam masa terdekat , kerana selepas PMR belumlah tiba masa untuk bersantai-santai dan berlenang . Saya masih punya plan dan perancangan yang menunggu untuk dilaksanakan . Tengoklah bagaimana keadaannya .

Dan , target saya agar appereance blog ini berubah . Bukan setakat template , tapi doakan juga agar wacana-wacana saya terus ' hidup ' dengan lebih matang dan penuh makna !

Tidak ada gunanya untuk kita terus berada di takuk lama , perlulah terus bersemangat dan bergerak lebih jauh . Bukankah begitu ? (:

Apapun , selamat menyibukkan diri dengan amalan-amalan ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan + Malam Raya . Jangan lepaskan peluang yang sungguh bermakna ini ! Sanggupkah tunggu untuk tahun hadapan pula ?

Uh , tidak .

Thursday, August 4, 2011

Lubuk Hati..

Sungguh.

Sungguh.

Kesyukuran dipanjatkan pada Maha Berkuasa.

Sungguh, aku tersenyum.

Ramadhan... buatkan jiwa aku tenang..

Bukan 'ketenangan' yang hanya sebagai 'umpama'.

Memang sebelum Ramadhan, Syaaban a.k.a Julai.. aku tak berapa betul. Aku dalam cengkaman terseksa, diseksa, menyeksa! Sungguh merana..
Chewwah! :p




Ya Allah, hamba-Mu ini sangat gembira dengan kehadiran Ramadhan.

Sedikit pesanan : " Janganlah jadi insan Ramadhani, tapi jadilah insan Rabbani " - Syeikh Qardhawi.



Banyakkanlah bertadarrus dan fahamkan ayat suci al-Qur'an! :)


Selamat menyucikan diri! 

Saturday, July 23, 2011

3.38 pagi

3.38 pagi
Aku menghirup nafas
Terbau rasa segar

TRIAL. 7 Ramadhan.

Saturday, July 9, 2011

I Stand!

I Stand By My Belief

You know what, I feel like crying to see this video. Not a weak cry.

Gembira kerana ramai yang berani memperjuangkan kebenaran! Unite together.

Sedih kerana masih ada manusia yang pemikiran belum terbuka. Pemikiran yang tersempit disempitkan!

Hanya hendak memperjuangkan keadilan, apa lagi yang hendak dihentam?

Even my familly went there. (:

PUISI: Veteran Itu

VETERAN ITU



A.Samad Said
Kau sudah pun tua
Tapi tuamu..
tua yang memberi 'erti'
tua yang tidak kenal
apa itu
lelah dalam berjuang..

Penamu terus menari
Wacanamu terus menyengat
Mindamu terus mengoreksi
Berdiri
untuk yang benar!

Kau...
veteran yang kucari!

Ariffah9 - 3.40 pm
Ruang Tamu, Ruang Fikir

Friday, July 8, 2011

Dialog Hari Ini, Saya suka.

Ini post draft yang tersimpan lama. Fahamkan sendiri.


" Ariffah.. tak apa. Jangan pedulikan kata diorang. ", pujuk Si A.

Saya terangguk-angguk, memegang bahunya, mengucapkan terima kasih.

" Ana takut la adik-adik usrah ana banyak jenis masalah ", kesal Si B.

Secara melawak, saya membalas " La...anti tocher je diorang ".

" Kalau nak sedarkan diorang, anti kena fahamkan dahulu diorang. Secara hikmah ", kata Si A.

" Haah, kalau nak bincang masalah diorang, jumpa personal. Supaya tak memalukan dia. ", sambut Si C pula.

Saya menyampuk, tidak lagi bergurau. Mula serius. " Betul. Manusia ada ego tersendiri. Sikit tercalar, susah nak pulihkan. Guna pendekatan hikmah..".

Dalam hati, saya tersenyum hiba dan gembira. Mereka faham kerana mereka lalui dan saya sendiri pernah laluinya.

Mereka pernah dihukum tanpa diadili. Tanpa pendekatan secara baik, mereka dimarah dan diherdik serta disindir. Membuatkan ego dan maruah mereka tercalar. Saya suka kalau pemimpin menggunakan pendekatan baik dan secara berhikmah.

Konon, cakap baik-baik itu 'pengecut' sedangkan bila ditanya siapa tokoh, dijawabnya Rasulullah. Namun, apakah teknik Rasulullah berdakwah yang sangat lembut, tegas dan penuh kasih-sayang itu dicontohi?

Tuesday, June 28, 2011

Aku Menahan Tangis.

http://www.youtube.com/watch?v=LWkCNRb4OcY&feature=player_embedded

He was transferred by the board  from Maahad Yan to Maahad Sik.

" tolong bagi buku Balaghah. Ustaz nak check buat kali terakhir, sebagai kenangan "
tetap berdedikasi sehingga ke penghujung tugas

don't want to say anything much. video and pic are enough. (T_T)

p/s: dan menitis jua akhirnya..

Thursday, June 23, 2011

Jeles & Tarik

Assalamu’alaikum w.b.t semua. Lama tidak bersua (:
Masih terkejut. Huhu, Nurina Izzati dah keluarkan satu lagi novel. Ciss,jeles ni. Boleh tengok sini. [Tolong promote ^^].


 ini PMR lain, tapi nampak smart pula wallpaper 
Memandangkan laptop saya kena tarik sehinggalah PMR, kecuali boleh guna kalau nak buat kerja kursus atau Score A, maka penulisan saya ditangguhkan. Lepas PMR, memang kena pulun balik menulis. Sekarang? Fokus PMR dulu. Buat macam mana, laptop ditarik (+_+) [ayat pasrah boleh..]
Sedikit Perkongsian :
- Lagi tambah ilmu, lagi asah akal
- Banyak berfikir, lambat nyanyuk [ So, banyak-banyakkan berfikir kalau tak mahu nyanyuk! ]
- Amalkan 100 ayat Al-Qur’an untuk mengelakkan nyanyuk.[ Ni the main! ]
* Apa syarat doa diterima?
 ~ Makanan halal yang baik? Betul. Bukan setakat halal, tapi juga baik. Halalan Toyyiban.
Asiff, tak dapat berkongsi seperti biasa, Cuma dapat berikan point-point. Kejar masa ^^
Pascaskrip : Doakan TRIAL PMR & PMR saya. Dah tak lama! Huhu..

Wednesday, June 8, 2011

My Dear R

Ramadhan, moganya menjadi medan untuk saya mempersiapkan diri.

Mari sama-sama mengejar Ramadhan..mengejar dengan segala amal-ibadat kita seawal bulan Rejab & Sya'aban sebagai latihan untuk mempersiapkan diri sewaktu Ramadhan. Supaya tidak terjadi 'culture shock' ~ beribadah banyak tanpa latihan, dan akhirnya kecundang. Na'uzubillah, minta dijauhkan.

deviantART.Com

Jom, Jom, Jom. Ramadhan! Refreshing us..

My Dear R. My Dear Ramadhan !!! ^^

Wednesday, June 1, 2011

Sesak.Pergi!

Ariffah9 tidak wujud lagi. Buat sementara.

Dia perlu menghirup udara tarbiah. Di, alam realiti. Dia perlu mencari ruang untuk bernafas dalam arus kesesakan modenisasi yang penuh dengan korup. Dia sudah sesak dengan nafas-nafas jahiliyah.

Tiada tangan yang menarik. Atau, mungkin..tepatnya..dia tidak sedari kewujudan tangan-tangan itu. Ariffah9 kala ini , cuma memikirkan.. ingin keluar dari kegelapan yang makin menyelimuti. Entah bila dia akan berjaya. Doakan saja dia. Doakan dia kembali dengan semangat baru. Semangat kerohanian pastinya!


problèmes avec l'amour-propre dans le monde .. malheur!

Au Revoir...J'attends


Ariffah bt Mohd Shukri itu.. sedang LEMAH. :)

Wednesday, May 25, 2011

New Era Slave!

Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah dah habis exam hari ini. Seronok betul tengok kawan-kawan.. Saya cuma terkenangkan pelajaran deeniyah yang akan ditinggalkan mula selepas ini :(  
   Tambah-tambah Tauhid. Saya memang gemarkan Tauhid, dalam plan selepas SPM nak cari kelas Tauhid untuk sementara [sebab saya cadang tak mahu ambil course Deeniyah]


Ok, artikel kali ini sebenarnya untuk penyertaan 'segmen'? yang dipromosikan oleh tuan blog ni ha, akhi Naimul Firdaus. Sebenarnya, saya tak berapa gemar sertai perkara-perkara sebegini tetapi saya tertarik bila perlu mengulas tentang 'Hamba Zaman Sekarang'[HZS]. 
   Jadi, di sini saya tidak pun ada rasa hendak 'menang'. Apa, tipu? Betul lah.. Saya cuma nak ulas tentang HZS.
Berkenaan "Hamba Zaman Sekarang". 

Thursday, May 19, 2011

PENGALAMAN: Ramai sudah mengulas 'ukhwah'.

Setelah mengumpul kekuatan, akhirnya saya update juga.
Maaf, minggu ini mungkin masa saya 'down'. Perkara lumrah. Ujian dari -Yang Esa.
Benar seperti kata Syed Qutb "Jalan ini tak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi bunga-bunga tetapi jalan ini ditaburi duri-duri terpacak ". 



Ukhwah. Satu perkataan yang biasa didengari. 

Bukanlah saya di sini hendak mengulas apa maksud ukhwah. Cuma ingin berkongsi sedikit cebisan pengalaman. Ukhuwah nampak lebih mudah di alam maya berbanding alam realiti. Namun ukhuwah lebih bermakna pastinya di alam realiti kerana kita bersama dengannya, hidup dengannya, berkongsi dengannya.

Sejujurnya, saya dahulu menolak dan pandang benci pada rakan-rakan saya yang kelihatan bermasalah.  Malah, mereka pernah dilabel ‘gang bermasalah’. Saya terasa seolah-olah mereka ini punca masalah tanpa menyedari bahawa siapalah diri ini yang hina. Astaghfirullahhalazim..

Semakin dimamah usia (macam umur 50 an pula rasanya), saya semakin sedar pandangan saya salah. Dan, dengan izin Allah penyesalan saya masih belum terlambat. Mula Tingkatan 2, perangai saya mula berubah tanpa saya sedari. Ubahlah pandangan nescaya sikap akan turut berubah

Buktinya?

Ariffah, dulu aku rasa macam nak buang je hang dalam sungai. Sekarang, aku sayang hang “, kata ketua kelas sewaktu Form 1 yang mana aku selalu protes arahannya dahulu. 

Awalnya, saya dapat ketahui : “Ariffah tu alim-alim kucing”. Fuh, memang terobek hati saat itu walau mulut masih tersenyum dengan riak muka yang selamber. Sekarang, orang sama yang komen kata terus pada saya “ Ana tengok anti ni tak macam kami. Macam umur 20 camtu, anti ni matang. Macam orang besar pun ada.
  

Sunday, May 15, 2011

Jangan mengharap, saya bukan saya.

Kekal mujahadah di jalan dakwah bukan senang tanpa penghayatan tarbiah.


Jangan mengharap terlalu tinggi daripada saya. Jangan menilai saya dari blog ini. Saya di alam blog dan alam realiti bukan saya yang sama. Bukan bermakna saya hipokrit, tidak. Tetapi, medan alam maya untuk memperingati diri saya sendiri.


Perangai saya agak 'gila-gila'. Saya seorang yang agak degil. Suka study-last minute. Dan, jiwa saya pemberontak.[Memberontak secara senyap dan sedikit 'nakal' sahaja, tidaklah sehingga kurang ajar] Kisah saya memberontak dengan para senior dan guru, sudah ada dalam lipatan sejarah. Uh, jangan risau. Saya tetap menghormati guru. Tanpa mereka, siapalah saya.


Saya cuma mengharap, jangan menilai saya melalui penulisan. Saya juga insan biasa. Selalu jatuh dan saya akan tetap terus bangun. Saya selalu salah dan akan memperbetulkan diri.


Tak perlu lah nak ungkit kebaikan-kebaikan saya. Saya dapat berbuat baik kerana saya diberi kesempatan. Saya masih belum pernah 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang'. Saya dikurniakan Allah senang 'alert' untuk terjaga tidur. Belum pernah merasai bagaimana penderitaan orang yang susah bangun yang berusaha susah-payah untuk bangun malam. 


   Belum merasai lagi rasanya bagaimana dengan dikatakan "Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” Saya rasa, ujian saya setakat ini masih di bawah level-level rendah biarpun terasa begitu berat untuk menghadapinya.


Saya belum menghayati lagi  proses tarbiah. And I am searching for it. 
Saya belum merasa kesusahan yang benar-benar tersempit.
Saya hanya memahami, tetapi tidak benar-benar mengerti bagaimana kehidupan orang yang datang dari keluarga bermasalah.


Saya cuma pernah, dan selalu berasa susah untuk kekal istiqamah di jalan mulia ini. Selalu sahaja tersungkur jatuh. Penguat saya cuma Allah. Dorongan saya hanyalah taujih dari murabbi saya.


Jujurnya, saya selalu terasa lemah dan rendah diri melihat para aktivis yang giat aktif di sana-sini. Saya cemburu. Saya harap saya begitu. Dan, harapan tanpa usaha adalah sia-sia. Saya tahu itu. Saya benar-benar perlukan doa anda.


Cukup itu sahaja setakat ini. 


Jangan mengharap dari saya.


Oh ya, sebelum terlupa. Buat guru-guru secara rasmi atau tidak, saya titipkan ucapan 'SELAMAT HARI MURABBI'. Syukran ala kulli hal.


p/s: Muharrik Daie' & ~Di Bawah Bayangan Tarbiah~ [Dua blog ini memang menyentapkan jiwa lalai saya]

Friday, May 13, 2011

PUISI : Campur+Baur

SUKANYA AKU+DIA

Aku cintakan dia
Dia cintakan aku
Aku pandang keji dia
Tetapi aku tetap seronok dengan dia
Bila mana kucuba untuk jauh
Dia tetap datang menggoda
Dan, aku selalu terpesona
Itulah dia, LAGHA



PARTICIPATE WITH
I sat  ~  I see
And,
I wonder
How will goin on
Without
Islam participate along?


U KNOW ME
Still, U know me
I know you
But, it’s hard
To understand each other
Without
Silaturrahim
Bilillahhita’ala

LIVE HARD
Simple life
Can’t participate
Cause I’m saying
‘Bout complex life
As Syed Qutb said
We will be on a hard track
If we want
To achieve Jannah!

~Ariffah9~
Ruang Tamu
Dicipta tidak lebih 6 minit

Wednesday, May 11, 2011

Tahun Exam

Sekarang, penulis dalam mode exam.


Sejak-sejak ini, biarpun kekadang terasa beban bila study last minute, deeniah pun hafaz last minute. Esok exam, tengahhari/petang baru nak mula hafal. Hehe. Biarpun macam tu, tetap terasa seronok bila periksa. Sebelum ni jangan haraplah, kerja menjerit dalam hati "Malasnya periksa!!". Well, saya sendiri pun tak tahu kenapa.


Pic by~Lephisto Design on deviantART


Tapi, jujurnya terasa tak mahu hadapi exam kali ini [pulak dah??] (tapi nak juga exam..), bukan apa... sebab biasanya exam pertengahan tahun bagaikan percubaan PMR pertama (secara tidak rasmi) [walaupun ada terselit deeniah] bagi Tingkatan 3, maka keputusan peperiksaan ini akan guru-guru nilai siapa yang bakal dapat 9A or 8A or anyelse. Uh, tak berapa gemar. Bila ada yang menilai. Memang la penting untuk sekolah, cuma pendapat individu (:


Huu, maka selepas ini, ustaz-ustaz yang tidak mengajar subjek PMR , tidak akan masuk kelas lagi. Sedih ):  Selepas ini, akan tumpu untuk subjek PMR sahaja. Ustaz yang masuk cumalah ustaz yang mengajar B.Arab sahaja. [Nak belajar Tauhid lagi!]


Anyway, pray for my results. :) 


Oh ya, jangan tiru tabiat study last minute saya. Amaran keras! =D


Tarikh Menjelang : 7 OGOS 11 & 3-7 OKT 11. 
Pengharapan Berakhir : 25 DIS 11

Friday, May 6, 2011

PUISI SANTAI : CJ

At last.

Setelah lama blog turut 'beku', mengikut admin nya sekali. Admin borek, blog rintik. [Bapa borek, anak rintik].

lets never grow up by *despair on deviantART

Selesai baca Contengan Jalanan karya Hlovate, dalam kereta. Takdir karya Hilal Asyraf pun dah habis baca. Batu-Bata Kehidupan still on the way.

Akibat masih terpengaruh dengan 'efek' hlovate, maka terkarya karya ini. Direka dalam keadaan otak masih 'lepak'.

CONTENGAN JALANAN.

Hidup lepak. Itu cool.
Hidup Skater. Itu cool.
Aku akui itu.
Tapi coolio itu..
Bawa sampai mananya?
Nanti injak depan Tuhan
Kau nak cool tara mana?
Cool dalam Islam itu,
Lebih bawa makna.

Dalam kereta. 6/5/11
-AR9-

p/s: TAKDIR karya Hilal Asyraf, memang terbaek!

Wednesday, April 20, 2011

Beku.


Keputusan naik mendadak.

Ini ujian, atau apa? 

Kerja bertimbun + tuduhan orang.

Ini satu tanda kesyukuran, atau apa?

Satu penolakan. Satu ke'mungkir'an janji. 

Ini satu tanda kesefahaman, atau apa?


Sudah lama tidak menukilkan puisi. 
Mungkin, hati sedang beku. Tanpa hati yang 'hidup' tiadalah puisi yang ikhlas lahir dari hati..

I am tired.
But, I want to live on.

Thursday, April 14, 2011

CERPEN : Family Prob.

Assalamu'alaikum. 

Cerpen kali ini saya guna bahasa interaksi. Er, mean.. bukan bahasa baku macam sebelum-sebelum ni. Sekali-sekala tukar gaya bahasa. :)

p/s: Maaf kalau ada broken english. Actually, ikut gaya bahasa Hlovate.

Then, enjoy!

~ * * * * * ~

Anak tersisih ke dia?

Itu yang tercatat atas kertas contengan di hadapannya kini. Pen di tangan masih setia tergenggam.

   “ Tak mahu bersyukur ada ibu bapa, huh? “, satu suara menyapa gegendang telinganya.

Dia mengetap bibir. That's it! Salah satu sebab kenapa dia tidak suka berkawan. People always like to judge.

it will takes time, right?

Pen di tangan disimpan elok-elok di dalam poket seluarnya. Sudah jadi tabiat, membawa pen ke mana-mana. Kertas-kertas kosong yang berselerakan disusun kemas. Dia bangun, menggalas beg hitam-Nike-nya dan beredar.

   “ Heyya…tak beradab. Blah macam itu aje “, suara tadi lagi.

Tak peduli. Buat apa? Buat apa mahu kisah dengan orang lain kalau dah ibu bapa sendiri buat anak macam kisah-tak kisah jerk. Tak-tak, wrong statement kut. Tak kisah langsung.

Jalan-jalan. Ternampak satu keluarga di taman rekreasi. Bercanda. Mengusik. Ah, nampak ada ibu tengah membelai-belai rambut anaknya sambil tersenyum.
Mata dah terasa hangat. Agak-agak sempat tak dia merasa kebahagiaan macam itu sebelum dia pergi-untuk selamanya?

   “Qalbi, sempat tak agaknya”, gumamnya rendah, bawah kesedaran.

Terasa lapar pula. Langkahan dibelokkan ke 7-eleven. Masuk-masuk dengar bunyi ‘ding-dong’. Dia terhenti sejenak. Kalau dia nak pasang loceng macam itu di depan pintu rumah boleh tak? Kalau mak ayah balik bolehlah dia sambut. Ha-ha. Funny. Matanya dijuling ke atas.Cara kau cakap tu macam lah diorang akan sedar+nampak kewujudan kau.

Mujur tak ramai orang kat sini. Dia benci tempat sesak+penuh ramai orang. Roti gardenier kismis satu bungkus dan sebotol mineral dicapainya lalu langkahan dihalakan ke kaunter.

Selesai bayar, dia berpusing terus. Pukk!


“ Allahu..akbar. “, automatik satu lafaz terkeluar dari bibir seorang gadis di hadapannya.
Dia sudah kecut perut. Nampaknya bungkus roti gardenier putih milik gadis itu sudah ‘selamat’ dilenyek. Dia cuba menenangkan diri

   Ok,ok. Sangka baik. Relaks. Gadis ni jenis sabar kut.

Monday, April 11, 2011

Syukur. Cukuplah.

* Last night, talks with my bro at the car. Such a long time.~In the journey to take my mum at airport. *


Dahulu , saya sengaja merendahkan markah sesuatu subjek kalau-kalau selalu 'dihentam' guru subjek tersebut.


Kini, keadaan masih sama. Guru menengah pula. Asyik mencari salah saya apabila masuk ke kelas.


Saya tidak faham kenapa. Tetapi, yang saya tahu, kini saya cuba buktikan pula saya akan dapat markah tinggi. Alhamdulillah, kedua-dua subjek yang diajarnya saya berjaya mendapat 'A'.


Sehingga sekarang, saya tidak faham. Apa salah saya? Baik, biarkanlah dia dengan dunianya. Tidak mahu ambil kisah [walaupun saya sendiri cuba mengelak daripada berurusan dengannya].


*Tetap bersyukur dikelilingi murabbi-murabbi yang sporting dan rajin menyampaikan ilmu.*




- Biarpun kita tahu dianggap rendah, jangan cuba merendahkan diri lagi. Buktikan yang kita bukan seperti disangkanya dan terus berjuang dan meningkatkan diri. 


Mengharapkan bahagia sebagai pengakhiran bukanlah sesuatu yang salah. Namun, berpijaklah pada realiti yang bahagia itu tidak berkekalan. Melainkan, hati kita sememangnya bergantung sepenuh+penuhnya pada Dia, Yang Maha Membolak-balikkan hati. :)


Cukuplah Allah bagiku. Like this words.

Geo

free counters