Thursday, December 30, 2010

CERPEN: Back to Fitrah

Ah, dah lama rasanya tak menulis cerpen. Haii..berhasrat mahu jadi penulis tetapi latihan cerpen jarang sekali. Apalah, diri ini.


Saya : Malam ni, ana nak post cerpen. Lama tak tulis cerpen.
Nurina : Bagusla. Ana pun dah lama tak baca cerpen anti.
Saya : Hehe


Kalau nak tahu, Nurina ini sangatlah rajin menulis cerpen-cerpen di blognya. Bukan macam saya...haha. Dulu setiap sabtu, lama-lama berbulan pula tak menulis. 


BACK TO FITRAH


Entah. Hati aku tak senang. Biarlah, aku doakan kebahagiaannya.


   " Rohaizat ", bibir mungilnya menyebut namaku.

Aku berpaling. Tersenyum, wanita ini lagi. 

   " Ah, sahabatku Olivia. Ada apa? ", aku menyahut panggilannya.

Olivia mengambil tempat duduk di sebelahku tanpa dipelawa. Dia meramas kedua-dua tapak tangannya.

   " Huh, tanda ini lagi. Kau mahu bincang lagi ya? Perkara apa pula..".

Olivia ketawa perlahan. Sungguh ayu dia.

   " Macam biasa, Rohaizat. Apa kau tak bisa bicara sama aku lagi? ", gesitnya nakal.

Aku tersenyum lucu. Minah salih ini sudah pandai menyelit sedikit bahasa indonesia. Entah dari mana dia belajar.
Sejak mahir berbahasa Melayu, dia kalut mempelajari bahasa lain pula. Katanya, kalau dia boleh berbahasa Melayu kenapa tidak bahasa lain pula?. Aku tersenyum sahaja tika itu.

   " Aku makin pening baca al-qur’an yang kau hadiahkan pada aku “, Olivia menyebut perlahan. Walaupun dia ateis, dia rasa perlu untuk menghormati kitab agama. Dia tahu setiap orang ada pegangan tersendiri. 

Monday, December 27, 2010

Putus Hubungan?

Alhamdulillah. Saya sangat-sangat gembira (kalau guru BM baca, pasti menggeleng. Mana boleh 'sangat' ada dua kali). Gembira kerana sebuah buku yang tercari-cari selama ini sudah jumpa!
HALAL & HARAM DALAM ISLAM
(DR. YUSUF AL-QARDHAWI)
Izinkan saya merumuskan sedikit bacaan yang baru dibaca:


Tidak boleh seorang Muslim memutuskan hubungan dengan Muslim lain
Islam mengharamkan kita putus hubungan, membelakangi dan bersikap kasar pada Muslim yang lain.  Malah, kalau berselisih faham pun mestilah meredakan kemarahan dan mencari jalan untuk berdamai. Jangan hingga berselisih faham melebihi tiga hari ya! 


" Tidak boleh seorang Muslim itu tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahalanya. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya, dan siapa yang memberi salam itu terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu"
( Sabda Rasulullah, Riwayat Abu Daud )


Memperdamaikan dua orang yang berbalah
Sebagaimana yang kita semua fahami, masyarakat Islam itu sepatutnya adalah sempurna serba-serbinya serta saling berbantu-bantuan. Maka adalah tidak wajar pula, untuk kita hanya menjadi penonton melihat masyarakat bermusuh-musuhan.


" Jadi, apa yang wajar? People say, jaga kain sendiri! "

Saturday, December 25, 2010

Maaf dari Siapa?

Assalamua'laikum.

Saya.
Saya minta maaf.
Sangat-sangat.
Banyak salah, amat.

Saya: Er, saya minta maaf.


Anda: Tak apa. Setiap manusia pun buat kesilapan. Jangan risau, saya maafkan. Tapi, belajar dari kesilapan!


Saya harap begitulah respon anda. Dengan hati yang bersalah ini, saya menghulurkan kemaafan. Mengharap ada yang sudi menerima dengan hati yang tenang, sedia memaafkan saya.
Tapi, tidak apalah jika masih ada tersisa kemarahan pada saya kerana saya tahu saya ini memang banyak salah.
Cuma, Allah menggalakkan kemaafan. :)

“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” – Riwayat Muslim.
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Al-A'raff:199)


Sedikit pesanan :


hasil cubaan saya slps kelas photoshop pertama bersama ayah


hasil cubaan abang saya (kepala dan badan lain ya) 


Saya baru cipta satu Tumblr
Zeal9 Tumblr
'Laman Kasih Sayang', itu saya gelar. :)

Wednesday, December 22, 2010

Kadang, Jiwa pun hendak meluah isinya

    Sambil layan lagu NowSeeHeart, (guna earphone dan pasang volume sehingga rasa nasyid meresap ke dalam jiwa *er,meaning volume high :)*) aku pun tulis artikel ini.


Pembaca, izinkan saya gelarkan diri dengan 'aku', guna bahasa rojak dan gaya bahasa lain sedikit. Sometimes you know, when we feeling to do it, we will change drastic. Ayat english agak pelik juga kedengarannya. Whatever :)


Pesanan sedikit duhai pembaca. Sudikanlah bibir kalian turut menyusul mengucapkan InsyaAlllah di setiap perkataan 'InsyaAllah' yang akan tertulis di bawah kelak. Doa kalian amatku dambakan. :)

Nama pun manusia, ada masa 'down' dan ada masa untuk bangun. Same with me what. 

Monday, December 13, 2010

Qudwah Saya

Assalamualaikum wbt,

Ah, bukan mudah hendak konsisten menulis. Bukan hanya disebabkan faktor masa, malah faktor pengisian yang hendak disampaikan. 

Hari ini saya hanya hendak mengisahkan orang-orang yang bagi saya adalah berkeperibadian tinggi. Bukanlah semua, kalau hendak senaraikan semua memang saya dah lama pengsan. [ Terlalu ramai =) ]

Er, tapi memang panjang artikel ni. Sila sambung baca, okey.. Kalau tak nak baca tak apa, pasal guru saya ni :) Panjang berjela..hehe

Thursday, December 2, 2010

Silap Taktik ?

Waa,

Assalamualaikum w.b.t,

Long time no see, huh?   Guess what ? ... smile :) ..

Jom baca lagi, silap taktik apa?

Sunday, November 21, 2010

Invictus : Great Words!

    Ingatkan tidak mahu update blog ini sehingga selesai tugasan saya tetapi mata sendiri yang rimas melihat blog masih tidak diupdate.


   Cuti sekolah kali ini, tidak mempunyai banyak peluang untuk merehatkan diri. Jadual benar-benar padat.
Teringat seorang Ustaz berkata : "Banyak melakukan maksiat salah satunya berpunca daripada mempunyai banyak masa yang terluang".
Herm, benar juga. Kalau kita sibuk mana ada masa untuk bermaksiat dan berjiwang, bukankah?

Thursday, November 11, 2010

Syahadah, benarkah kita faham & hayati?

Sekolah telah mengadakan KPI (Kolokium Penghayatan Ilmu) bertemakan 'Syahadatain' selama 9-10-11 November 2010.

Izinkan ana berkongsi sedikit apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Hamzah (bekas muallim sekolah rendah ana) dalam slot kedua beliau.

Thursday, November 4, 2010

Terima Kasih.

PATMM DAH SELESAI
-sengih melebar-

Alhamdulillah.. Kemungkinan ada jaminan yang keputusan akan meningkat  namun tidaklah secara drastik, malah jaminan yang saya lebih berusaha dari sebelum ini pun ada. Ribuan terima kasih buat yang mencabar diri ini. 

     Macam-macam hal berlaku sebenarnya sejak dua menjak ni, namun saya memilih untuk diam dahulu. Berfikir dan berfikir. Akhirnya saya memutuskan untuk melepaskan perkara itu, menyerahkan kepada ketidakpastian. 

best-best lah pic Lady Tori on deviantART nie..

    Jujur,banyak sangat benda berlaku. Bercampur baur. Menyakitkan, memuaskan, memedihkan, mengharukan, membahagiakan dan menyemarakkan semangat! Semuanya berlaku serentak.

     Dahulu saya pernah menjangkakan yang perkara ini akan berlaku juga suatu masa dan expect yang saya akan lebih merasa kepahitan kesakitan- namun yang sebaliknya pula berlaku! 

   Sendiri pun hairan, tapi tidaklah terkejut. Bila difikirkan balik, memang saya patut rasa puas dan bebas bila melepaskannya.Yakin setiap perkara ada hikmahnya, dan saya mula nampak hikmah yang Allah aturkan. Mungkin saya tersilap, tapi tidak apa.

     Alhamdulillah, setelah saya melepaskan sesuatu itu, pandangan saya terhadap dunia lebih melebar.

Benarlah pepatah,
 if you want to get something you must give something.

nota picisan: rasa tenang, terbang bebas..

Thursday, October 28, 2010

Makluman: PATMM 2010

Maaf ya semua. Penulis dalam tempoh Peperiksaan Akhir Tahun.

Dari 25 Oktober sehingga 4 November 2010

Dua minggu.

Inspire by~Yunesa on deviantART

I just have been inspired~ in this exam. That's why I want to focus. 

After a-long-time, don't get any inspiration.. Thanks God. Thanks.

p/s: dah janji kat dia tak buka komputer sepanjang minggu exam, tapi buka sekejap ya-ada cuti dua hari. nak maklum kepada penziarah blog ini. kesian pula :)

Monday, October 11, 2010

ULASAN : Favourite Author (update 1 author more)

My favourite author? 

 Book of a Wizard by ~st30 on deviantART


Faisal Tehrani, Hlovate, Hilal Asyraf, Ramlee Awang Murshid, *Ustaz Hasrizal, Abdul Latip Talib.

 Then, Habiburrahman El-Shirazy, Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.

Jom ulas sedikit berkenaan penulisan mereka..

Sunday, October 10, 2010

Gambar: Sanah Helwah

Wow, 10 Oktober. 10/10/10-unic punya tarikh..Hari lahir kawan ana.
Sila baca sekali hadith dalam wallpaper tu ya.

klik pada gambar untuk dilihat dengan lebih jelas dan cantik.Haha,tak cantik pun.
Samihah, I dedicate this to you, wallpaper design sendiri,ok! 

Sedikit sajak buat anti...baca lagi

Friday, October 8, 2010

ZIKIR Tanpa FIKIR

Manusia perlu mengenal Tuhan. Caranya- ada 2.
FIKIR dan ZIKIR.

    Jalan pertama ialah FIKIR pada ayat-ayat Allah yang direnung dan diperhati.
    Jalan kedua pula adalah dengan ZIKIR pada ayat-ayat Allah yang dibaca.

Zikir sukar membawa khasiatnya kalau manusia berzikir tanpa berfikir biarpun zikir adalah jalan yang tinggi pada mendampingi Allah.

Itulah pesanan HAMKA.

Wednesday, October 6, 2010

Dunia kupandang

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa kesyumulan
melainkan dalam Islam

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa keindahan
melainkan indahnya Islam

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa indahnya kesirnaan sesuatu
melainkan setelah
munculnya agama Islam

Monday, September 27, 2010

Impian & Cita : Dalam Dilema.

    Impian dan harapan aku seringkali berubah semasa sekolah rendah. Biasalah, pemikiran masih belum matang.

Ada sahaja cita-cita yang menjengah di pemikiranku. Namun, tatkala usia menginjak 13 tahun, cita yang kuimpikan dahulu sudah tidak kuminati lagi. Aku mula hidup tanpa impian, matlamat ku makin kabur!

   Hanya yang jelas, harapanku dan usaha untuk menjadi penulis masih tetap sama. Tinggal cita utama sahaja masih belum ada.

impian besar kabur, impian kecil jelas

   Akhir tahun 2009,aku mula fikir banyak hal namun masih belum ada yang benar-benar menarik hati dan jiwa agar berusaha ke arah sesuatu yang diimpikan. Tiba tahun 2010, aku fikir, aku tidak seharusnya begini! Hidup tanpa matlamat adalah sesuatu yang tidak patut bagi seorang muslimah. Maka, perancangan demi perancangan mula terlakar di dalam benakku dan coretan.

Saturday, September 18, 2010

Allah masih ada dan kekal ada


Tuhan,
Aku tidak berdaya,
Untuk mengadu pada yang lain,
Aku bukanlah,
Sang Pengadu domba.

Syukur Engkau mengujiku,
Agar mematangkanku,
Kelak dewasa,
Namun, aku manusia biasa,
Yang bisa jatuh.

Tatkala,
Aku memendam rasa,
Ada yang sudi menanya,
Maaf, ku tak bisa berkongsi,
Lantas mengirim maaf.

Atas takdir-Mu,
ada insan yang mengingatkan.
Kita masih ada Allah
aku terdiam
lantas aku menangis

Oh, Engkau mengutus dia
untuk mengingat kewujudanMu
yang sentiasa di sisi
tidak meninggalkan hamba-hambaNya

Aku insan hina
Dengan kerdilnya
Menitip kemaafan dan kesyukuran
Buat semua insan
Yang mengenaliku


Segunung
Ampun dan taubat 
Ku sembahkan
Terimalah
Wahai Tuhan
Yang Maha Agung


Puisi dari sanubari hati,
ini bukanlah puisi rekaan,
tapi terbitnya dari hati,
lantas apa dayaku menghalang?

Sunday, August 29, 2010

Quality is perfect than Quantity

   Kekadang, kita terlebih utamakan bilangan dari kualiti.

Sila lihat contoh, fahamkan.

    Keadaan 1 :


 Ahmad bangun pukul 4.30 pagi. Selesai mengambil wudhu', dia mula menunaikan solat-solat sunat. Targetnya sebanyak 20 kali solat sunat. Semakin lama, kantuknya (mengantuk) makin memuncak...

Thursday, August 26, 2010

Sedih, aku cintai mereka.

Tuhan, sampaikan pada mereka,
Sungguh aku mencintai mereka,
Tuhan, sampaikan pada mereka,
Sungguh aku sayangi mereka.


Ya Allah, hati ini hiba menatap wajah-wajah yang dicintai...

Wednesday, August 25, 2010

CERPEN: Ibu, kenapa aku?

 Cerpen ini ana reka , dapat semangat daripada cerpen Faisal Tehrani yang bertajuk 'Talang'. 

    Mungkin sukar nak jumpa remaja minat novel beliau disebabkan bahasanya agak tinggi tapi menurut Faisal Tehrani, beliau mahu pembacanya mendapat ilmu yang baru , sama ada dari segi bahasa atau pengisianya malah suka mencabar pembacanya. Owh, saya suka bab mencabar-mencabar ni!

   Novel Faisal Tehrani cukup bagus, pembaca akan dapat melihat ilmu beliau sungguh tinggi serta faham bahawa sebelum menulis novel, beliau akan membuat research@penyelidikan terlebih dahulu agar fakta yang 'disuap' kepada pembaca tidak salah.

He is the one of my favourite writers!



  “ Ibu, kakak nak keluar main boleh? “, pinta Hidayah,mukanya menagih simpati.

   Ibu menggeleng, mukanya mencerut. Rimas dia dengan permintaan anak perempuannya itu yang macam-macam.

   Hidayah mencebik. Lagi-lagi permintaannya ditolak. Kalau adik lelakinya itu semua boleh. Geram betul dia.
   
Terdengar pintu berkerut dari arah ruang tamu. Adiknya sudah balik.
    “ Faiz. Kau ke mana tadi? “.

Thursday, August 19, 2010

DESIGN : Two Pic

 Alhamdulillah. Sekunjung peghargaan kepada akhi Syihab atas kesudian beliau men'design' kan wallpaper untuk puisi saya.

Syukran jiddan, susah-susah aja!
Moganya Allah membalas jasa akhi dan mengurniakan pahala yang banyak di bulan berkah ini

Kalau tak jelas kalimah tu, boleh lihat di bahagian sidebar blog (atas sikit)


Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN: Medan Muhasabah

   Alhamdulillah, terasa betapa beruntungnya diri ini masih mampu bernafas hingga ke Ramadhan ini.

Sungguh, Ramadhan kali ini adalah 'medan muhasabah' bagi saya.

   Sejak-sejak ini, saya akan tersedar daripada 'lamunan realiti' yang panjang.

Rendahnya diri ini, masih banyak mutiara-mutiara ilmu yang belum dikutip.

Rendahnya diri ini, menasihati orang lain namun mengabaikan diri sendiri.

Monday, August 16, 2010

Aku lihat dia..

Tatkala Mulut Terdiam, Jiwa Ingin Berbicara

siput juga mahu bersuara


AKU LIHAT DIA

Aku lihat dia,
seperti manusia biasa,
namun bila disingkap,
nyata punyai ilmu luas.

Aku lihat dia,
seperti manusia biasa,
namun bila diperhati,
nyata punyai ilmu tinggi.

Pandanganku beralih,
bertekelu dan menung sebentar,
tertumpu pada diriku,
insan dilumuri dosa.

Manusia dengar aku dipuji,
Aku mendengar bibit kutukan,
Cemuhannya bukanlah biasa,
mampu menggegar seantero dunia,
ini cumalah hiperbola.

Aku lihat dia,
rendahnya aku,
Aku lihat dia,
hinanya aku,
Aku lihat dia,
bawahnya kedudukanku,
Aku lihat dia,
dhaifnya aku,
Aku lihat dia,
lemahnya aku.

Dhaif..rendah..hina
Semaksud itu menari-menari
Memenuhi ruangan mindaku..

Thursday, August 12, 2010

PEMIMPIN : Siapa Anda?

   Saya berteleku sebentar. Diam, merenung jauh. Apa definisi 'pemimpin' yang sebenar?

Saya pernah menjadi pemimpin sewaktu sekolah rendah, tapi rasanya tidak layak digelar 'pemimpin'.

Bila diimbas waktu lalu, terfikir apakah jasa yang telah saya sumbangkan untuk membawa adik-adik, sahabat malah senior ke arah ideologi Islam?

Tidak ada

Kesal. Sedih. Namun, bak kata sendiri, durian sudah menjadi tempoyak. Tidak ada gunanya lagi..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan, cinta buatmu!

   Ramadhan, kau pencetus ketenangan buatku!

Rasa sakit di sekolah, cubaku ubati. Alhamdulillah sewaktu pulang, hati ini beransur tenang. Namun, kondisi di rumah kembali membuat diri ini bergetar. Ah, sakit!

    Sewaktu petang, rasanya mahu kurehatkan diri daripada menjenguk buku sahaja. Ku capai selipar dan mula berjalan mengelilingi rumah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

   Oh, benarlah Allah itu Maha Hebat.

Friday, August 6, 2010

CERPEN: True Hold

Ha, cerpen menjengah juga akhirnya di dalam blog ni!
   Cerpen ni ana buat sewaktu sesi latihan menulis cerpen dalam bengkel penulisan. 

Sudi-sudilah kritik..

So, enjoy!

pic by siren 2k4 on deviantART

   Pedang dihunus ke arah langit, simbolik bagi kemenangan pihaknya. Pedang itu berkilau, kesan dari cahaya matahari yang memancar terik, terasa kulit seakan disambar api. Suasana medan peperangan di ‘gurun maut’ itu tambah memeritkan lagi insan-insan yang berada di sekitar itu. Mayat dan darah sudah simfoni dengan tempat itu.

   Namun, Panglima Hourvard sudah lali. Dia menyeringai puas, mencerunkan matanya ke arah sekitar.
    “ Bully Joe, we win again! Hahaa..”, berdekah-dekah ketawanya. Bangga menyelinap ke seluruh perasaan apabila kemenangan sudah berada di dalam genggaman. Rakannya, Bully Joe tetap berwajah kelat, lagaknya serius sepanjang masa. Tidak pernah tersenyum.

* * * * *

   Faisal mengetap bibir dari jauh. Hatinya sakit, seolah-olah dicucuk dengan duri-duri tajam. Pedih!! Kenapa begini?
    “ Syeikh Fahmi, kenapa kau meninggalkan kami semua? Kini, pihak Islam tidak akan menang lagi tanpa kamu, wahai ‘pendekar berbisa’..”, hatinya bermonolog.

Jiwanya gundah, tidak yakin lagi kemenangan akan menjadi milik tentera Islam. Faisal termenung panjang, menyesali akan syahidnya rakannya yang selama ini dianggap menjadi pencetus kepada kemenangan pihak Islam.

   Tiba-tiba bahunya ditepuk..” Hai manusia, apa yang sedang kamu menungkan?”.
Pendekar Helmi mengambil tempat di sebelahnya.

   “ Fahmi..” terlontar satu bibit nama dari bibirnya. Pendekar Helmi tersengih, dia faham apa masalah yang dihadapi Faisal.

    “ Kau salah, Faisal”, kalimah pendek itu membuatkan kening Faisal terangkat. Apa salahnya, tetiba je?

   “ Aku pergi dulu..”, Pendekar Helmi bergerak pergi, ingin melihat para tenteranya yang tercedera.

   “ Wei, apa salah aku sehh?!! “, jerit Faisal. Namun Pendekar Helmi tetap terus melangkah, tanpa menoleh..

Faisal mengeluh. Apa salahnya?

* * * * *

Ya Allah huya Allah
We are servant ya Allah
Lailaha ilallah
Muhammadurrasulullah

Nasyid yang didendangkan seorang remaja yang berusia 15 tahun menarik perhatian Faisal. Hatinya terhibur dengan kelunakan suara remaja tersebut.

Let Allah be your guiding right
We got conscious day and night
You will be precious in his sight
If you follow his guiding light

   Makna nasyid tersebut menjengah pemikirannya. Dia faham maknanya tetapi akalnya belum menyedari ada maksud yang mendalam di sebalik nasyid tersebut.

Allah..
You created everything
We belong to you
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank you
Alhamdulillah..Alhamdulillah

   Suara garau pula menggantikan pendengarannya. Garau ya, tetapi tetap merdu.
Dia berpaling..Oh,Pendekar Helmi rupanya.

   “ Kau faham makna nasyid ‘Servant’ budak tu nyanyi dan nasyid Maher Zain aku nyanyi tadi? “, soal Pendekar Helmi selepas memberi salam.
Faisal  mengangguk.

   “ Kau sedar tak apa salah kau?”, soalannya dibalas dengan gelengan Faisal.
   “ Cuba kau hayati maksud nasyid tadi..hayati dan fahami, bukan sekadar fahami! “, saran Pendekar Helmi.

Faisal mengerut wajah. Apa kaitan nasyid tadi dengan kesalahannya?
Namun, dia menurut jua. Terngiang-ngiang kembali kedua-dua nasyid tadi.

    “ Dan kau akan faham bila kaitkan nasyid dengan kekalahan peperangan kita.. “.

Masa berlalu beberapa minit..

Suasana sepi memberi ruang kepada Faisal untuk lebih menghayati nasyid sebentar tadi. Angin panas menderu perlahan, menyapa wajah-wajah mereka.

   Faisal tetiba memeluk Pendekar Helmi. “ Arigato’ ya sadiqati!”, ucapnya penuh terharu.
“ Ana afham, afham! “.

   Pendekar Helmi tersenyum lega. Faisal sudah sedar, kemenangan dan kekalahan perang bukannya bergantung kepada Syeikh Fahmi. Biarpun sahabatnya itu adalah ‘pendekar berbisa’, pendekar yang tangkas, cekap, hebat dan berkarisma. Malah, tidak pernah tewas di tangan musuh sebelum syahid. Namun, kejayaan yang disandang mereka adalah atas pertolongan dan penyayang ‘Yang Maha Esa’.

    Dia, sahabatnya, tenteranya dan semua manusia hanyalah hamba Allah…” We are servant Ya Allah “..

Faisal menangis. Selama ini, dia meletakkan pergantungannya pada pautan yang salah! Dia alpa bahawa Allah yang menetapkan kesemuanya.

* * * * *

   “ Allahhuakbar!”, wajah Faisal bercahaya, semangatnya menaik mendadak.

Malah semangatnya lebih tinggi daripada sebelumnya, semasa berjuang bersama Syeikh Fahmi.

Pendekar Helmi di sisinya tersenyum senang. ‘Alhamdulillah…’

Peperangan bermula lagi!

* * * * *

   Bully Joe berwajah masam. Panglima Hourvard menyumpah seranah tak henti-henti.

   “ Ah!! Kita tak kalah! Tak kalah! “, jeritannya di luar kotak fikiran.

Matanya sakit melihat tenteranya hanya berbelas-belas yang tersisa. Matanya bertamah sakit melihat mayat-mayat tenteranya yang bergelimpangan. Darah-darah gelap yang terpancut dari dadanya tidak diendahkan. Jiwa dalamannya lebih sakit!

* * * * *

    “ Fanzuru, manusia yang berpaut pada pergantungan yang hakiki, pasti ada ganjaran yang menanti. Biarpun memakan masa dan tenaga..”, Pendekar Helmi bersuara.

   Faisal tersengih. Dia melakukan sujud syukur di atas tanah gurun yang gersang itu. Dia terasa betapa hinanya dirinya sebagai hamba, betapa kerdilnya diri di hadapan Allah. Sungguh, kesyukuran itu adalah kemanisan bagi hamba-hamba yang bertakwa.

Syukur, Alhamdulillah!!

Inilah perasaan hamba, seorang hamba Ilahi yang sebenarnya..

* * * * *

   Syeikh Fahmi terseringai dari jauh. Dia hanya melenyapkan diri sebentar.. Ingin melihat pergantungan manusia yang sebenar.

Dirinya atau Ilahi?



   

Monday, August 2, 2010

Tak akan dipatuk Ular

  " Orang Muslim ni , yang beriman..tak akan dipatuk ular dua kali...".

   " Faham tak maksud dia? ", tanya murabbi ana kepada seisi kelas.

Ana angguk perlahan saja. Pernah dengar hadith tu sebelum ini.

    Tengok ada beberapa pelajar tertidur dalam kelas, (tak tanya pun dah angguk faham..faham banyak kali pulak tu..).. sebab ada orang tidur lah ustaz ana angkat hadith tersebut.

    Bila seseorang tu lalu satu jalan dan kena patuk dengan ular, bila dah sembuh balik.. adakah dia akan lalu di jalan tersebut dengan lenggang-lenggang lagi? Tak mungkin. 

Kecuali lah pemburu ular, tu lain cerita la kan?

snake bite?haha..patuk n belit kot..

  Maksudnya, jika dikaitkan dengan tidur dalam kelas.

Kalau lepas habis kelas, tak faham apa yang diajar guru sebab tertidur. Takkan lepas ini nak tidur lagi dalam kelas. Pastu, ulang-ulang tidur lagi..tak faham saja memanjang..ada ke patut?

  Ana sengih memanjang. Sudahla ustaz rajin buat lawak , sempat lagi kawan-kawan pass-pass kad hari sahabat senyap-senyap. Tambah tersengih pula lihat kawan ana tersenyum sorang baca kad yang ana bagi kat dia.

Aduss, tak fokus betul! Alhamdulillah, sempat tangkap semua ustaz ajar, Insya'Allah!

Selit sedikit ilmu dikutip dari buku ceramah pilihan SyeikhYusuff Al-Qardhawi:

Ketika orang-orang lelap dibuai mimpi, Rabi'ah Al-Adawiyah berkata,

 "Malam telah datang. Setiap pencinta menjumpai kekasihnya. Wahai Tuhan, inilah saatnya aku berkhalwat dan bersenang-senang dengan-Mu".

Rabi'ah berkata lagi:
Kekasihku tiada berbanding
Tiada pula ruang hatiku bagi selain-Nya
Kekasih yang tidak kasat mata dan diindr
Tetapi dalam hatiku tiada lekang.

Walaupun ana sendiri tak faham apa maksud baris ketiga dia, tapi rasanya semua dapat tangkap apa yang dimaksudkan dalam puisi tersebut?

Oh, Rabiatul Adawiah.. Betapa mulianya dirimu.. 

Sunday, August 1, 2010

Hari Sahabat : 1 Ogos

Sahabat, terima kasih.

Alhamdulillah, segala puji bagi Ilahi kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang menyenangkan hati.

Ternyata tindakan saya untuk merapatkan ukhuwah (atas ketentuan yang ditentukan Allah) walaupun dengan pelajar yang sememangnya sebelum ini sangat-sangat tidak rapat (pendek kata, tak kamceng lah..) membuahkan hasil.

Kelmarin, banyak kad saya peroleh. Sengih je sepanjang hari, hatta basikal rosak waktu nak balik sekolah pun masih tersenyum.

Hati senang, wajah pun tersenyum.

Saya suka bukan kerana kad yang diterima tetapi atas penerimaan mereka terhadap saya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Terpuji!

Puisi khas buat kalian:

Simfoni Islam,
 Ukhwah bersama,
 Memekar bunga,
 Cinta bersemi.

Friends,
Hope our friendship,
Forever till heaven,
Cause I love you,
and be with you,
yeah, mean a lot to me.

Luv U friends..


Sahabat, arigato' neh.. Syukran jiddan!

Toce, Syukria, Arigato' Khap Kun Kap, Syukran, Terima Kasih, Thanks! =)

Moga Ukhwah kita bukan setakat ke ahir hayat, tapi juga hingga membawa ke 'Firdausi'..

Ameen..

p/s: Jom kita meraikan sahabat kita, tak rugi pun bukan?

Thursday, July 29, 2010

Al-Azhar, Propaganda menyerang!



Assalamu’alaikum w.b.t..

Para sahibin wa sahibah, ikhwan wa akahawat sekalian, tahukah hati ini terluka?

Al-Azhar tidak berjasa kah kepada dunia?

UIA menggunung tinggikah dari Al-Azhar?

Oh, mata-mata dunia, nescaya jika kau menyelidiki dengan lebih mendalam.. Pasti kagum akan tertunas di jiwa-jiwa kalian!

   Sudah lama rasanya ingin diudarakan artikel ini, tetapi masa dan ilmu membatasinya. Alhamdulillah, kini ternyata Allah Yang Maha Mengasihani telah memberi ku peluang untuk terus bernafas dan mengulas sedikit isu ini ; “ Al-Azhar, Propaganda menyerang! “.

   Bibirku hanya mampu diketap sebelum ini apabila kelibat seorang insan yang berbudi pekerti menasihatiku agar tidak menyambung pelajaran ke al-azhar.. Aku sememangnya berminat ke Mesir tetapi untuk belajar di sana mungkin tidak. Pilihan universiti lain telah kutakluki, tetapi cintaku kepada al-azhar tetap tinggi.

  Sejak tahun lepas lagi, email forward berkenaan keburukan Mesir sudah ku terima dalam ‘inbox’.. Aku memilih untuk tidak menghukum terus.

Hatiku sememangnya terluka dengan email forward bergitu namun ku tetap sahaja diam tidak melakukan apa-apa sehinggalah pada tahun ini email yang sama ku terima daripada insan yang berjiwa besar.

   Bibit-bibit bersalah mula menyerang diriku, aku harus terus berdiam diri kah sedangkan insan yang terdekat pun sudah meletakkan bayangan keseluruhan Mesir bergantung pada email forward tersebut.

Bunyi email Forward yang Membising

"Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)"
   Siapa yang mencintai Mesir, pasti luluh hatinya membaca email tersebut. Tambah menyakitkan di akhir kata, meletakkan UIA lebih tinggi tarafnya daripada Al-Azhar.
Mana mungkin?

TAHUKAH ANDA?

  Malah, kejayaan Islam sering dikaitkan dengan peranan alumni Al-Azhar yang telah terjun ke tengah masyarakat dunia. Hal ini terlihat dari ungkapan  pemimpin pasukan Portugis dalam menjajah Asia Tenggara. Ketika itu, Alfonso d'Albuquerque berpidato di depan pasukannya,
    ”Jasa yang akan kita berikan kepada Tuhan adalah dengan menguasai tempat ini dan mengusir bangsa Arab yang mana akan mampu memadamkan api Islam. Dan jika perdagangan Melaka dapat kita kuasai,  maka kita akan dapat menakluki Mesir  yang dipandu Al-Azhar dan Mekkah.”
Jelas Mesir dan Al-Azhar sangat digeruni orang kafir sejak berkurun lamanya.
Anda belajar sejarah bukan? Alfonso d’Albuquerque itu hidup di zaman bila? Sudah lama bukankah..

   Apabila golongan wahabi yang memerintah arab saudi suatu ketika dahulu berkomplot dengan kuasa besar Perancis dan British untuk menjatuhkan Khilafah Utsmaniah dan memberi jalan kepada org kafir untuk memasuki dan menjajah Palestin, mengapa tiada yg mengungkit hal tersebut?

   Whai kalian, para mata-mata indah yang tersilap menafsir,
Piramid dan fira’un tidak hairan lagi jika dikaitkan dengan Mesir. Yalah, ternyata memang keduanya berasal dari sana.. Tetapi, kalian… Kalian lupakah Mesir juga bumi Nabi Musa Alaihissalam?
Lupakah kalian?





 suasana talaqqi di masjid al-azhar

Kencing di Jalanan?
   Tidak dinafikan, antara tabiat orang awam Mesir adalah membuang air ditepi-tepi jalan. Orang yg jahil memang tiada adabnya. Sedangkan pada zaman Rasulullah juga ada yang kencing di sudut Masjid, namun Rasulullah bijak menegurnya kerana kejahilan orang itu sendiri. Kita ini yang hanya insan biasa dan hina, menghukum orang tersebut malah sekaligus negaranya terbabit sama!
Apa kalian hendak mengatakan Rasulullah ma’sum (tiada dosa) jadi pastinya perbuatannya berhikmah?  Jadi, kita ini yang diselaputi dengan dosa tidak perlulah untuk mencuba bersifat ‘berhikmah’?
   Sudah tentu, lagi banyak dosa lebih perlu berganda-ganda berusaha menjadi seorang yang berhikmah. Rasulullah yang kekasih Allah itupun sanggup sujud pada waktu malam sehingga kakinya membengkak hanya kerana merasakan dirinya perlu menjadi hamba yang bersyukur.
Kita ini, sudah dijamin syurga kah untuk bertindak sewenang-wenangnya?

Sekatan di Mesir

   Mesir sekat sempadan, angkara siapa? Al-Azhar?
   Pemerintah Mesir yang zalim itulah yang sepatutnya dipersalahkan. Tahukah kalian yang bermata bening, wajah yang teduh, tahukah? Rakyat Mesir dan Al-Azhar  sangat benci pemimpin mesir. Al-Azhar sangat ingin bersuara dan menentang, namun mereka maklum akibat buruk menanti seperti mana yang telah berlaku ke atas Dr.Yusuf Al-Qardhawi yang diusir dari Mesir.
    Jika Ulama’ Azhar semuanya menentang lalu diusir, siapa yang akan memegang tampuk pentadbiran Al-Azhar? Orang jahil? Ketahuilah, para ulama’ sangat sayangkan Al-Azhar..
Sejak berlakunya revolusi besar-besaran di Mesir, kezaliman dan sistem pemerintahan kuku besi mula terbentuk, rakyatnya menderita!
 Mengapa rakyat Mesir pula dipersalahkan dalam hal ini? Adilkah wahai insan yang dikurniakan bibir mungil yang indah namun tidak berjaya menahannya dari menyebarkan keaiban negara lain, adil ya ?
   Sejak kerajaan ataupun politik di Mesir juga sibuk campur tangan dalam urusan Al-Azhar, Al-Azhar kini dikawal orang zalim, makin lemah dan tidak sehebat dulu. Pemerintah negara yang tidak menggunakan sistem demokrasi ini telah merosakkan reputasi Al-Azhar sebagai pencetak ulama’ dunia.
“Sheikh-sheikh saya sendiri kata bahawa Al-Azhar sedang tenat dan mereka mengharapkan agar Al-Azhar kembali seperti dahulu”

Imam As-Suyuti, Al-Hafiz Al-Muhaddis Ibnu Hajar Al-Asqalani (penulis kitab fathul bari syarah Sahih Bukhari), As-syahid Hassan Al-Banna, Dr.Yusuf Al-Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan berjuta-juta lagi ulama’ dunia telah dicetak Al-Azhar. Tiada lagi ulama sekarang yang dapat menandingi ulama Al-Azhar. Sebab itu Mesir digelar ‘gudang ilmu’dan ‘kiblat ilmu’.

   Sudah lupakah bagaimana Islam tersebar luas di Malaysia? Rujuk sahaja buku sejarah PMR, alumni-alumni Al-Azhar yang menyebarkan dan menghidupkan agama di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dulu.
Beginikah cara kita membalas budi mereka yang ternyata begitu besar?


   Jika tidak dihidupkan agama sewaktu ketika dahulu, siapa tahu masih ada sistem penghambaan, perempuan ditindas? Who knows?
 Syeikh Dr Ali Jum'ah, mufti bumi awliya' dan ulama'

Siapa yang tinggal di Mesir sekarang ini?

   Adakah kalian fikir di Mesir tidak ada yang berdoa’ untuk rakyat Palestin? Tiada khutbah mengenai Palestin? Oh kalian yang beranggapan begitu, kalian tinggal di Mesirkah? Kenal dengan penduduk mesirkah?
   “Saya tidak tahu siapa orang palestin yg dikatakan perlu mengharungi banyak halangan dan malah naik bas sejauh 500 meter sebanyak RM70? Saya sangat berharap untuk berjumpanya. Cuma saya ingin tegaskan, saya ada ramai kawan dari Palestin dan yg paling rapat adalah Mahmud, dia berasal dari Gaza dan dia sangat selesa hidup di Mesir dan akan pulang hujung tahun ini ke Gaz. Malah, dia juga ada menceritakan bahawa ubat-ubatan dan makanan serta pakaian hanya ditapis sahaja, bukan disekat kerana Israel takut jika ada senjata ketika penghantaran barang-barang asasi tersebut. Ya, Israel hanya menyekat seludupan senjata, mereka takutkan senjata. Itu kata seorang penduduk Gaza, bukan kata saya.”
   Akhi Azam Husni malah berkata:
 “Saya pernah cuba bandingkan selama 17 bulan saya di Mesir, saya inginkan katakan di Mesir, para professor, pensyarah dan sheikh-sheikh bukan hanya setakat mengajar, malah mendidik. Mereka sungguh ikhlas,insya’allah. Gaji mereka sangat sedikit, lebih kurang RM 300 sebulan. Mereka bukan mengajar kerana wang, tetapi kerana ingin mencetak pemimpin umat. Insya’allah.
Al-Azhar yang bertaraf tinggi itu pula hanya beryuran RM70 sahaja setahun, saya sebagai pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Al-Azhar pula, tahukah berapa yuran sekolah saya? PERCUMA. Guru hebat mana yang ingin mengajar dengan gaji yang sangat sedikit? Berbanding dengan di Malaysia, di samping mengenakan yuran yang mahal, para ulama pula sedikit.”.

   Saya beli buku 'The Choice' - Dialog Islam & Kristian - Penulis: Ahmad Deedat. Saya bawa ke sekolah dan tanya kepada Sir boleh bawa tak buku tu ke sekolah?
   Sir Azman merangkap PK. Hem kata : " Hah, takpa-takpa. Kalau musykil apa-apa masalah, tanya saja Ustaz Hanif tak pun Ustaz Nasir ".
    Sir Azman, yang lebih tua dan lebih tinggi 'jawatan' (siapa kenal Sir memang akan kagum dengan kewibawaannya) pun mengiktiraf ilmu kedua-dua ustaz lulusan al-azhar tersebut! Sedangkan bukan calang-calang orang boleh kupaskan masalah berkenaan agama Kristian dan Islam..

    Saya juga masih ingat lagi, pun ada seorang lagi ustaz saya , memuji ustaz lulusan al-azhar tersebut waktu dalam kelas. Bukan senang nak dengar seorang guru memuji guru yang lain..

Malah, pelajar generasi pertama sekolah saya, Maktab Mahmud Yan pun sendiri sekarang dah berjawatan ketua (bagi komuniti pelajar Melayu). Saya pernah terjumpa dengan dia, juga punyai ilmu yang tinggi.
   Kenapa kita lihat keburukan orang, kita sebarkan tanpa berfikiran terbuka dan berlapang dada?
   Penyakit-penyakit umat bukan diungkit dan disebarkan, tetapi dipulihkan. Dengan hanya menunding jari kepada Mesir dan Al-Azhar tidak akan membuahkan apa-apa kebangkitan Islam melainkan hanya perpecahan.
   Saya tidak kisah jika sesiapa tidak ingin ke Al-Azhar, tetapi jangan pula mengajak orang lain menjauhi Al-Azhar dan mengaibkannya.
Sudut positif lain di Mesir jauh lebih banyak dari sudut negatif, kenapa hanya menyebarkan yang aib saja?

Zionis pasti teriak keriangan jika umat Islam sendiri menghalang saudara-saudaranya ke sana.. Yalah, ulama' akan makin berkurangan..

Dalam buku ceramah pilihan Syeikh Al-Qardhawi : Di awal abad ini para misionaris menyerang Mesir, namun gagal. Maka, seorang misionaris terkemuka menulis, "Islam akan tetap menjadi batu karang yang senantiasa tegar dihempas gelombang upaya misionaris, selama kaum muslimin masih memiliki empat hal ini : Al-Qur'an, Al-Azhar, pertemuan mingguan di hari Juma'at, dan muktamar tahunan ibadah haji ".

Apa kata diorang yang menuntut di Mesir?


Azam Husni: “Saya ingin tegaskan bahawa walaupun Al-Azhar semakin lemah dan sakit, namun tenaga pengajarnya, selain berfikrah ‘wasitiyah’ dan murni, sheikh-sheikhnya hebat tiada tandingan, ada seorang sheikh bukan pakar fiqh sahaja, malah hadis,dapat syarah kutub sittah, Al-Quran, tasawuf, dan juga pakar bedah! Ada tak di Malaysia? Rugi weih tak datang sini....  Peace..”

Naimul Firdaus: Bagi ana kalau pelajar malaysia nak mai belajar sini tak ada apa-apa masalah, suasana pelajar melayu kat sini memang terdidik dengan tarbiah yang sesuai. InsyaAllah takkan terpengaruh dengan budaya2 negatif “.
Yang lain tu, boleh tanya sendiri kepada pelajar-pelajar di sana.. Tanya rakyat dia sendiri pun tak apa..

   Wahai kalian, muka yang manis berseri,
Sebelum membidik senapang keaiban ke negara lain, kenapa tidak menghalanya ke arah negara sendiri dahulu?
Malaysia, juga tidak lepas dari perzinaan, ‘couple’, rokok, dadah, hidu gam, merempit. Ah, tidak ku mampu untuk senaraikan, kalian sendiri pun maklum situasi kita?
   Malah, penulis sendiri pun terkejut apabila mengetahui pada tahun ini, tahun 2010 terdapat 17,000 anak luar nikah yang dilaporkan. Itu belum termasuk anak-anak yang tidak dilaporkan, digugurkan, dibunuh, dibuang?

Ah, haiwan pun menyayangi anak-anak kecil..

p/s: Isu ini tidak mampu dikupas oleh saya seorang. Saya telah meminta pendapat dan ulasan beberapa orang. Antaranya, Azrul Kisas, Naimul Firdaus, Azam Husni. Jutaan terima kasih buat kalian.

Ini link blog mereka, saja nak letak. Sorang lagi, ana dah lupa link dia,maaf.

Moga Allah membuka hati dan melapangkan jiwa-jiwa kita semua. AMEEN!

Geo

free counters